Selasa, 27 September 2016

MAKANAN BOLEH DAN TIDAK BAGI PESAKIT GASTRIK

Assalamualaikum semua, semoga semua orang berada dalam keadaan sihat sejahtera. Okay hari ini saya kongsikan makanan yang boleh dan tidak boleh bagi mereka yang mengidap penyakit Gastrik. Biasalah, kalau kita dah disahkan mempunyai sesuatu penyakit kita akan mempunyai pantang larang dalam pemakanan. Jangan mudah terpedaya dengan sesetengah iklan yang mengatakan, dah ambil ubat itu ini boleh saja makan apa pun yang kita nak. Akhirnya kita juga yang sakit, ataupun makan tanpa beringat.

Makanan Yang Boleh untuk Pesakit Gastrik :-
1. Karbohidrat :- Ini diperlukan tubuh kerana ia membekalkan tenaga segera. Bagi pesakit Gastrik eloklah mengamalkan makanan berkarbohidrat yang bersifat kompleks ( roti, gandum, beras perang ) kerana ia membekalkan tenaga lebih lama.

2. Protein :- Pengambilan protein lebih daripada karbohidrat adalah lebih baik. Protein yang baik adalah protein yang berasaskan dari tumbuhan kerana ia lebih mudah dihadam oleh perut. Ia juga tidak mengakibatkan simptom Gastrik bertambah teruk. Protein dan sumber ikan juga bagus kerana ia lembut untuk Gastrik dan ia bersifat Anti-Inflammasi yang membantu meredakan kesakitan Gastrik itu.



3. Sayuran dan Buah-Buahan :- Sayuran dan buah-buahan bersifat alkali dan mempunyai nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Namun kita harus pelbagaikan pengambilan sayuran dan buah-buahan agar dapat nutrien yang seimbang.

4. Air :- pengambilan air putih yang secukupnya amat penting untuk tubuh, ini kerana ia dapat membantu membuang toksik dan mencuci darah serta memperkemaskan sistem aliran dalam tubuh.Setiap individu seharisnya minum air putih sebanyak 3 liter air atau lebih setiap hari. Bagi pesakit Gastrik, elok minum air kelapa untuk meredakan kesakitan Gastrik anda.

5. Pribiotik :- Kebiasaannya pesakit Gastrik disebabkan oleh Bakteria H. Pylori. Jadi eloklah amalkan minuman seperti vitagen, tempe, yogurt dan kimchi untuk meneutralkan bakteria tersebut dari mengganggu perut anda.

Makanan yang tidak boleh untuk pesakit Gastrik :-

1. Elakkan makanan dari sumber Protein iaitu produk tenusu dan susu kerana ia akan membuatkan Gastrik anda lebih teruk.

2. Elakkan makanan dan minuman bersifat Asid seperti jeruk kering, jeruk basah, Limau, makanan yang masam, Epal hijau, kiwi, buah pear, belimbing dan tembikai merah, tembikai susu dan buah lai.

3. Minuman berkafein dan berkarbonat.

4. Untuk perokok eloklah berhenti dari sekarang dan mulakan dari peringkat awal untuk berhenti merokok.

5. Makanan Junk Food, Fast Food dan Mee segera.

6. Elakkan makanan yang berangin seperti Ubi kayu, Cempedak, Nangka, Pisang Nangka, Pisang Embun, Ciku dan durian belanda.Gastrik

Jadi semua dah tahu kan makanan yang boleh dan tidak boleh untuk pesakit Gastrik? Jangan lupa elakkan makanan yang tidak boleh ye, kalau masih ambil juga makanan yang tidak boleh dikhuatiri Gastrik anda semakin teruk dan akan ke peringkat yang lebih teruk lagi.

Bagi yang inginkan proses penyembuhan lebih cepat, perlulah amalkan suppliment seperti Esp Soy Protein, Ostematrix dan Papermint Ginger. Boleh hubungi nombor tertera di bawah.

PENGEDAR SHAKLEE AYU
Ws : 0127043146
Delivery : Sekitar Jb, Gelang Patah dan Skudai
Pos : Seluruh Malaysia

#GMFblogger




Tiada ulasan:

Catat Ulasan