Sabtu, 9 Disember 2017

Penyebab Utama Jantung Anda Menjadi Tidak Sihat.

Pertama sekali, anda perlu tahu dahulu apa yang di katakan sebagai Sakit Jantung.

Penyakit jantung adalah di sebabkan oleh salur darah jantung yang sempit. Kesempitan ini berlaku di sebabkan saluran di selaputi dengan lemak terutamanya adalah kolestrol.
Jika salur darah yang menjadi sempit, maka bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi menyebabkan sakit jantung terjadi.

Ini adalah antara Faktor yang menyebabkan jantung anda menjadi tidak sihat.

MEROKOK.
- Mereka yang merokok akan meningkatkan risiko mendapat sakit jantung sebanyak 3-6 kali ganda.
Kesan asap rokok menyebabkan darah membeku dengan lebih cepat.
Merokok juga menyebabkan pemendapan lemak di dinding saluran darah dan mengakibatkan bekalan oksigen ke jantung menjadi kurang.

STRESS DAN TEKANAN.
- Jika anda dalam keadaan stress, ini akan menyebabkan degupan jantung meningkat. Keadaan ini akan mengakibatkan tekanan darah meningkat dan menjadi punca kepada jantung yang tidak sihat.

KANDUNGAN LEMAK YANG TINGGI DALAM BADAN.
- Sebab itulah kita perlu menjaga kesihatan dan memastikan lemak jahat tidak tinggi di dalam badan. Ini kerana lemak yang terlalu banyak menyelaputi otot menyebabkan jantung tidak boleh mengepam darah dengan baik dan mengakibatkan peraliran darah terganggu.

TEKANAN DARAH TINGGI.
- Mereka yang mempunyai masalah darah tinggi amat perlu menjaga kesihatan. Ini kerana tekanan darah tinggi boleh merosakan jantung. Ia terjadi kerana penyempitan saluran akibat tekanan darah tinggi yang menjadi penyebab jantung mengepam darah dengan lebih kuat.
Akibatnya saluran darah menjadi lebih tebal dan menyukarkan pengaliran darah ke seluruh badan.

PESAKIT DIABETES.
- Pengidap diabetes biasanya mempunyai saluran darah lebih tebal menyebabkan seseorang berisiko mengidap diabetes.
Perkara ini menyebabkan mereka yang mempunyai diabetes mempunyai 2-3 kali kemungkinan mendapat serangan jantung.

INDIVIDU BERUSIA 35 TAHUN KE ATAS DAN BERAT BADAN BERLEBIHAN.
- Semakin meningkat usia semakin kita perlu lebihkan penjagaan terhadap kesihatan dan menjaga berat badan supaya tidak berlebihan kerana semakin meningkat usia dan berat yang berlebihan semakin berisiko mendapat penyakit jantung.

KETURUNAN.
- Mereka yang di lahirkan dengan sakit jantung walaupun ketika bayi. Sakit jantung yang sukar di kawal kerana mempunyai timbunan lemak berterusan di dalam salur darah yang menyebabkan bekalan darah ke otot jantung dan boleh menyebabkan serangan jantung secara mengejut.

Inilah 7 faktor utama yang boleh menyebabkan anda mendapat penyakit jantung.
Sayangi jantung dan pastikan sentiasa mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan serangan jantung terjadi pada diri anda.

Jantung hanya ada satu sahaja dan tiada gantinya.
Anda boleh mengamalkan suppliment yang tinggi antioksidan, resveratrol dan Omega 3 untuk memelihara kesihatan jantung.

Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Tiada ulasan:

Catat Ulasan