Ahad, 31 Disember 2017

Ketahui punca punca yang menyebabkan anak anda mengalami masalah sembelit.

Kebanyakkan ibu bapa kini lebih tertumpu pada apa yang ingin diberikan kepada anak sehingga tidak menyedari ada sesetengah makanan tidak sesuai dengan usia mereka. Ini kerana ada sesetengah makanan sukar dicernakan oleh bayi dan kanak kanak.


Pemilihan makanan yang baik dan bersesuaian dengan usia anak amat penting. Ajaran untuk anak kerap ke tandas juga perlu untuk membantu mereka agar tidak menahan najis dari keluar. Ada beberapa punca yang menyebabkan anak anda mengalami masalah sembelit. Antaranya ialah :


Pemakanan.

Kanak kanak yang baru mula memakan makanam pejal mestilah mengambil lebih serat, sayuran dan buah buahan. Jenis jenis makanam ini dapat membantu mengelakkan masalah sembelit kerap berlaku kepada anak.


Tabiat anak.

Sesetengah kanak kanak akan merasa takut dan tidak mahu ke tandas untuk membuang air besar. Ini kerana mereka takut dengan suasana dalam tandas atau pun takut bersendirian. Ada juga di antara mereka yang takut untuk meneran najis keluar.


Tidak aktif dan kurang melakukan aktiviti riadah.

Sebaiknya anda mengajak anak anda melakukan aktiviti riadah sekurang kurangnya 30 minit atau sejam setiap hari. Dengan melakukan banyak aktiviti fizikal, pergerakkan usus akan menjadi lebih lancar.


Mengambil makanan segera, junk food dan makanan manis.

Masalah yang ibu bapa sering hadapi adalah kekurangan masa. Sudahnya ibu bapa mengambil langkah mudah dengan membekalkan anak dengan makanan kurang sihat seperti fast food, makanan manis dan kurang kandungan makanan berserat. Ini juga adalah punca anak anda mengalami sembelit.


Kurang pengambilan serat, sayur sayuran dan buah buahan.

Ramai di kalangan kanak kanak yang susah nak makan sayur dan buah buahan. Ini kerana rasanya dan struktur makanan tersebut. Namun ibu bapa boleh kreatifkan diri dengan mempelbagaikan warna dan membentuk makanan yang menarik minat anak untuk makan makanan tersebut.


Perhatian dan masa untuk meneman anak ke tandas adalah sangat penting. Ini akan membantu anak anda mudah ke tandas dengan sendirinya apabila dia merasa ingin membuang air besar. Masalah sembelit juga boleh di kurangkan dengan membekalkan anak anda makanan tambahan seperti Mealshakes Shaklee dan Omega guard Shaklee.


Jika ibu bapa ingin berikan anak makanan tambahan terbaik, saya sarankan pilihlah yang berasaskan bahan semulajadi dan organik. Semoga perkongsian saya hari ini dapat memberikan idea kepada ibu bapa dalam mengatasi masalah sembelit anak. Wassalam.

4 ulasan:

  1. Betul tu sis. Saya pernah ada pengalaman anak sembelit teruk. Sampaikan saya sendiri menangis sebab tak tahu nak buat apa. Lepas je saya beri anak saya mealshakes, alhamdulillah semakin kurang sembelit. Lega sikit hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. memang risau kalau anak sembelit ni. Bahaya kalau dibiarkan.

      Padam
    2. Alhamdulillah.. memang risau kalau anak sembelit ni. Bahaya kalau dibiarkan.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam