Assalamualaikum semua. Jom kita sama-sama ketahui makanan yang boleh dan tidak bagi pesakit Darah Tinggi.
Siapa yang mengidap Darah Tinggi perlu ambil tahu dan amalkan makanan yang boleh anda ambil setiap hari dan makanan yang perlu anda elakkan bagi mengelakkan anda di serang Darah Tinggi.
Biasalah bila ada penyakit, maka makanan pasti ada pantang larangnya.. huhuhuhu. Untuk kebaikkan diri kita juga. Jadi jom le kita ketahui serba sedikit ye.
MAKANAN YANG BOLEH DIAMALKAN BAGI PESAKIT DARAH TINGGI.
1. Gandum
Gandum dapat membantu menurunkan tekanan Darah Tinggi. Ia boleh di gantikan dengan pengambilan nasi.
2. Minyak Zaitun
Kalau masak kita boleh masukkan sedikit minyak zaitun. Ini kerana minyak zaitun mempunyai kandungan antioksida dan dapat membantu kesihatan jantung, mengawal tekanan Darah Tinggi juga.
3. Kentang
Mengandungi megnasium dan potasium yang dapat menurunkan tekanan Darah Tinggi.
4. Pisang dan Buah-buahan segar
Pisang mengandungi sumber kalium yang dapat menurunkan tekanan darah. Pisang juga dapat mengimbangi efek garam pada tubuh dan meningkatkan fungsi ginjal.
Buah-buahan segar pula mengandungi pelbagai nutrisi dan vitamin yang diperlukan tubuh dan dapat membantu menurunkan tekanan darah.
5. Sayur-sayuran hijau
Sayuran hijau seperti bayam yang mempunyai kandungan serat, nutrisi, potasium, megnasium, folat dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan lebih cepat. Jadi perlu kerap mengambil sayuran hijau setiap hari.
6. Tomato
Tomato kaya dengan pelbagai Vitamin seperti Vitamin C, Vitamin E, Vitamin D dan kalsium. Tomato juga mengandung lycopene yang dapat membantu menurunkan tekanan darah.
7. Biji bunga matahari.
Mengandungi megnasium yang dapat menurunkan tekanan Darah Tinggi.
Okay kita dah cerita dan tahu makanan yang boleh di amalkan bagi pesakit Darah Tinggi. Tapi ada ye makanan yang dilarang. Biasanya makanan yang dilarang itulah yang kita paling suka makan. Jadi di nasihatkan agar mengurangkan pengambilan makanan yang dilarang ye.
MAKANAN YANG TIDAK BOLEH / DILARANG UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI
1. Garam
Garam ni biasa kita dengar kurangkan garam dalam makanan.hihihi tapi makanan tak berasa kita nak makan pun tak lalu kan. Boleh tapi ada had untuk pesakit Darah Tinggi. Kadar garam yang boleh anda ambil dalam sehari hanya 1500miligram sahaja ye. Garam juga boleh mengikat lemak lebih banyak sebab itu kita perlu kurangkan makanan masin.
2. Daging yang mengandungi bahan pengawet.
Contohnya seperti sosej, ham, daging dengdeng dan sebagainya.
3. Produk Roti
Produk roti yang mengandungi sodium, baking powder dan soda bikarbonat adalah dilarang bagi pesakit Darah Tinggi.
4. Makanan dan minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Contohnya minuman bikarbonat dan kuih muih yang manis.
5. Makanan yang mengandungi lemak seperti makanan segera, makanan gorengan dan makanan yang di masak menggunakan planta, margerin dan butter.
6. Kafein.
Minuman seperti Nescafe, Kopi, minuman ringan yang mengandungi kafein adalah dilarang bagi pesakit Darah Tinggi.
Jadi di atas adalah contoh makanan yang boleh dan tidak boleh bagi pesakit Darah Tinggi. Saya berharap anda yang mempunyai penyakit Darah tinggi dapat mengamalkan yang baik untuk anda dan menghindar yang buruk untuk diri anda.
Sama-sama kita menjaga kesihatan diri untuk kesenangan diri kita dan orang disekeliling yang menyayangi kita. Semoga penyakit anda sembuh dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Jangan segan-segan hubungi nombor di bawah untuk dapatkan suppliment yang boleh membantu masalah penyakit Darah Tinggi anda.
Semoga Allah S.W.T permudahkan semuanya..
PENGEDAR SHAKLEE AYU
WA : 0127043146
Fb : shafeeza masayu
Blog : shafeezamasayu.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan