Ahad, 2 Oktober 2016

KENAPA SAYA PILIH BISNESS SHAKLEE

Assalamualaikum semua, selamat petang. Saya harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera disamping insan dan keluarga tercinta.

Memang banyak sekarang ni buat bisness MLM. Kemana pun pergi pasti ramai yang ajak buat bisness MLM, berbagai produk yang boleh dipilih. Tapi hanya 1 sahaja bisness MLM yang mampu memahat hati saya ini iaitu bisness Shaklee.

Shaklee adalah satu-satunya produk yang saya amalkan sebagai suppliment dan mula berkecimpung berbisness Shaklee dengan memulakan dari peringkat bawah dan In Shaa Allah akan datang ke satu peringkat yang lebih atas lagi. Pasti ramai yang ingin tahu kenapa mesti saya memilih bisness Shaklee.

Pertamanya kerana saya amalkan suppliment Shaklee dan saya sendiri rasai keberkesanan produk Shaklee ini. Malahan seluruh keluarga saya sehingga ke anak saya sendiri saya amalkan suppliment Shaklee. Bila anak saya guna dengan jayanya, bermakna saya yakin dan pasti produk Shaklee ini benar-benar selamat dan berkesan.

Sebab kedua ialah kerana masa bersama suami dan anak saya. Masa saya mula-mula berbisness Shaklee ini, anak saya masih lagi kecil dan masih menyusu. Jadi dia amat memerlukan saya sentiasa bersamanya. Dan sebab lain adalah kerana saya fobia untuk menghantar anak saya ke pengasuh diatas sebab-sebab tertentu dan munasabah.

Oleh kerana saya mementingkan keluarga dan ingin melihat anak saya membesar sepenuhnya dalam jagaan saya. Saya mula berjinak-jinak untuk memulakan bisness Shaklee yang begitu mudah ini. Kenapa saya cakap bisness Shaklee ini mudah? Ini kerana saya tidak perlu meninggalkan anak saya dengan orang lain apabila saya mempunyai kelas di branch mahupun di rumah ketua saya. Kemana pun saya nak pergi untuk berbisness Shaklee, saya boleh membawa anak dan suami saya bersama-sama. Jadi bila keluarga ada depan mata sentiasa, hati pun tenang nak berbisness. Alhamdulillah. Saya dipertemukan dan dijodohkan untuk bisness Shaklee ini.

Shaklee adalah bisness MLM pertama di dunia, jadi segala sistem dan pembayaran bonus dari Shaklee adalah terpelihara dan tidak dapat di klon oleh sesiapa pun. Shaklee adalah satu-satunya bisness MLM yang mambayar bonus paling besar dan tepat pada masa yang ditetapkan dan tidak pernah lewat. Malahan Shaklee juga ada memberikan Car Bonus kepada Pengedar Shaklee yang berjaya mencapai target. Pengalaman mereka dapat melancong ke luar negara di kongsi bersama bagi membakar semangat kepada SID yang lain supaya terkesan untuk berusaha mencapai target.

Tiada lagi sebab untuk saya berdalih kepada bisness MLM yang lain. Saya akan setia berbisness Shaklee dan ingin membantu mereka yang memerlukan Shaklee bagi mendapatkan kesihatan dan kecantikkan dari dalam dan luar.

Kepada suri rumah mahupun yang bekerjaya tapi ingin menambah pendapatan keluarga, marilah sertai saya berbisness Shaklee. In Shaa Allah, ianya dapat membantu anda dan keluarga. Saya akan memberikan tunjuk ajar dan mencurahkan apa yang saya tahu dalam setiap produk malah ada tenaga pengajar yang akan memberikan bimbingan kepada anda sehingga anda boleh menjadi seseorang yang berjaya. Yuran tahunan hanya RM70 sahaja. Modal yang terlalu kecil tapi pulangan berlipat kali ganda tanpa kerugian. In Shaa Allah.

HUBUNGI SAYA
PENGEDAR SHAKLEE AYU
Ws : 0127043146
Fb : shafeeza masayu
Blog : shafeezamasayu.blogspot.com

#GMFblogger

3 ulasan:

  1. nak buat bisnes, biar kita tau manfaat bisnes.. bukan untuk kita jek tapi untuk pengguna lain juga.. hee~ tahniah kerana memilih shaklee !!

    BalasPadam
  2. Yup. manfaat banyak dalam bisness shaklee.

    BalasPadam
  3. Yup. manfaat banyak dalam bisness shaklee.

    BalasPadam