Selasa, 5 Disember 2017

Darah Beku Pada Betis Boleh Menyebabkan Kematian Kepada Ibu Mengandung.

Sakitnya kaki ni, rasa berat nak mengangkatnya. Kebetulan saya pula sedang mengandung dan saya mempunyai darah beku di betis.
Saya baru tahu bahawa darah beku itu adalah Depp Vein Thrombosis, di mana ianya boleh membawa maut bagi wanita yang sedang mengandung.
Jadi saya ingin kongsikan kepada semua mengenai Deep Vein Thrombosis ini.

Deep Vein Thrombosis adalah keadaan di mana terdapat darah beku dalam saluran darah dan ianya menyerang dalam keadaan yang senyap dan simptom ringan.

Deep Vein Thrombosis biasanya terjadi pada ibu mengandung di bahagian betis, ketulan darah beku yang terjadi boleh menyekat peraliran darah dan 80% Deep Vein Thrombosis ini berlaku di betis kiri bagi ibu mengandung. Awas ye para ibu, Deep Vein Thrombosis ini boleh membawa maut kepada ibu jika di biarkam tanpa rawatan kerana darah beku itu boleh bergerak ke paru paru dan mengakibatkan Pulmonary Embolism.

Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini terjadi adalah :-
- Ibu mengandung mengalami masalah pengaliran darah terganggu dalam tempoh kehamilan.
- Ibu mengandung yang mengalami masalah berat badan bertambah yang tidak terkawal.
- Hormon yang terganggu menyebabkan darah menjadi pekat.
- Ibu yang kurang melakukan pergerakan tubuh dalam masa yang lama. Sebagai contoh duduk, baring atau berdiri dalam satu posisi yang sama berjam jam tanpa mengubah kedudukan.

Deep Vein Thrombosis ini sememangnya kerap terjadi kepada ibu hamil kerana semasa hamil, bahagian abdomen ke bawah ibu akan membesar, keadaan ini menyebabkan pengaliran darah dari bahagian kaki ke jantung agak sukar dan tidak lancar kerana ia berlawan dengan graviti dan faktor saluran darah pada rahim terhimpit. Keadaan inilah menyebabkan ketulan darah berlaku.

Para ibu dah periksa kaki anda? adakah terdapat darah beku pada betis berlaku?

Deep Vein Thrombosis ini akan menyebabkan rasa sakit dan rasa berat pada kaki seperti otot kaki kita ditarik, selain itu akan ada bahagian lembut dan rasa panas pada kaki terutamanya di bahagian paha atau pinggul dan ianya membengkak.
Apabila keadaan ini di biarkan, ketulan darah tersebut boleh bergerak ke paru paru dan mengakibatkan komplikasi Pulmonary Embolism yang boleh menyebabkan kematian.

Jadi awaslah wahai ibu ibu mengandung. Janganlah biarkan perkara ini terjadi kerana 2 nyawa boleh melayang. Nyawa kita dan juga bayi dalam kandungan kita. Allahhu..

Carilah jalan penyelesaian dengan mengamalkan suppliment untuk kesihatan ibu mengandung dan kerapkan aktiviti pergerakan yang sesuai untuk ibu mengandung.

Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Tiada ulasan:

Catat Ulasan