Ahad, 6 November 2016

VIRUS ZIKA MENGANCAM NYAWA

VIRUS ZIKA
Apa itu Virus Zika?
Zika adalah Virus yang disebarkan oleh Nyamuk Aedes. Nyamuk jenis Aedes ini juga menyebarkan denggi dan chikungunya.
GEJALA  ZIKA
Biasanya gejala penyakit ini mengambil masa 2 hingga 7 hari selepas individu itu digigit oleh Nyamuk Aedes Aegypti.
1 daripada 4 orang yang dijangkiti Virus Zika akan menunjukkan gejala-gejala di bawah seperti :-
1. Kunjunktivitis
2. Demam ringan
3. Sakit Kepala dan sakit sendi
4. Ruam kulit
5. Kelesuan
 TIADA VAKSIN UNTUK MERAWAT VIRUS ZIKA
PERKARA WAJIB YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA MENGALAMI GEJALA ZIKA.
✅ Dapatkan rawatan untuk melegakan kesakitan dan demam.
✅ Banyakkan minum air putih.
✅ Dapatkan tidur dan rehat yang cukup.
✅ Pakai baju berlengan panjang dan labuh supaya tidak digigit oleh Nyamuk Aedes.
✅ Sekiranya tanda-tanda semakin teruk atau berlaku komplikasi, segeralah dapatkan rawatan lanjut terutamanya WANITA HAMIL.
BAGAIMANA UNTUL MENGELAK DARI DIJANGKITI?
Tentunya dengan menjaga kebersihan persekitaran dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat mengurangkan risiko jangkitan Virus Zika, Chikungunya atau Demam Denggi.
Amalkan perkara-perkara ini supaya persekitaran sihat dan bersih.
✅ Buang air bertakung di dalam tayar-tayar buruk, alas pasu bunga, botol dan bekas yang boleh menakung air.
✅ Tutup semua bekas tadahan air. Sekiranya terpaksa menadah air, masukkan bahan pembunuh jentik-jentik.
✅ Pastikan sampah sarap dibuang di dalam beg sampah dan tong sampah yang bertutup rapat.
✅ Pakai seluar panjang dan baju lengan panjang ketika melakukan kerja pembersihan.
✅ Gunakan repellen dan semburan aerosol serangga untuk menghalau nyamuk.
✅ Gunakan skrin atau langsir yang telah dirawat racun serangga nyamuk untuk menutup tingkap dan pintu.
✅ Tidur di tempat yang dilindungi kelambu.
NASIHAT KEPADA KUMPULAN YANG BERISIKO TINGGI AKAN TERANCAM DENGAN VIRUS ZIKA.
1- Kumpulan terancam ( Vulnerable group ) iaitu wanita dalam kumpulan umur reproduktif ( 15 - 40 tahun ).
2- Lindungi diri daripada gigitan nyamuk seperti penggunaan repellen, pakaian cerah dan berlengan panjang.
3- Elakkan aktiviti awal pagi dan lewat petang.
4- Amalkan hubungan seks yang selamat jika pasangan dijangkiti Zika atau melancong keluar negara yang berisiko penularan Zika sekurang-kurangnya 8 minggu dari tarikh ketibaan dari negara yang berisiko.
5- Menggunakan Kondom ketika melakukan hubungan seks.
6. Wanita hamil dinasihatkan supaya tidak melancong ke luar negara yang berisiko kepada Virus Zika.
SENARAI NEGARA YANG BERISIKO :-
Brazil, Colombia, Cabo Verde, Dominican Republic, El Salvador, French Polynesia, Honduras, Suriname, Venezuela, French Guiana, Haiti, Masrtinique dan Puerto Rico.
Jika anda, ibu hamil ataupun ahli keluarga yang terkena Jangkitan Virus Zika ini, boleh juga mengamalkan Suppliment untuk memperkukuhkan semula sistem imun tubuh. Antara suppliment yang sesuai ialah Vivix, Nutriferon, Omega Guard, Garlic dan Performance Drinks.
Ibu hamil amat disarankan untuk mengamalkan Nutriferon ketika hamil bagi mengelakkan sistem imun anda lemah dan Virus Zika ini mengancam bayi dalam kandungan anda. Bayi akan mengalami kerosakkan pada otak terutamanya.
Cegahlah sebelum anda menyesalinya. Demi insan tercinta.
Boleh hubungi nombor tertera di bawah untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.
PENGEDAR SHAKLEE AYU
Wa : 0127043146
Fb : shafeeza masayu
Blog : shafeezamasayu.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan