Kalau awak nak sihat, apa yang awak buat untuk dapatkan kesihatan yang Optimum?
Masalah kesihatan bukan berisiko kepada orang dewasa sahaja, tetapi semua golongan berisiko mendapat masalah kesihatan walaupun kanak kanak.
Apa yang saya nak ceritakan hari ini adalah masalah kesihatan kepada golongan yang tidak mengambil langkah awal bagi merawat penyakit Thyroid.
Lihat awak dalam golongan yang mana dan apa masalah yang akan awak hadapi apabila mengabaikan masalah Thyroid.
Golongan Pertama :-
SEMUA ORANG.
Akan berisiko mendapat masalah Goiter, Paras Kolestrol tinggi, Tekanan darah tinggi dan Kemurungan yang kronik.
Golongan Kedua :-
IBU MENGANDUNG.
Masalah Thyroid yang ibu hamil alami akan mengundang keburukan kepada bayi dalam kandungan seperti perkembangan Fizikal dan mental bayi terganggu ketika di dalam rahim, Masalah Anemia dan Mengalami tekanan darah tinggi.
Golongan Ketiga :-
BAYI DAN KANAK-KANAK.
Jika masih bayi atau pun kanak - kanak telah mempunyai masalah Thyroid yang tidak di rawat, mereka akan mengalami masalah tumbesaran yang terbantut. Perkembangan mental mereka juga tidak baik seperti mengalami masalah tumpuan yang tidak baik, lambat bercakap, IQ yang rendah jika di bandingkan dengan kanak - kanak yang sihat.
Golongan Ke Empat :-
GOLONGAN MUDA.
Ramai dah sekarang ni masih muda lagi dah pelupa, itu adalah salah satu tanda awak mempunyai masalah Thyroid tau.
Menghadapi masalah pembelajaran yang merosot.
Bagi yang bekerja akan mengalami prestasi kerja yang merosot.
Dan yang terakhir ini adalah paling bahaya bagi golongan muda adalah kurang keinginan seks.
Golongan Ke Lima :-
BAKAL IBU BAPA.
Lelaki dan wanita yang sudah berkahwin tetapi lambat mendapat zuriat, silalah buat pemeriksaan Thyroid segera. Jika awak atau pasangan mempunyai masalah Thyroid juga mendorong kepada kesukaran buat awak dan pasangan untuk mendapat zuriat.
Boleh juga berlaku kepada mereka yang telah lama tidak mendapat Zuriat.
Golongan Ke Enam :-
WARGA TUA.
Semakin meningkat usia, semakin kurang tenaga dan kualiti hidup yang tidak baik. Inilah masalah golongan warga tua yang menghidapi masalah Thyroid. Kualiti hidup awak akan semakin terjejas dan tidak mencapai keselesaan hidup.
Jika ia dibiarkan berlarutan pasti mengundang masalah kesihatan yang lebih serius lagi bagi Golongan Warga Tua yang mempunyai masalah Thyroid ialah penyakit jantung, penyakit dementia atau pelupa terutamanya di kalangan kaum wanita.
Sudahkah awak membuat pemeriksaan kesihatan? Pastikan buat sekurang kurangnya sekali dalam setahun atau Lebih baik 6 bulan sekali.
Kesihatan perlu di utamakan bagi menjalani kehidupan dan kualiti hidup yang lebih baik.
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146
Tiada ulasan:
Catat Ulasan