Rabu, 20 Disember 2017

Petua tradisional menghilangkan kesan selulit, regangan atau stretch marks pada kulit.

Ramai wanita yang menghadapi delima regangan kulit apabila mengandung atau pun kegemukan. Bahagian kulit di lengan, perut, peha dan punggung antara bahagian anggota yang mengalami regangan. Ada juga wanita yang terkejut dengan kehadiran garis merah di bahagian anggota tertentu dan merasakan ianya mimpi ngeri.


Ada beberapa petua tradisi yang saya nak kongsikan kepada anda. Jika anda melakukan dengan kerap, kesan regangan itu boleh hilang dan kulit anda akan kembali kepada asal. Tak perlulah anda membazir duit dengan melakukan pembedahan kerana ada cara tradisi untuk mengelakan kesan regangan yang terjadi kepada kulit anda itu.


Putih telur.

Protein yang terdapat didalam putih telur dapat membantu menyegarkan kulit anda. Putih telur mempunyai protein dan asid amino. Anda boleh sapukan putih telur itu pada bahagian kulit yang mengalami reganganvsebanyak 3 kali sehari.

Jus lemon.

Asid semulajadi yang ada didalam lemon mengurangkan dan memudarkan kesan regangan pada kulit. Jus lemon juga adalah rawatan yang mudah untuk membantu menghilangkan kesan regangan pada kulit.

Minyak zaitun.

Minyak zaitun mengandungi vitamkn E yang berfungsi membatu mengembalikan tisu kulit. Kekerapan sapuan minyak zaitun pada kulit dapat membantu mencegah kemunculan regangan pada bahagian kulit anda.

Air Putih.

Kita wajib meminum air sebanyak 8 gelas setiap hari atau sekurang-lurangnya 2 liter air dalam masa sehari. Apabila tubuh mendapat bekalam air yang mencukupi, masalah regangan ini dapat di halang kerana kekurangan air akan menyebabkan kekeringan pada kulit.

Daun lidah buaya.

Khasiat lidah buaya ini sangat baik untuk merawat kesan regangan pada kulit. Lidah buaya ini juga terkenal sebagai bahan memulih dan melegakan. Hanya menyapukan lendiran lidah buaya pada regangan kulit itu dan biarkan sehingga kering, kemudian dibersihkan. Boleh dilakukan kerap setiap hari.

Mentega koko.

Mentega koko ini boleh disapukan pada kulit beberapa kali setiap hari kerana ia membantu melembabkan kulit yang kering dan dapat memudarkan kesan regangan pada kulit. Mentega koko ini juga terkenal sebagai bahan anti penuaan dan anti kedutan.

Minyak lavender dan minyak badam.

Campuran minyak lavender dan minyak badam yang kaya dengan vitamin ini dapat membantu memulihkan kesan regangan pada kulit.

Kepada anda yang ingin menghilangkan dan memudarkan kesan regangan kulit ini, boleh mengamalkan petua ini dan melakukan secara kerap. Semoga anda mendapat kesan dengan cepat dan memiliki kulit cantik semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan