Selasa, 14 Mac 2017

Lawan Radikal Bebas Dengan Antioksidan

Radikal Bebas Vs Antioksidan

Nak selamatkan diri dari radikal bebas? Macam mana tu?

Mula mula sekali kita kena tahu apa itu radikal bebas. Bagus ke radikal bebas ni? Pastinya radikal bebas ni tak bagus dan membawa padah jika ianya banyak dalam tubuh kita.

Orang dulu dulu yela dapat sakit masa umur lebih 40 tahun keatas, contoh penyakit popular ialah jantung, tekanan darah, stroke, kanser, kegagalan buah pinggang, gula dalam darah.. Ha semua ni penyakit popular kalangan warga tua kan.. Tapi dulu la.. Sekarang ni dah banyak dah kita jumpa kanak kanak lagi dah ada penyakit gula dalam darah, remaja lagi dah ada kanser dan tumor, belum kahwin pun dah ada cyst dan fibroid semua la kan..

Puncanya dari kerosakkan sel sel dalam tubuh tula. Kerja radikal bebas semua tu, jahatkan radikal bebas ni? Radikal bebas ni seperti molekul molekul yang reaktif dalam tubuh dan merosakkan sel sel hingga ke sel DNA kita. Contohnya macam kek, kek kalau kita tak simpan tak jaga bebetul cepat je ada kulat dan kulat tu pula merebak ke seluruh kek dan kek pun rosak awal dari sepatutnya. Macam tu la serangan radikal bebas ni tau buat sel kita rosak dan berpenyakit lagi.. huhuhu..

Okay paham kan paham..

Tahu tak serangan radikal bebas tu macam mana? Antaranya ialah :-
- Pemakanan, Fast food, junk food
- Asap rokok
- Stress
- Senaman berlebihan
- Bahan kimia
- Ubat ubatan
- Pencemaran

Jadi untuk melawan serangan radikal bebas ni kita kena jaga sistem imun tubuh. Sebab bila sistem imun tubuh kita kuat dia mampu nak lawan serangan radikal bebas ni, sebab tu saya selalu pesan jaga dan kuatkan sistem imun kerana ianya perisai kepada sel sel kita dari rosak dan mendapat penyakit.

Cara kita nak tingkatkan sistem imun dan menentang radikal bebas ialah dengan mengamalkan makanan yang kaya dengan Antioksidan seperti buah buahan dan sayur sayuran. Selain itu elakkan diri dari pencaran dan kawal berat badan.

Paling kuat melawan radikal bebas adalah Vivix kerana ia bertindak sehingga ke sel DNA tubuh kita. Vivix kaya dengan Antioksidan, Resveratrol dan Polyphenol yang mampu memperbaiki sel sel yang telah rosak dan menentang sekeras kerasnya serangan radikal bebas.

Dan antara yang lain yang kaya dengan Antioksidan dan penguat sistem imun adalah Vitamin E, Vitamin C, Nutriferon dan Carotomax. Inilah antara yang perlu kita amalkan setiap hari walaupun kita sihat tau. Kalau kita memang dah berpenyakit lagi lah banyak kita perlukan Antioksidan ni kan..
Dapatkan Antioksidan anda sekarang.

Pengedar Sah Shaklee
Ayu
0127043146

Isnin, 6 Mac 2017

Arginine, Insulin, Essential Asid Amino Dan Esp Soya Protein Shaklee

Kenapa Pesakit Gula Dalam Darah Perlukan Esp Soya Setiap Hari?

Sebenarnya kita semua perlukan Esp Soya ni setiap hari cuma kali ni Ayu ceritakan kenapa pesakit gula dalam darah amat memerlukan Esp soya sebagai makanan tambahan.

Kebiasaannya mereka yang mempunyai masalah gula dalam darah mengalami sensitiviti yang kurang terhadap hormon insulin. Insulin tidak dapat dirembeskan oleh pankreas dengan baik kerana kekurangan sensitiviti. Jadi penyerapan gula tidak dapat dikawal oleh tubuh mereka. Sedangkan tubuh memerlukan gula sebagai sumber tenaga.

Okay macam mana nak dapatkan sensitiviti tersebut?

Tubuh kita boleh menghasilkan Arginine sendiri dan dapat menghasilkan sensitiviti terhadap insulin, malangnya ianya ialah Non Essential Asid Amino sahaja sedangkan badan memerlukan lebih dari itu, iaitu Essential Asid amino perlu supaya Arginine dapat berfungsi dengan lebih baik dan meningkatkan sensitiviti terhadap penyerapan insulin.

Bagaimana nak dapatkan Essential Asid amino perlu ni? Ada 9 Asid Amino perlu yang terkandung dalam Esp Soya Protein dimana ia sangat membantu pesakit gula dalam darah. Membuatkan Arginine berfungsi dengan baik kerana lengkap kesemua Essential Asid Amino.

Jadi mereka yang mempunyai masalah gula dalam darah amat memerlukan Esp soya Protein ini dan mereka yang mengalami masalah gula dalam darah ketika hamil juga amat memerlukan Esp Soya Protein sebagai makanan tambahan untuk mengatasi masalah mereka.

