KETAHUI PUNCA TERJADINYA DARAH TINGGI.
Ha... siapa kat sini yang tahu darah tinggi tu berpunca daripada apa? Sekarang ni budak muda remaja pun dah ada darah tinggi. Ada yang miliki darah tinggi seawal usia 18 tahun.. huhuhu.. muda lagi dah ada penyakit orang kaya.hihihihi. Jangan ingat bila dah tua baru ada penyakit darah tinggi tau.
Jom baca lebih lanjut punca anda boleh miliki penyakit darah tinggi ini. Darah tinggi berlaku sekiranya jantung kita mengepam darah dan darah menolak dinding arteri dengan kuat. Apabila hal ini berlaku dalam masa yang panjang ia boleh mengakibatkan kerosakkan pada tubuh dan organ seperti jantung. Antara punca terjadinya darah tinggi pada seseorang itu ialah :-
MAKANAN MASIN
Kebiasaannya kita ni kalau nak makan tak berselera kalau makanan tu tak berasa masin. Sebenarnya dalam garam ada sodium yang boleh menyebabkan salur darah menyimpan terlalu banyak air daripada biasa. Jadi bila banyak sangat air dalam darah, jantung akan mengepam dengan lebih kuat untuk melalui air dalam salur darah. Maka jantung akan mengepam dengan lebih kuat dan bekerja keras untuk melalui air yang bertakung dalam salur darah. Bila jantung pam kuat, ini mengakibatkan tekanan darah tinggi berlaku. Oleh itu kita kurangkan pengambilan garam dalam makanan ye.
KOLESTROL
Okay ini memang biasa, semua orang ada masalah kolestrol jika tidak dikawal dari peringkat awal sehingga menyebabkan tubuh obesiti. Apabila kolestrol tinggi dalam tubuh maka kolestrol itu akan terkumpul dalam salur darah lantas mengakibatkan perjalanan darah terganggu dan tidak lancar. Jika salur darah tersumbat, maka lebih kuat jantung mengepam darah dan memberi tekanan lebih kuat dengan menghentam dinding arteri dan mengakibatkan tekanan darah tinggi berlaku.
STRESS
Dalam kehidupan setiap orang akan mengalami stress. Ia bergantung kepada diri sendiri bagaimana nak mengatasi masalah stress tersebut. Bila seseorang itu terlalu stress, rasa berdebar-debar, denyutan jantung pun lebih laju. Jadi jantung akan mengepam darah dengan lebih laju lantas menghentam dinding arteri dengan kuat dan terjadinya darah tinggi.
KALAU KITA TENGOK DARI PUNCA-PUNCA DARAH TINGGI TERJADI SEMUANYA ADALAH KERANA JANTUNG MENGEPAM DARAH DENGAN KUAT DAN MENGHENTAM DINDING ARTERI MAKA TERJADINYA DARAH TINGGI.
MEROKOK
Apabila merokok hormon Epinefrin yang dikeluarkan dengan kuat menyebabkan pembuluh darah menyempit. Oleh itu jantung akan mengepam darah lebih kuat menyebabkan darah tinggi berlaku. Malahan ia mampu memecahkan pembuluh darah di bahagian otak maka perokok itu boleh mengalami stroke.
KURANG BERSENAM
Sebenarnya bersenam 3 kali seminggu pun cukup bagus jika tidak ada masa untuk bersenam setiap hari. Amalan gaya hidup sihat amat penting untuk jantung kita mengepam dengan sempurna. Pastikan juga anda miliki tidur yang cukup dan rehat yang cukup untuk mengelakkan stress.
Pastikan anda buat pemeriksaan tekanan darah 2-3 kali dalam setahun untuk langkah awal mencegah diri daripada memiliki penyakit darah tinggi ini.
Boleh hubungi nombor tertera untuk dapatkan suppliment untuk darah tinggi.
PEMGEDAR SHAKLEE AYU
WS : 0127043146
FB : shafeeza masayu
Blog : shafeezamasayu.blogspot.comdarah tinggi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan