Ahad, 3 Disember 2017

Bagaimana Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Berkesan Dengan Cara Paling Mudah

Kau ni gemuknya, kalau letak kau sebelah tong drum pun orang nampak sama je.

Besarnya Badan kau, kalau nak di bandingkan dengan aku ni memang kalah.

Alamak badak nak lalu ni, bagi laluan besar sikit. Nanti dia langgar kita memang penyek kita di buatnya.

Inilah antara yang keluar dari mulut ramai orang kepada mereka yang berbadan gempal atau gemuk.
Bukan bermakna mereka tidak mahu menurunkan berat badan, cuma mereka ni mengalami masalah dan tabiat kuat makan.

Macam saya juga memang kuat makan, tak kira waktu bila. Asal saya berasa lapar, pasti saya akan makan. Cuma bezanya saya makan makanan yang bersesuaian supaya saya tidak mengalami masalah berat badan yang berlebihan.

Saya kongsikan bersama anda semua agar anda juga dapat memiliki berat badan yang ideal.

1. Biasakanlah diri makan menggunakan pinggan yang lebih kecil.
Bila anda menggunakan pinggan yang kecil, anda akan mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih sedikit dan memadai untuk mengalas perut.

2. Mengambil karbohidrat yang kaya dengan serat dan gandum penuh.
Anda boleh gantikan pengambilan beras kepada beras merah atau pun roti yang bergandum penuh (whole wheat). Bila anda mengambil makanan yang kaya serat dan gandum penuh, perut akan kenyang lebih lama.

3. Kurangkan pengambilan makanan bergula, garam dan chicken stock.
Anda boleh gantikan makanan bergula dengan makanan lebih sihat seperti buah buhan dan salad.

4. Ajarkan diri supaya minum 2 gelas air sebelum memulakan makan.
Perut akan lebih cepat kenyang dan membuatkan anda mengambil makanam dalam kuantiti sedikit malah rasa kenyang.

5. Protein adalah penting untuk membekalkan tenaga dan menjadikan perut anda kenyang lebih lama daripada biasa.
Pemilihan protein yang bersesuaian juga adalah penting. Seperti contoh mengambil protein dari sumber tumbuhan lebih mudah di cernakan dan tidak mengandungi lemak kolestrol jahat (kolestrol LDL). Manakala sumber protein dari daging lebih lambat di cernakan dan mengandungi lemak.

6. Untuk mendapatkan berat ideal dengan mudah, anda perlulah antifkan diri dan berjalan dengan laju supaya pembakaran lemak lebih cepat berlaku.
Aktifkan diri dan cergaskan diri supaya minda anda tidak tertumpu untuk sentiasa makan bila ada masa lapang.

7. Tidur secukupnya. Jangan lebih tidur ye, ramai yang tergemuk apabila terlebih tidur.

8. Amalkan makanan tambahan yang membantu penurunan berat secara sihat dan membantu anda merasa kenyang bertenaga sepanjang hari.

Kesemua di atas adalah perkara yang mudah untuk anda amalkan jika ingin turunkan berat badan dengan berkesan. Makan mengikut keperluan bukan mengikut nafsu makan.
Ramai yang kini hidup untuk makan dan ini membuatka anda lebih cenderung ke arah kegemukan.

Nak dapatkan tips penurunan berat badan dengan berkesan dan suppliment yang sesuai untuk bantu anda menurunkan berat badan, boleh hubungi Sid Sah Shaklee yang bertauliah.

Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Tiada ulasan:

Catat Ulasan