Jumaat, 15 Disember 2017

8 JENIS VITAMIN WAJIB DI AMBIL OLEH IBU MENGANDUNG.

Berbunga - bunga hati seorang perempuan yang mengetahui dirinya berbadan dua iaitu sedang hamil.
Alhamdulillah dan tahniah buat anda dan pasangan.
Yelah, impian untuk memiliki zuriat sendiri telah tercapai.
Kini hanya giliran anda pula untuk menjaga kesihatan dan membekalkan yang terbaik buat diri sendiri dan anak dalam kandungan anda juga.
Setiap ibu hamil yang baru pertama kali akan menjalani perjalanan tempoh kehamilan, biasanya masih tidak tahu tentang vitamin apa yang perlu dan wajib di amalkan setiap hari.
Bayangkan jika anda tidak mengamalkan vitamin wajib untuk memenuhi keperluan tubuh, risiko kepada masalah kesihatan diri dan bayi dalam kandungan adalah lebih tinggi.
Sebenarnya banyak risiko kesihatan kepada bayi pada masa akan datang selepas di lahirkan seperti masalah kuning, kecacatan tiub neural, tumbesaran yang terbantut dan banyak lagi jika anda tidak mengamalkan vitamin keperlua  tubuh sepanjang kehamilan.
Namun begitu, jika anda ingin meneruskan pengambilan vitamin ini selepas melahirkan juga adalah amat digalakkan.
Vitamin yang perlu diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :-
1. Asid Folik.
- Ibu hamil di sarankan untuk mengambil 400mcg asid folik setiap hari bagi mengelakan kecacatan tiub neural dan membantu pembentukan saraf serta sel sel lain. Ini adalah vitamin terpenting untuk diamalkan bagi ibu hamil.
2. Kalsium.
- Tahukah anda ibu hamil yang tidak mengambil kalsium yang secukupnya berisiko tinggi kepada pre-eklampsia.
Pengambilan kalsium bagi ibu hamil juga adalah berdos yang lebih tinggi.
Kalsium adalah penting untuk pertumbuhan gigi, tulang serta memastikan fungsi - fungsi otot yang sempurna.
3. Vitamin C.
- Vitamin C adalah amat penting oleh tubuh ibu hamil bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat untuk melawan serangan penyakit supaya tidak mudah demam, selesema, batuk dan sebagainya.
Vitamin C juga memainkan peranan bagi melindungi bayi daripada jangkitan.
4. Minyak Ikan.
-Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 dapat membantu ibu mengurangkan kadar kolestrol LDL dan kenaikan berat badan yang berlebihan.
Selain itu minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 dapat membina tubuh, mata yang sihat dan otak yang bijak untuk bayi anda.
5. Zat Besi.
- Ramai wanita yang mudah mengalami masalah pitam ketika hamil.
Ibu hamil sebenarnya memerlukan lebih kadar zat besi daripada kebiasaannya.
Selain itu, pengambilan zat besi yang mencukupi oleh ibu hamil dapat mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang.
Zat besi adalah penting bagi ibu hamil untuk pembentukan sel sel darah merah yang sihat antara ibu dan bayi serta membawa oksigen ke seluruh badan.
6. Probiotik.
- Pengambilan probiotik bagi ibu hamil dapat mengurangkan risiko penyakit seperti ekzema kepada bayi.
7. Selenium.
- Pengambilan selenium oleh ibu hamil dapat mengelakan keguguran pada peringkat awal kehamilan.
Selain itu, pengambilan selenium oleh ibu hamil juga dapat mengurangkan risiko komplikasi kelahiran seperti pre-eklampsia.
8. Protein.
- Ibu hamil perlu menambah 60gm pengambilan protein dalam diet harian mereka.
Pengambilan protein semasa hamil ini dapat membantu tumbesaran bayi dengan lebih baik, baik untul payudara anda, menggalakan pengeluran susu, baik untuk uterus dan plasenta.
Protein juga dapat meningkatkan isipadu darah merah kepada ibu hamil.
Inilah 8 jenis Vitamin yang wajib di amalkan oleh setiap ibu hamil.
Tak kira anda hamil anak pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.
Setiap kali anda hamil, keperluan nutrisi oleh tubuh adalah 2 kali ganda lebih lagi kerana dalam tempoh kehamilan tubuh anda sedang bekerja lebih keras lagi.
Ingatlah, pengambilan Vitamin adalah untuk kesihatan anda dan juga bayi dalam kandungan anda.
Semestinya anda ingin melahirkan zuriat yang sihat.
Anda boleh mengambil vitamin B. Complex, Ostematrix, Sustain released Vitamin C, Omega Guard, Vitalea Iron Formula dan Esp soy protein sebagai Vitamin tambahan untuk anda amalkan sepanjang tempoh kehamilan.
Anda boleh menghubungi sid bertauliah dan beretika untuk panduan cara pengambilan vitamin ini.
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Tiada ulasan:

Catat Ulasan