Jadi pentingnya Essential Asid Amino perlu ini untuk tubuh dan supaya ianya saling melengkapi Non Essential Asid Amino yang di hasilkan oleh tubuh kita sendiri.

Amalkanlah Esp Soya Protein dari hari ini untuk mengatasi masalah gula dalam darah anda dan menyokong kesihatan tubuh anda agar lebih bertenaga.

Pengedar Sah Shaklee
Ayu
0127043146

Ahad, 5 Mac 2017

Kenali Bagaimana Sel Sel Manusia Boleh Mati Secara Necrosis Atau Apoptosis

Necrosis Dan Apoptosis

Marilah kita memahami bagaimana sel sel dalam tubuh kita mati dan bagaimana untuk mengekalkan sel sel yang sihat.
Apakah Ia? dan kenapa ianya penting untuk kita semua ketahui?

Sel kita mati dalam 2 cara iaitu
-Apoptosis ( sel mati sebab sel dah tua )
- Necrosis ( sel mati sebab kecederaan sel )

Antara dua proses sel mati ni yang mana berbahaya buat tubuh kita?

Sel Mati secara normal dan matang adalah secara Apoptosis, sel kita mati sebab sel tu dah tua memang patut d
sel tu mati.

Sel yang rosak dan membawa padah penyakit pada kita adalah sel yang mati secara pra matang iaitu Necrosis. Sel ini tak mati dan mengalami kerosakkan akibat kecederaan, radiasi, radikal bebas, bahan kimia dan trauma.

Apa yang kita nak elakkan ialah sel mati secara pra matang (Necrosis) sel yang boleh mengakibatkan kita mengidap penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit kronik yang lain. Dah la sel ni tak mati, lepastu dia tiru pula sel yang baru terhasil maka sel baru terhasil tu pun turut mengalami kerosakkan. Sebab itu mereka yang mempunyai kanser dan telah menjalani pembedahan masih berisiko mengalami kanser semula kerana sel sel baru tadi dah tiru sel sel lama yang berpenyakit tu...Alahaii... makin la tambah sakitnya ye tak.

Contoh paling mudah kita nak lihat sel rosak secara pra matang ialah kesan pada kulit pesakit gula dalam darah. Kalau kita perasan kulit kesan luka mereka ni hitam betul tak? itulah kulit atau sel yang mati secara (Necrosis) mati secara tak normal dan ini yang kita nak elakkan supaya sel sel itu tidak merosakkan sel sel yang baru pula.

Jadi apakah produk yang diperlukan oleh mereka yang mengalami masalah sel mati secara tak normal (Necrosis) ni?
Jawapan paling mudah saya berikan, hanya Vivix sahaja yang dapat membantu mereka. Kenapa Vivix?

Vivix ni bukan sebarangan produk dan bukan calang calang produk yang kita boleh banding bandingkan dengan produk yang lain tau. Vivix sangat istimewa dan mempunyai 4 mekanisma yang mampu merawat sel sel hingga ke sel DNA tubuh manusia.

4 mekanisma utama dalam Vivix ialah
- Pembiakkan sel
- Perlindungan sel
- Tenaga Sel
- Prestasi sel
4 mekanisma ini tubuh manusia perlukan untuk pastikan sel sel kita hidup dan boleh menjadikan kesemua organ dalaman tubuh kita berfungsi dengan baik dan bukan berpenyakit.

Sel yang hidup dengan sihat mesti mempunyai oksigen dan tenaga, bila sel tak mempunyai oksigen dan tiada tenaga sel sel akan mati. Sebagai contoh kalau jantung kita kurang oksigen, kita akan semput. Begitulah juga sel, bila sel kurang oksigen sel itu akan berasid dan enzim tertentu akan dilepaskan dan akhirnya DNA pula akan rosak dan bertambah rosak dan rosak dan kronik dan.....

Sel sel kita seharusnya mampu untuk perbaiki kerosakkan DNA agar sel yang rosak tadi boleh mati bukan tiru sel baru dan menjadi sel rosak yang lain. Sebab kita bukan lagi hidup di zaman dahulu kala atau 200 tahun yang dulu yang mana tubuh masih mampu mengatasinya. Sekarang kita hidup di zaman seba maju di mana lebih terdedah dengan radikal bebas, kimia, toksik dan sebagainya yang membuatkan sel sel kita menjadi pra matang dan berpenyakit.

Sebab itu kita semua sebenarnya memerlukan Vivix untuk memperbaiki sel sel yang rosak dan berpenyakit itu supaya sel sel baru tidak meniru sel sel rosak dan berpenyakit tadi.

Pentingnya Vivix untuk tubuh kita dan lebih penting dan diperlukan oleh mereka yang mempunyai penyakit kronik dan juga kanser. Sedarlah segera tentang perkara ini dan amalkanlah Vivix setiap hari. Nak oder Vivix? jom Ayu ada jual tau.

Pengedar Sah Shaklee
Ayu
0127043146