Isnin, 7 November 2016

BUKU CERITA

Buku terakhir pagi ini.

Ini buku terakhir saya baca pagi ni sebab sofea nak belajar sangat. Bukan main lagi sofea buli mumy dia pepagi ni. hehehe.. Tak apalah nipis je pun bukunya.

Dalam kisah cerita ni mengatakan bahawa pentingnya tumbuhan dan alam sekitar bagi haiwan. Sekumpulan gajah ini merasa terancam dan tidak mempunyai tempat tinggal kerana bukit yang di tarah dan pembangunan membangun dengan pesat.

Mereka terpaksa berpindah ke tempat lain yang masih belum di terokai manusia. Kesian juga kat gajah-gajah ni sebab kalau bukit atau hutan kena tarah mereka pindah randah.

Jadi pengajaran dalam cerita ni kita perlulah menjaga alam sekitar dan jangan biarkan pembangunan yang memusnahkan kehidupan alam sekitar. Mungkin ada cara pembangunan yang boleh dilakukan tanpa mengancam kehidupan alam sekitar.

Alam sekitar dan hijauan penting untuk kita hidup dengan lebih sihat.

Jom kita jaga alam sekitar.

#shakleeeffect
#tsunamishaklee
#LiveAmazing
#amazing10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan