Khamis, 14 Disember 2017

5 Tips Menangani Mabuk Kehamilan Atau Morning Sickness.

ibu hamilibu hamil
Perkara biasa bagi setiap ibu hamil akan mengharungi fasa mabuk kehamilan atau morning sickness. Sememangnya setiap ibu hamil akan merasai keseronokan sepanjang tempoh kehamilan, memang seronok kerana merasai nadi degupan jantung zuriat sendiri.
Jadi bagaimanakah anda menangani kemabukan atau morning sickness?
Walaupun ianya lebih di kenali sebagai morning sickness, namun tak semua ibu mengalaminya pada waktu pagi. Menurut pakar, gejala morning sickness ini boleh terjadi pada waktu tengahari, petang dan juga malam.
Dan pastinya ramai antara ibu hamil yang mengalami gejala morning sickness ini pada waktu malam akan mempunyai masalah kurang tidur.
Gejala Morning sickness ini boleh terjadi di awal usia kehamilan iaitu 6 minggu pertama berterusan kepada 12 minggu hingga 14 minggu kehamilan. Tapi ada juga sesetengah ibu hamil mengalaminya sepanjang tempoh kehamilan.
5 Tips Bantu Mengawal Mabuk Hamil Atau Morning Sickness.
1. Berehat.
Untuk di awal usia kehamilan, badan ibu akan bekerja keras untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan anda. Oleh itu anda akan merasa penat dengan lebih cepat dan gejala morning sickness menambah lagi kepenatan anda.
Bagi ibu hamil yang bekerjaya di sarankan agar mengambil cuti rehat, manakala ibu hamil suri rumah sepenuh masa di sarankan agar anda kerapkan berehat seketika selepas membuat sesuatu kerja sebelum memulakan kerja yang lain.
Sesungguhnya tubuh anda amat berhak mendapat rehat yang cukup ketika ini.
2. Haruman segar dan menyamankan.
Bau yang wangi mahupun bau yang kurang menyenangkan boleh menjadi suatu perkara yang terganggu buat ibu yang mengalami masalah morning sickness.
Sebagai contoh, ada ibu hamil yang kalah dengan bau suami, bau badan sendiri atau bau wangian sendiri. Ada juga ibu hamil yang kalah dengan bauan pencuci pakaian atau pencuci pinggan yang biasa di gunakan di rumah.
Jadi anda boleh menghidu bau lemon untuk menenangkan diri dan mengelakan morning sickness anda menjadi lebih teruk lagi.
Menurut pakar, ibu hamil yang lebih sensitif adalah di sebabkan hormon estrogen pada tubuh ibu hamil adalah tinggi. Hormon inilah yang menyebabkan deria bau ibu hamil meningkat dan sesetengah bau membuatkan ibu hamil mudah merasa loya dan muntah.
3. Cari Punca.
Simptom morning sickness ini tidak akan kekal selamanya, ianya akan datang dan pergi.
Simptom morning sickness ini adakalanya pada waktu pagi anda tidak boleh mencium bau minyak wangi suami, di sebelah petang pula mungkin anda tidak boleh menghidu bau masakan jiran sebelah rumah anda. Jadi bila anda telah kenali punca punca kepada morning sickness, anda akan dapat mengambil langkah untuk mengatasinya.
4. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi secara kerap.
Kebiasaannya ibu hamil terus tidak mengambil makanan apabila mengalami simptom morning sickness ini. Tahukah anda bahawa perut yang kosong dan tekak yang loya di sebabkan asid yang tinggi di dalam perut.
Sebab itulah ibu hamil seharusnya makan makanan sedikit tetapi secara kerap.
Boleh sediakan hidangan snek, biskut atau kekacang yang boleh mengelakkan perut anda kosong.
Jadi lepas ni kalau ibu hamil mengalami simptom morning sickness, janganlah terus tidak mengambil makanan.
5. Kekal hidrat.
Ibu hamil sememangnya perlukan bekalan air putih secukupnya supaya diri terhindar dari dehidrasi. Menurut kajian, ibu hamil yang mengalami dehidrasi yang cepat akan mudah merasa loya dan mual. Ini akan mendorong ke arah morning sickness yang lebih tinggi.
Ibu hamil sebaiknya mengambil air putih 8 gelas sehari setiap hari atau 2 liter air putih setiap hari supaya tubuh kekal hidrat. Sekaligus dapat mengelakan ibu hamil mengalami masalah sembelit.
Semoga tips mengelakan simptom morning sickness atau kemabukan ini dapat membantu para ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan.
Tahniah kepada para ibu baru yang bakal melahirkan zuriat pertama dan semoga berjaya mengharungi tempoh kehamilan 9 bulan lebih dengan kesihatan yang baik dan bahagia.
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Tiada ulasan:

Catat Ulasan