Persediaan barang keperluan ibu dan bayi boleh disediakan lebih awal dan jangan bawa barang yang tidak penting. Sediakan senarai barang keperluan dan buat semakan sebelum hari untuk ibu menuju ke hospital. Ibu mungkin perlukan dua beg kecil sebelum ke hospital. Satu beg untuk keperluan sebelum bersalin dan satu beg lagi keperluan selepas bersalin.
Senarai keperluan barangan ibu.
1. Kad pengenalan dan kad rawatan semasa ibu sedang hamil. Dua kad ini adalah penting untuk ibu bawa ketika pendaftaran ibu sebelum masuk ke wad.
2. Kad insurans atau GL. Kad ini ibu boleh bawa jika ada dan jika diperlukan oleh pihak hospital.
3. Kaca mata. Ibu yang rabun atau mempunyai masalah mata boleh membawanya ke wad.
4. Beberapa helai baju tidur atau kemeja-T. Baju ini ibu akan gunakan sebelum dan selepas bersalin.
5. Selipar. Ibu disarankan untuk memakai selipar yang tidak licin dan sesuai untuk digunakan ketika di hospital serta selesa.
6. Tuala. Ini untuk kegunaan peribadi ibu.
7. Novel, MP3, gambar atau muzik yang boleh menenangkan diri ibu. Sebelum tiba masa induksi, ibu boleh merehatkan diri dengan membaca atau mendengar muzik untuk menenangkan diri.
8. Baju sejuk. Penting bagi ibu selepas bersalin memakai baju sejuk supaya tubuh kekal panas dan tidak merasa sejuk kerana cuaca sejuk tidak sesuai untuk tubuh ibu selepas bersalin.
9. Tuala wanita. Wajib dibawa oleh ibu untuk digunakan selepas bersalin kerana darah nifas akan keluar sama ada ibu bersalin secara normal ataupun pembedahan.
10. Stoking. Selepas bersalin kebiasaamnya kaki ibu akan merasa kebas dan sejuk. Jadi ibu haruslah memakai stoking selepas bersalin.
11. Peralatan mandi. Barangan asas untuk membersihkan diri ibu, seperti sabun mandi, ubat gigi dan berus gigi.
12. Sedikiy duit. Boleh membawa sedikit duit untuk ibu beli makanan sebelum bersalin.
13. Coli penyusuan. Dihospital, ibu akan disuruh menyusukan anak sendiri iaitu menyusu badan. Jadi sediakan beberapa helai coli penyusuan yang sesuai dan selesa untuk ibu gunakan semasa berada di hospital.
14. Pelapik payudara. Selepas bersalin kemungkinan susu ibu akan keluar dengan banyak, jadi pelapik payudara boleh digunakan jika susu mengalir banyak.
15. Kain batik. Ibu boleh bawa kain batik dua atau tiga helai untuk persiapan persalinan.
16. Telefon bimbit dan pengecas. Berkemungkinan ibu akan lama berada dihospital mengikut keadaan ibu dan juga bayi. Jadi telefon bimbit dan pengecas amat diperlukan apabila ada hal kecemasan untuk menghubungi suami atau saudara mara.
17. Seluar dalam. Ibu mesti membawa seluar dalam yang lebih untuk persediaan.
Senarai keperluan barangan bayi.
1. Kain bedung dan selimut. Selepas melahirkan, pihak hospital akan membersihkan bayi anda dan memakaikanya bedung bayi hospital. Tetapi ibu boleh menggunakan bedung dan selimut sendiri semasa hendak membawa bayi pulang ke rumah.
2. Lampin. Sediakan lampin pakai buang untuk bayi anda dan pastikan anda beli saiz untuk new born.
3. Stoking bayi. Tidak elok jika biarkan bayi anda kesejukan, jadi ibu boleh pakaikan bayi stoking.
4. Topi bayi. Topi bayi ini, boleh ibu gunakan semasa hendak membawa bayi pulang ke rumah.
5. Barut bayi. Barut bayi adalah penting kerana ia digunakan untuk mengelakkan bayi mengalami kembung perut.
6. Kerusi kereta bayi. Jika rumah anda dan perjalanan anda jauh dari hospital, boleh gunakan kerusi kereta bayi untuk langkah keselamatan.
7. Pakaian bayi. Bawa juga pakaian bayi untuk digunakan semasa pulang ke rumah.
Senarai barangan yang tidak perlu dibawa oleh ibu.
1. Barangan kemas atau perhiasan diri.
2. Wang tunai yang banyak atau barang berharga.
3. Ubat ubatan.
4. Pam susu.
Inilah senarai barangan yang peelu ibu sediakan sebelum tarikh kelahiran semakin dekat. Boleh juga sediakan lebih awal untuk mengelakan kecuaian. Bagi ibu bekerjaya, sebaiknya menyediakan barang keperluan ini lebih awal. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu bersedia lebih awal. Semoga berjumpa lagi di entry saya seterusnya. In Shaa Allah. ibu hamilWassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan