Isnin, 18 Disember 2017

8 jenis makanan yang membantu ibu kekal hidrat, cergas dan tampil cantik sepanjang kehamilan.

Tahniah kepada anda dan juga pasangan kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Jadi para ibu hamil sila manfaatkan 40 minggu yang mendatang ini dengan aktiviti dan mengamalkan makanan yang sihat. Ini kerana di dalam tubuh ibu ada satu lagi nyawa yang bakal bernadi dan membesar di dalam rahim anda. Kehamilan adalah tempoh yang mencabar bagi para ibu hamil kerana perut anda akan membesar dari masa ke masa kerana bayi dalam kandungan anda semakin membesar, ini membuatkan tubuh anda merasa letih dan lesu lebih cepat dari kebiasaanya.


Ketika menempuh tempoh kehamilan, anda seharusnya memgamalkan pemakanan sihat, melakukan senaman secara teratur dan dapatkan rehat yang secukupnya pasti tubuh anda akan merasa lebih cergas dan selesa. Walaupun begitu, tubuh anda tetap akan merasa keletihan dan kelesuan disebabkan perubahan hormon kehamilan dan tubuh sedang menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Di sini saya kongsikan makanan yang dapat membantu tubuh ibu hamil kekal hidrat, cergas dan mendapat bekalan air yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan.


Bijirin penuh.

Makanan yang mempunyai bijiran penuh seperti kuinoa, beras perang, oat, gandum dan jagung adalah penggalak tenaga yang baik kerana kaya dengan Vitamin B yang membantu membekalkan tisu dan metabolisme tenaga termasuklah pembentukan sel darah merah. Sebenarnya bijirin penuh dilengkapi dengan serat yang membantu menstabilkan tahap gula dalam darah serta dapat membekalkan tenaga yang berpanjangan. Selain itu makanan bijirin penuh serat ini kaya dengan prebiotik yang sangat bagus untuk mendapatkan usus yang sihat bagi meningkatkan tahap tenaga dan sistem imuniti tubuh.


Kekacang.

Kekacang mempunyai GI yang rendah dan juga kaya dengan serat. Sebagai contoh kacang lentir dan kacang kuda. Serat dan GI yang rendah berfungsi untuk membekalkan tenaga berpanjangan dan menstabilkan tahap gula dalam darah. Kekacang juga merupakan prebiotik dan protein yang baik, ia membantu membina tisu seperti otot dan membina antibodi yang dapat meningkatkan metabolisme badan dan sistem tubuh bagi membolehkan anda bertenaga sepanjang hari.

Yogurt asli.

Sumber probiotik terkandung di dalam yogurt asli dapat membantu mengekalkan penghadaman yang baik dan sihat. Selain itu probiotik dapat memastikan kesihatan menteluruh bagi ibu hamil. 

Telur dan daging.

Telur dan daging merupakan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi yang menyokong pembentukan tisu sel dan sel darah merah. Jika tubuh ibu hamil kekurangan zat besi yang sepatutnya, ibu akan merasa keletihan dan tenaga berkurangan. Selain itu, makanan yang kaya protein ini menyediakan sebilangan lemak yang berfungsi membantu penyerapan vitamin larut lemak serta merupakan bahan penting antioksidan.

Air kosong dan teh hijau.

Cara untuk ibu kekal hidrat, ibu hamil boleh memulakan hari dengan minum segelas air kosong untuk meningkatkan hidrasi. Dengan meminum air kosong dapat memastikan tubuh ibu kekal hidrat bagi membekalkan tenaga dalam badan. Teh hijau pula membekalkan sumber antioksidan yang baik bagi membantu tubuh ibu kekal hidrat.

Buah tembikai.

Tahukah anda, buah tembikai mengandungi 92% air. Jadi buah tembikai adalah pilihan terbaik baik ibu hamil untuk membantu tubuh ibu hamil kekal hidrat sepanjang hari. Jadi ibu hamil makan sepotong buah tembikai sebagai snek untuk menyegarkan diri.

Strawberi.

Biasa kita lihat buah strawberi merah dan menawan mata kita serta meningkatkan rasa yang tinggi untuk kita makan. Tahukah anda bahawa buah strawberi membekalkan 91% kandungan air. Jadi ibu hamil boleh ambil hidangan strawberi dengan snek lain seperti salad, yogurt, smooties, bijirin dan jus buahan yang lain.

Timun.

Ramai yang suka makan timun, timun juga mempunyai kandungan air yang banyak iaitu 95%. Ibu hamil boleh amalkan timun untuk bantu tubuh ibu hamil kekal hidrat.

Sehingga disini sahaja perkongsian saya untuk para ibu hamil semua. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu kekal hidrat dan bertenaga sepanjang kehamilan. Jangan lupa lakukan juga senaman secara teratur untuk meningkatkan metabolisme tubuh anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan