Sabtu, 22 Oktober 2016

PUNCA PENYAKIT JANTUNG

Kalau nak di fikirkan, Jantung kita ni amat mudah dijaga jika kita mengamalkan apa yang patut dan perlu, malah tinggalkan apa yang tidak patut dan tidak perlu.

Jantung memang tak ada jual dekat kedai spare part tau.huhuhu.. Jadi berwaspada dengan setiap yang kita amalkan untuk kesihatan Jantung.


Kolestrol terbahagi kepada dua jenis iaitu Kolestrol Jahat (LDL) Dan Kolestrol Baik (HDL).
Kolestrol Jahat (LDL) midah menepek di dinding pembuluh darah, oleh itu kadar kolestrol LDL yang tinggi akan membentuk Plak yang menyebabkan Aterosklerosis. Kadar LDL yang normal dalam darah haruslah bawah 100mg/dl.



DIANTARA PUNCA PENYAKIT JANTUNG :-

1. TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan Darah 140/90mmHg telah di kira individu itu mengidap Darah Tinggi. Jika tekanan Darah Tinggi akan mengakibatkan jantung pam lebih kuat lantas mengakibatkan individu itu berisiko terkena serangan Jantung.

2. DIABETES / GULA DALAM DARAH
Gula menyebabkan penebalan kolestrol pada dinding pembuluh darah dan mengakibatkan salur darah tersumbat. Bila tersumbat maka mudahlah pesakit Diabetes mendapat penyakit Jantung.

3. OBESITI
Akibat kadar kolestrol yang tinggi dalam tubuh, Jantung akan mengepan darah lebih kuat dari biasa. Kolestrol juga akan mengakibatkan kejadian Plak pada salur darah dan mengakibatkan individu itu terkena serangan Jantung.


4. FAKTOR USIA
Setiap Individu yang mencecah usia 35 tahun dan keatas sudah mempunyai risiko pengidap penyakit Jantung.

5. LELAKI / PEREMPUAN
Kebiasaannya lelaki lebih berisiko mengidap penyakit Jantung berbanding perempuan. Tapi perempuan harus tahu mereka akan lebih mudah mengidap penyakit Jantung selepas proses Menopause.

6. KETURUNAN
Jika dalam salahsilah keluarga mempunyai penyakit Jantung, maka anda juga mempunyai risiko tinggi mengidap Penyakit Jantung juga.
7. PEMAKANAN
Jika kurang mengamalkan pemakanan sihat seperti Sayuran dan Buah-buahan maka risiko anda mengidap penyakit Jantung juga tinggi.

8. PEROKOK
Ha.. yang ni memang ramai sangat yang dah tempah penyakit Jantung. Dalam asap rokok mempunyai karbon Monoksida dan kandungan nikotin dalam rokok boleh meningkatkan risiko Penyakit Jantung. Oleh itu perokok mempunyai 20-25% untuk mengidap penyakit Jantung.

9. KURANG BERSENAM
Kurang melakukan senaman juga boleh mengakibatkan individu mengidap penyakit Jantung kerana dengan bersenam jantung akan mengepam dengan lebih baik dan pernafasan juga lebih baik.

10. STRESS
Stress ini bahaya jika todak di kawal boleh menyebabkan individu itu terkena Darah Tinggi, bila darah naik maka jantung akan mengepam lebih laju dan boleh mengakibatkan serangan Jantung.

Jadi anda dah tahu sekarang punca-punca Penyakit Jantung, Oleh itu mari kita elakkan punca-punca kepada penyakit Jantung ini dan segera mendapatkan rawatan jika mendapat serangan Jantung.

Boleh juga amalkan Suppliment bagi membantu kesihatan Jantung dan mengelakkan Kolestrol Jahat (LDL) menebal dalam salur darah.

Nak dapatkan suppliment yang berkenaan dengan penyakit Jantung boleh hubungi nombor tertera di bawah.

PENGEDAR SHAKLEE AYU
WA : 0127043146
Fb : shafeeza masayu
Blog : shafeezamasayu.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan