Sabtu, 16 Disember 2017

SIMPTOM YANG IBU HAMIL ALAMI DI TRIMESTER PERTAMA KEHAMILAN.

Bagi setiap wanita yang baru pertama kali bakal menimang cahaya mata pastinya tidak mengetahui apakah simptom yang bakal anda alami.
Setiap wanita hamil akan mempunyai simptom - simptom ini di peringkat awal kehamilan.
Setiap trimester anda akan mengalami simptom yang berbeza. Hari ini saya ceritakan 3 simptom yang bakal anda alami di trimester pertama kehamilan.

Semoga anda dapat mempelajari dan mengamalkan penyelesaian untuk setiap simptom yang bakal anda alami.

Simptom 1.
- Kelesuan.
Pada awal - awal kehamilan pastinya badan anda akan merasa letih 2x ganda daripada biasa dan ianya adalah simptom paling utama yang akan anda alami.
Ini disebabkan tubuh anda sedang menyesuaikam diri dengan janin yang ada di dal rahim anda kerana ia sedang membesar.
Bagi Ovari anda pula, ia sedang menghasilkan hormon progesteron yang mana ia memberikan kesan sedatif pada tubuh.
Malah isipadu darah anda pula semakin meningkat kepada 50% untuk membekalkan darah kepada fetus.
Jalan penyelesaian bagi simptom kelesuan yang anda sedang alami ialah anda perlu mengamalkan Zat Besi untuk membantu membina sel darah bayi.
Ini kerana salah satu punca kelesuan ini terjadi pada anda adalah kerana Anemia.
Apabila zat besi pada tubuh anda tidak mencukupi, bayi akan menyedut zat besi dari tubuh anda.
Jadi proses ini akan menyebabkan tubuh anda mengalami penyusutan zat besi.
Jadi jika anda berjumpa dengan doktor dan bertanyakan tentang simptom ini, doktor akan menyarankan anda mengambil suppliment untuk zat besi seperti Vitalea Iron Formula Shaklee dan B. Complex Shaklee.

Simptom 2.
- Masalah jerawat.
Kalau kuliy anda sememangnya mempunyai masalah jerawat, tidak mustahil jerawat anda akan keluar dengan lebih banyak pada ketika anda hamil.
Ini kerana hormon tambahan akann merembeskan minyak, sekaligus menyebabkan jerawat semakin banyak timbul di wajah atau di badan anda.
Jalan penyelesaian bagi masalah jerawat ini, anda boleh meneruskan rutin pembersihan wajah dengan menggunakan pencuci muka bebas paraben atau pun anda boleh menggunakan Sustain Released Vitamin C Shaklee sebagai masker supaya kulit anda tidak kering.
Malahan Sustain Released Vitamin C Shaklee ini juga selamat digunakan oleh semua golongan termasuklah ibu hamil.

Simptom 3.
- Angin dalam badan.
Pada ketika anda hamil, anda boleh merasa kembung perut, merasa angin banyak dalam perut, merasa senak pada perut.
Sebenarnya ia berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang boleh menyebabkan masalah sembelit.

Ketika anda hamil, sistem penghadaman akan menjadi perlahan.
Ini akan mengakibatkan nutrien yang masuk ke dalam badan memerlukan lebih masa untuk menyerap makanan ke dalam aliran darah anda dan seterusnya menyalurkan kepada janin anda.
Jalan penyelesaian bagi simptom ini ialah anda perlu mengambil banyak serat di dalam diet anda.

Minumlah air putih lebih banyak serta melakukan senaman ringan.
Malah di ketika inilah anda memerlukan kalsium serta magnesium yang lebih untuk mengelakkan masalah ini terjadi.
Sebagai penyelesaianya anda boleh mengambil Ostematrix yang kaya dengan kalsium dan megnasium.

Inilah antara simptom yang bakal anda alami di trimester pertama dan jangan lupa ikuti sambungannya di perkongsian blog saya seterusnya.
Ibu hamil trimester 2
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

1 ulasan: