Jumaat, 25 November 2016

20 Tahun Akan Datang, Siapakah saya?

Apa ye yang akan saya gapai 20 Tahun akan datang?
Banyak sangat impian untuk di rancang 20 tahun akan datang. Mungkin masa tu dah bergelar Hajjah ke.. Aaminn3.. dan masa tu pun Sofea dah besar.
Mungkin 20 tahun akan datang saya dah mempunyai rumah banglo yang boleh saya bawak orang tua dan mertua saya tinggal bersama dengan lebih selesa. Dan mungkin juga saya dah menjadi Master dalam bisness Shaklee ini. Impian yang tinggi dan usaha juga kena lebih, cakap pasal impian pastinya harus ada pengorbanan dari titik permulaan. Pengorbanan masa, tenaga dan paling banyak perlu dikorbankan adalah masa tidur huhuhuhu..
Kata orang berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian.. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Macam cikgu blogger saya Tuan Eizil cakap kita ibarat taman Mousang King tuai dulu elok-elok sampai masa kutip hasil lumayan.. Hehehehe..
Apa pun impian pasti perlu usaha 100x ganda untuk mencapai impian tersebut. In Shaa Allah satu hari nanti dan paling utama ialah utamakan Allah S.W.T nanti Dia akan Utamakan kita juga.
Impian anda 20 tahun akan datang apa? Jom share.
#shakleeeffect
#tsunamishaklee
#amazing10
#LiveAmazing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan