Khamis, 28 Disember 2017

Ciri ciri yang perlu diutamakan dalam membeli katil untuk bayi anda.

Salah satu barangan utama dan diantara yang termahal untuk keperluan bayi anda adalah katil bayi. Ramai ibu bapa yang tersilap membeli katil bayi kerana terlalu leka dengan kecantikkan reka bentuk katil bayi di masa kini. Walhal ada ciri ciri yang perlu lebih diutamakan.


Jika ibu bapa pergi ke sesebuah shopping complex, terlihat pula akan katil bayi yang cantik, menarik daboom. Pastinya ibu bapa membuat keputusan untuk membelinya. Harga pula menjadi masalah kedua manakala ciri ciri keutamaan menjadi yang terakhir untuk difikirkan. Ingat ye, tak setiap masa anda akan berada bersama atau berdekatan dengan bayi anda. Diantara ciri ciri yang perlu ibu bapa utamakan sebelum membeli katil bayi ialah :


1. Selamat dan terjamin.

Bagi bayi, mereka akan tidur dengan lebih lama daripada celik mata. Masa mereka masih bayi, tidur mereka amat penting untuk tumbesaran yang baik. Anda juga akan beredar dari katil membuat kerja lain apabila bayi telah tidur, jadi pastikan anda memilih katil yang selesa untuk bayi dan fikirkan tempat yang selamat mengikut keluasan dan kesesuaian bilik anda atau bilik bayi anda.


2. Keluasan dan lebar katil.

Pemilihan 100% terletak pada tangan anda dan pasangan. Sama ada ingin bentuk, warna ataupun lebar katil. Namun pastikan ukuran katil bersesuaian dengan bayi anda yang bakal membesar dan ketinggian pagar katil yang sesuai untuk anak anda berdiri apabila tiba masa mereka belajar memapah kelak. Banyak dah sekarang ni katil yang pasang siap, ini lebih mudah untuk ibu bapa memasang sendiri dan mengubah suai kedudukan katil untuk keselamatan bayi anda.


3. Pintu mudah buka.

Paling baik jika anda memilih pintu yang berkunci dan bukan jenis mudah ditarik atau ditolak untuk dibuka. Ini kerana anak anda akan mencapai tahap pandai menolak dan menarik barang apabila dia membesar. Jika anda memilih yang terbaik, pastikan bayi anda tidak mudah jatuh dari katil ketika anda tiada bersama mereka. Anda juga akan merasa selamat apabila anda meninggalkan anak sekejap di katilnya untuk anda membuat kerja lain.


Anda adalah ibu bapa yang bijak memilih. Pastikan juga anda kalah dalam membeli tapi menang dalam memakai. Utamakan keselamatan anak dahulu sebelum apa apa terjadi kepada mereka yang boleh mendatangkan sesalan kepada anda. Sekian perkongsian saya hari ini, semoga kita berjumpa lagi di entry saya seterusnya. In Shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan