Rabu, 20 Disember 2017

Soalan popular yang bermain difikiran ibu hamil dan jawapan untuk persoalan anda itu.

Baru hamil anak pertama? Dulu saya juga sama seperti anda, semasa hamil anak pertama banyak persoalan yang bermain di kotak fikiran saya. Tambah pula orang di sekeliling yang berpengalaman menceritakan sejarah mereka membuatkan diri rasa tidak yakin. Tetapi kini saya sudah melalui pengalaman itu dan ingin kongsiakan persoalan yang popular bagi setiap ibu hamil. Antara soalan popular itu ialah :-


Adakah vagina akan terbuka luas selepas bersalin?

Perkara ini biasa menjadi benak difikiran para ibu, kerana kerap menonton video wanita dalam proses melahirkan. Sebenarnya vagina wanita boleh meregang ataupun mengembang untuk mengeluarkan bayi. Namun vagina akan menguncup semula selepas proses melahirkan dan kembali kepada saiz normal dan bergantung juga kepada otot anda. Bagi merangsang oto anda boleh melakukan senaman kegel untuk menguatkan peranan otot anda. Caranya ialah dengan menggenggam bahagian otot tersebut seolah-olah anda sedang menahan kencing, kemudian anda lepaskan. Anda boleh melakukan senaman ini sebanyak 10 kali sehari semasa hamil dan selepas bersalin.


Adakah saya terlebih berat badan?

Semasa hamil wanita tersebut akan mempunyai selera makan lebih dari biasanya. Ini menyebabkan berat badan anda akan naik dan menganggap ianya perkara yang normal. Namun tidak secara keseluruhanya jika berat anda naik secara mendadak. Ini kerana berat anda ketika hamil merupakan aspek penting yang bakal menentukan kesihatan anda dan juga bayi. Dalam tempoh kehamilan inilah anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan memasrikan adakah pemakanan dan gaya hidup anda itu bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil sekarang.


Adakah normal masalah keputihan yang dialami semasa hamil?

Masalah keputihan ini boleh juga terjadi kepada anda sepanjag tempoh kehamilan disebabkan perubahan hormon. Jadi anda boleh membawa seluar dalam lebih untuk menggantikan seluar dalam yang telah lembab dan basah tadi untuk keselesaan anda. Malah dapat mengelakan daripada jangkitan kuman dan membuatkan anda tidak selesa dengan keadaan tersebut. Anda boleh menambil makanan tambahan yang sesuai untuk anda amalkan semasa hamil bagi mengatasi masalah keputihan tersebut.


Mengapa sering mengalami masalah angin dan ketidakhadaman semasa hamil?

Ketika anda melalui tempoh kehamilan, anda bukanlah berseorangan. Ini kerana perubahan hormon semasa hamil mengurangkan kecekapan sistem gastrousus anda dan menjadikan ianya sukar mengawal pengeluaran angin. Keadaan ini membuatkan anda tidak selesa dan boleh mengalami gejala mual, muntah, loya, kembung perut dan mabuk kehamilan. Sebanyak 85% wanita hamil akannmengalami masalah ini di awal kehamilan dan sesetengah daripadanya mengalami masalah refluks asid dan ketidakhadaman. Anda boleh mengamalkan diet berprotein tinggi dan mengambil makanan tambahan yang mempunyai agen membuang angin bagi membantu mengurangkan gejala mabuk kehamilan ini.

Adakah anda akan menghadapi masalah kerap kencing selepas melahirkan anak?

Semasa anda hamil, kawalan pundi kencing mungkin berkurangan semasa hamil dan juga selepas bersalin. Bila anda semakin dengan dengan tarikh jangkaan bersalin (EDD), anda akan lebih kerap membuang air kecil kerana kawalan pundi kencing semakin berkurangan. Namun masalah ini akan kembali normal selepas 6 minggu hingga 3 bulan selepas melahirkan anak. Anda boleh melakukan senaman kegel bagi mengurangkan masalah kerap kencing ini.


Normalkah merasa sakit ketika melakukan hubungan intim selepas melahirkan anak?

Selepas melahirkan bayi anda mungkin merasa sakit ketika melakukan hubungan seks disebabkan mengalami trauma melahirkan bayi. Selain itu perubahan hormon juga boleh menyebabkan kesakitan apabila melakukan seks. Ini kerana perubahan hormon akannmenjehaskan pengeluaran pelincir semulajadi yang menyebabkan anda menjadi tidak selesa ketika melakukan hubungan seks. Anda boleh mengambil makanan tambahan yang boleh menambah dan merangsang pengeluaran pelincir semulajadi seperti Omega 6, kolegen dan Antioksidan.


Adakah saya akan tidak sedar bila tibanya waktu bersalin?

Perkara ini sering terjadi bagi wanita hamil anak pertama kerana tidak sedar bila pecahnya air ketuban. Ada di antara wanita hamil merasakan ianya adalah air kencing. Jika anda merasa was-was, segeralah menghubungi doktor. Jika ia melibatkan kontraksi, anda mungkin akan menyedari bahawa anda akan bersalin.


Adakah anda akan terberak / mengeluarkan najis ketika melahirkan?

Ya, berkemungkinan anda akan mengeluarkan najis ketika anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Perkara ini boleh berlaku ketika anda meneran mengeluarkan bayi kerana disebabkan usus anda penuh. Ianya berlaku kerana rektum itu terletak dibawah rahim anda, jadi ketika anda meneran untuk mengeluarkan bayi, anda juga akan memberi tekanan kepada kawasan tersebut dan membuatkan anda terberak. Ianya perkara biasa dan janganlah anda risau kerana kesemua orang yang ada di dalam bilik bersalin akan menjaga maruah anda ketika berada di dalam bilik bersalin.

Sampai disini sahaja perkongsian saya, semoga dapat memberikan manfaat kepada anda dan nenjadikan anda lebih bersedia menghadapi proses kehamilan dan melahirkan. Semoga berjumpa lagi di entry saya seterusnya. Assalamualaikum.


ibu hamil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan