Rabu, 13 Disember 2017

6 Simptom Yang Akan Di Alami Oleh Ibu Mengandung.

ibu hamil
Alhamdulillah dan tahniah kepada anda serta pasangan kerana bakal menjadi ibu dan bapa.
Tiada harta di dunia ini yang boleh di tukar gantikan dengan zuriat yang bakal lahir dan tiada berita yang lebih gembira daripada ini bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.
Sebagai seorang wanita yang sedang mengandung, anda perlu tahu dan ambil tahu tentang simptom yang akan anda alami sepanjang tempoh kehamilan, Biasanga orang kita cakap mabuk (morning sickness).
Memang akan anda alami simptom ini dan perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental.
6 Simptom yang akan dialami oleh setiap ibu hamil ialah :-
1. Mabuk hamil.
Ini biasa sangat berlaku pada sesetengah bakal ibu, permulaan akan ada mabuk, mual-mual, pening kepala dan juga muntah-muntah.
Tapi tak semua ibu akan mengalaminya pada awal kehamilan ye.
2. Payudara membesar.
Untuk bakal ibu baru, jangan terperanjat pula jika payudara anda mula membesar.
Ye betul. Selain perut anda akan membesar, payudara juga akan turut membesar.
Sebaiknya anda bersedia membeli coli materniti yang bersesuaian.
3. Ketidakselesaan.
Anda akan menghadapi 40 minggu tempoh kehamilan. Sangat panjang bagi anda?
Bersedialah dengan segala keperluan dan kelengkapan diri kerana di hari yang mendatang, anda tidak lagi selesa memakai pakaian yang biasa anda pakai setiap hari. Ini disebabkan perubahan bentuk badan dan kenaikan berat badan bakal anda alami.
Anda akan lebih selesa jika memakai seluar dalam materniti.
4. Kesan regangan kulit.
Untuk kesan regangan kulit ini tidak kesemua ibu hamil akan mengalaminya secara kronik. Dalam erti kata lain regangan ini adalah selulit yang boleh membuatkan kulit anda kelihatan buruk.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan regangan kulit yang anda alami seperti memakai losyen atau lebih baik anda mengamalkan makanan tambahan yang bersesuaian untuk mengatasi masalah regangan kulit dan mengurangkan masalah regangan kulit.
5. Sukar tidur.
Masalah sukar tidur biasa di alami oleh semua ibu hamil, terutama ketika perut anda semakin membesar.
Malah anda juga boleh mengamalkan pengambilan kalsium dan magnesium supaya anda lebih mudah tidur, mendapatkan tidur yang berkualiti dan badan yang segar apabila bangun di pagi hari.
6. Sukar membuang air besar.
Ramai ibu hamil akan mengalami masalah sukar membuang air besar atau sembelit. Ini adalah disebabkan perubahan hormon ketika kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman.
Antara faktor yang menyebabkan ibu hamil mengalami masalah sembelit ialah kurang pengambilan makanan berserat, stress, kurang pergerakan fizikal, dehidrasi, rahim yang mengembang menghalang pergerakan najis ke usus dan hormon progesteron berlebihan yang menjadikan pemprosesan makanan lebih perlahan.
Anda boleh mengurangkan masalah sembelit ketika hamil dengan memperbanyakan minum air putih, melakukan senaman ringan, mengamalkan makanan kaya serat dan suppliment yang membantu melembutkan najis.
Inilah antara simptom yang bakal anda alami dalam tempoh kehamilan. Jika anda sedang hamil anak pertama, pastikan anda tahu perkara ini dan bersedialah untuk menghadapinya.
Sokongan dari pasangan anda juga amat penting dalam anda menghadapi simptom simptom mabuk ini.
Bersama sama cetuskan situasi yang boleh membahagiakan anda dan pasangan supaya zuriat yang bakal di lahirkan sihat dan cergas.
Semoga anda yang sedang hamil berada di dalam keadaan yang sihat, kandungan yang sihat dan sentiasa bahagia.
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

2 ulasan:

  1. Dah 3 kali... Semua lain2 simptom.. Hehhehe. Tq sharing sis

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas info. Lain anak, lain ragamnya, betul tak

    BalasPadam