Aktiviti anak saya Sofea Amani di Luar.
Biasalah Sofea memang akan sentiasa dengan saya walau kemana jua. Kalau tempat yang paling sofea suka pergi memang Legoland Malaysia tentunya. Di Legoland ni bukan tempat permainan sahaja ye. Malah tempat untuk kita uji minda anak kita. Nak tahu macam mana?
Lego adalah permainan yang boleh di cantum menjadi bangunan, kenderaan atau apa sahaja malahan haiwan juga boleh di bentuk menggunakan lego. Jadi di Legoland kita dapat dedahkan mereka dengan pembinaan dan bagaimana untuk mencipta sesuatu yang kretif.
Sememangnya saya dan suami telah membawa Sofea ke Legoland sejak Sofea berusia 2 bulan sehingga kini. Dari peringkat umur yang semakin meningkat saya dapat lihat Sofea boleh bina dan susun sendiri lego.
Malah dalam Legoland juga ada tempat dimana Sofea boleh berkawan dengan bebas dan tidak di ganggu kerana di Legoland, kanak-kanak di utamakan terlebih dahulu.
Selain itu aktiviti Sofea sebelum dia boleh bersekolah. Sofea perlulah ikut saya untuk berbisness. Setiap kali ke Shaklee pastinya Sofea akan ikut sekali dan bermain di branch tanpa ganggu saya nak bershopping.
Malah dia semakin faham saya berbisness dan bila saya sedang sibuk menyalin nota pastinya dia juga turut mengambil buku dan menulis.
Apa yang penting untuk perkembangan minda Sofea ialah saya mesti sentiasa berbual dengannya dan mengajarnya, jadi Sofea makin cepat tangkap dan faham akan sesuatu yang di ajar.
Alhamdulillah.. saya sangat berbangga dengan anak saya dan bersyukur di kurniakan anak yang mudah memahami saya dan suami..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan