Ahad, 24 Disember 2017

7 simptom yang dialami oleh ibu selepas bersalin.

Kebanyakan ibu baru masih belum tahu bahawa mereka akan mengalami beberapa simptom selepas bersalin. Yelah, masih belum berpengalaman lagi. Antara persoalan yanv paling popular akan ditujukan oleh ibu kepada doktor ialah mengapa kerap merasa sakit belakang? Normalkah pendarahan keluar dari kemaluan? dan mengapa sering rasa pening dan hendak pitam?


Ada di antara simptom simptom yang di alami oleh ibu adalah normal dan ada di antaranya merbahaya dan boleh membawa kepada keburukkan. Jika simptom simptom yang dialami oleh ibu berlaku secara berterusan, sebaiknya ibu berjumpa doktor dan mengambil langkah mengatasinya dari awal. Berikut adalah antara simptom simptom yang mungkin berlaku kepada ibu selepas melahirkan.


Pendarahan.

Kebiasaannya ibu akan mengalami pendarahan pada faraj semasa dua hingga enam minggu selepas bersalin. Walau bagaimana simptom ini boleh berkurangan dan terhenti jika ibu menyusukan bayi secara berterusan. Ibu juga akan mengalami pendarahan yang banyak di minggu awal bersalin dan darah itu akan mula berkurangan selepas beberapa hari. Namun jika ibu mengalami tanda tanda tumpah darah seperti keluar banyak darah, degupan jantung kencang, pening kepala, berpeluh dan pitam segeralah berjumpa dengan doktor.


Sakit di payudara.

Ibu yang menyusu atau mempunyai susu yang banyak akan merasa sakit pada payudara. Ini disebabkan ibu tidak kerap menyusukan bayi ataupun ibu tidak mengepam susu dan menyebabkan payudara dipenuhi susu. Jika dibiarkan berterusan, payudara akan menjadi bengkak dan ibu akan merasa sakit ketika menyusukan bayi. Untuk mengelakkan kebengkakkan ini berlaku di payudara ibu, kerapkan menyusu bayi secara terus (direct-feeding) atau mengepam susu badan jika bayi kurang menyusu. Jika susu ibu keluar dengan banyak, gunakanlah pelapik payudara bagi mengelakkan baju ibu basah dan boleh menuam payudara dengan tuala yang direndan dengan air sejuk ataupun air suam bagi mengurangkan kebengkakkan itu.


Baby blues.

Masalah baby blues ini biasa dialami oleh ibu selepas melahirkan kerana ketidakseimbangan dan ketidakselesaan tubuh yang dialami. Kebiasaannya ia di tahap ringan dan sokongan dari suami dan keluarga amat penting untuk memulihkan kembali emosi ibu.


Masalah sembelit.

Masalah sembelit biasanya di alami bagi ibu yang tidak minum air putih secukupnya kerana bimbang perut akan membuncit dan sebagainya kerana terlalu mendengar kepada cerita cerita dari orang lain. Sebenarnya, ibu perlu mengambil air secukupnya setiap hari walaupun sedang berpantang. Ibu perlu lebihkan pengambilan makanan berserat tinggi dan sayur sayuran dan buah buahan serta minum air yang mencukupi iaitu lapan gelas sehari. Elakkan pengambilan jamu yang panas kerana ia bersifat panas dan boleh memudaratkan ibu.


Sukar membuang air kecil / kencing.

Bagi ibu baru, kemungkinan akan mengalami masalah sukar kencing kerana mengalami masalah air kencing bertakung. Simptom ini boleh dikenalpasti dalam masa enam jam pertama selepas ibu melahirkan bayi. Ibu boleh cuba berjalan untuk melancarkan dan menggalakkan pengeluaran air kencing atau ibu boleh berendam.


Ketidakselesaan di faraj.

Bagi ibu yang melalui proses kelahiran secara normal, ibu akan mengalami ketidakselesaan pada faraj disebabkan oleh luka episiotomi semasa bersalin. Jadi ibu perlu memastikan kebersihan alat sulit terjaga bagi mengelakkan jangkitan kuman pada alat sulit anda. Jangan takut untuk membersihkan faraj kerana khuatir akan merasa pedih, ini akan menyebabkan jangkitan kuman boleh berlaku jika ibu tidak menjaga alat sulit dengan baik. Amalkanlah makanan tambahan dan nutrisi yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka.


Mudah terkencing.

Kebiasaannya simptom ini berlarutan selama 3 bulan. Namun ibu seharusnya membuat senaman kegel bagi mengelakkan perkara ini berlarutan. Biasanya simptom mudah terkencing ini berlaku ketika ibu batuk, ketawa dan bersin. Ini berlaku kerana saraf di bahagian vagina di pundi kencing rosak sehingga menyebabkan kawalan kencing terganggu.


ibu hamil, ibu berpantang
Bagi ibu baru yang mengalami simptom simptom ini secara berterusan, sebaiknya ibu mendapatkan nasihat doktor dan mencari langkah mengatasi masalah tersebut. Ibu juga sebaiknya memilih makanan tambahan yang sesuai dan semulajadi untuk di amalkan sepanjag kehamilan seperti set berpantang lengkap shaklee. Sekian sahaja perkongsian saya hari ini, semoga ia dapat membantu ibu mengatasi simptom ini sepanjag tempoh berpantang. Wassalam.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan