Khamis, 27 Oktober 2016

MAKANAN BOLEH DAN TIDAK BAGI PESAKIT JANTUNG

Sebenarnya senang sahaja nak ceritakan makanan yang boleh dan tidak boleh bagi pesakit Jantung menjaga kesihatan Jantungnya.

Jantung ini organ yang manja, ibaratkan kita membelainya supaya sentiasa ceria. Jantung yang sihat bermula dari pemakanan yang sihat. Jom kita tengok makanan yang bagus untuk pesakit Jantung.

1. YOGURT.
Yogurt mempunyai probiotik yang membantu melawan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Kenapa pentingnya jaga mulut dan gusi? Sebab penyakit gusi boleh meningkatkan risiko penyakit Jantung.

2. KISMIS.
Antioksida yang ada dalam kismis dapat melawan bakteria yang menyebabkan keradangan dan penyakit gusi dan mengakibatkan penyakit Jantung.

3. BIJI-BIJIAN.
Bijirin seperti gandum, jagung, beras merah, Terdapat antioksidan, fitoestrogen dan pitosterol yang protektif terhadap penyakit Jantung koroner. Ia juga kaya dengan serat dan merendahkan risiko penyakit Jantung sebanyak 40%. Serat dalam bijian juga dapat menurunkan kolestrol LDL.

4. KACANG HIJAU.
Mempunyai serat larut dan zat lain yang mampu menurunkan kadar kolestrol LDL dan membantu kesihatan Jantung yang lebih baik.

5. IKAN SALMON DAN TUNA.
Mengandungi asid lemak omega 3 yang baik untuk menurunkan tekanan darah dan membantu pengepaman Jantung yang tidak teratur.

6. KACANG.
Walnut, Pecan, Almond, Hazelnut, Pistachios, Kacang pinus dan Kacang Tanah mempunyai pelbagai Vitamin dan rendah lemak. Ia sangat sesuai diamalkan oleh Pesakit Jantung.

7. TOMATO.
Kaya dengan Vitamin E, Vitamin C, Kalium dan Serat. Mengandungi Lycopene yang mencegah dan merawat penyakit Kardiovaskular ( Penyakit Jantung).

8. EPAL.
Mempunyai flavanoid kuersetin, upikatekin, epigalo latehin dan kaempferol yang mencegah kolestrol LDL dan cegah pengumpulan plak dalam arteri. Epal juga mempunyai pektin serat larut yang bantu menurunkan kolestrol.

9. BUAH BERRY.
Strawberry, blueberry, bilberry, raspberry dan berry yang lain sangat bagus bagi pesakit Jantung kerana ia dapat tingkatkan kolestrol HDL dan menurunkan tekanan darah. Mempunyai polifenol yang meningkatkan kadar oksida nitrat, molekul yang menyokong kesihatan Jantung.

10. DELIMA MERAH.
Membantu pengumpulan plak dalam arteri dan mempunyai antioksidan yang tinggi.

11. PISANG.
Mengandungi kalium yang membantu menjaga fungsi Jantung dan mengimbangi natrium serta air dalam tubuh.

12. JAGUNG.
Mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kesihatan Jantung.

Di atas adalah makanan yang sebaiknya di amalkan oleh pesakit Jantung. Yang di bawah pula adalah makanan yang tidak sesuai diamalkan dan perlu di elakkan oleh pesakit Jantung.

1. Makanan yang mengandungi kolestrol tinggi seperti udang, organ dalaman haiwan, daging kambing, babat, kuning telur dan makanan yang sememangnya mempunyai kolestrol tinggi. Ia akan membuatkan saluran darah tersumbat.

2. Makanan yang mempunyai trigleserin iaitu lemak dari tumbuhan. Makanan yang mengandungi gula, alkohol, makanan segera dan durian.

Jadi semua dah tahukan makanan yang baik dan tidak untuk pesakit Jantung. Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan buah-buahan segar dalam pemakanan harian supaya kesihatan Jantung sentiasa terjaga.

Boleh amalkan juga suppliment yang membantu kesihatan Jantung dan menghindarkan kolestrol terkumpul menjadi plak dan menyebabkan salur salur darah tersumbat.

Antara suppliment yang membantu kesihatan dan memelihara Jantung adalah Vivix, Omega dan Vitamin E. Boleh hubungi nombor tertera untuk keterangan lebih lanjut tentang suppliment kesihatan Jantung.

PENGEDAR SHAKLEE AYU
Wa : 0127043146
Fb : shafeeza masayu
Blog : shafeezamasayu.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan