Sabtu, 12 November 2016

PENGASAS SHAKLEE DR. FOREST C SHAKLEE

DR. FORREST C SHAKLEE

Hari ni saya nak share sejarah terciptanya Suppliment paling popular di dunia. Kisah ni agak syahdu ye dan kita harus belajar tabah sepertinya. Jadi anda semua akan tahu bahawa suppliment Shaklee ini amat berbeza dari yang lain.

Mesti korang tertanya-tanya siapa la mamat hensem yang ayu sebuk sangat nak post gambar dia. Kena baca sampai habis tau sebab nanti akan terungkailah segalanya tentang Shaklee dan Shaklee ini bukan glamour kerana nama sahaja dan tidak menggunakan nama glamour untuk menarik orang membeli suplliment Shaklee.

Korang semua memang perlu tahu, dialah Dr. Forrest C Shaklee yang mengasaskan Suppliment pertama di dunia. Kisahnya Dr. Shaklee ini ketika beliau lahir, beliau telah disahkan mengidap penyakit batuk kering dan doktor yang merawatnya meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup selama 8 tahun sahaja. Kesian ibu bapa dia kan, anak lahir je dapat tahu anak tak sihat dan tak dapat hidup lama.
Sebenarnya keluarga Dr. Shaklee ni duduk di kawasan lubuk arang batu yang mana kita sendiri tahu kawasan macam tu udaranya tidak sihat, berhabuk dan tercemar. Jadi keluarga Dr. Shaklee ni buat keputusan untuk berpindah ke kawasan lain di utara Ayowa bagi mendapatkan udara dan kawasan persekitaran tanpa pencemaran dan udara yang bersih untuk Dr. Shaklee.

Di kawasan tersebut memang mempunyai udara yang bersih dan tidak tercemar. Jadi Dr. Shaklee di besarkan dalam suasana dan alam sekitar yang bersih, segar dan kehijauan ( alam sekitar semulajadi ). Sejak itu beliau menjalani kehidupan dengan sihat dan bebas pencemaran sehingga usianya meningkat remaja. Ketika di usia itu doktor yang merawat beliau mengesahkan penyakitnya dalam keadaan terlawal. Lihatlah sahabat betapa hebatnya alam ciptaan Allah S.W.T, alam semulajadi.
Dr. Shaklee ni seorang yang suka membaca dan beliau ada terbaca satu artikal Bernal Mark Fedal yang mengatakan bahawa Dadah hanya menutup simptom sahaja tanpa mengubati penyakit. Sejak itu Dr. Shaklee merasakan bahawa manusia boleh dirawat secara semulajadi.
Setelah Dr. Shaklee meningkat usia, beliau masuk ke satu institusi dimana beliau belajar tentang Kiropraktik (rawatan untuk penyakit fizikal). Oleh sebab itu minatnya semakin bertambah sehingga dia berjaya menciptakan suppliment pertama di dunia yang dinamakan sebagai Vitalea pada tahun 1915.

Pada tahun 1917 kehidupannya semakin meningkat beliau berpindah lagi dan membuka satu pusat rawatan alternatif dimana pesakitnya hanya diberikan diet Vitamin untuk usaha penyembuhan tanpa ubat-ubatan. Pusat rawatan beliau ketika itu hanya mempunyai 15 katil dan 32 bilik rawatan sahaja. Beberapa ketika, Dr. Shaklee mula merasakan kesakitan di bahagian pinggul kanan dan bahu kirinya. Doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa dia mengidap Kanser. Malah Doktor Pakar itu menasihatkan agar Dr. Shaklee memotong bahu dan kakinya itu bagi mengelakkan kansernya itu merebak. Namun Dr. Shaklee menolak cadangan Doktor itu kerana mengenangkan isterinya sedang mengandung dan kerjayanya yang sedang maju. Dr. Shaklee mengatakan pada isterinya bahawa dia boleh sembuh.

Kemudian Dr. Shaklee menjual pusat rawatannya dan mengamalkan  makanan nutrisi lengkap, buah-buahan, sayur-sayuran, berpuasa dan mengambil Suppliment dalam dos yang tinggi. Walaupun pada permulaan tidak menunjukkan sebarang kesan positif namun Dr. Shaklee tetap meneruskan pengambilan nutrisi lengkap tersebut dan merasakan dia akan sembuh. Selepas setahun beliau mengamalkan nutrisi dan suppliment, kansernya semakin memulih dan dia bertambah yakin dengan pendapatnya bahawa sel kanser mampu di ubati dengan amalan Suppliment semulajadi.
Dua tahun selepas itu, Dr. Shaklee membuka semula pusat rawatannya dan hanya memberikan makanan tambahan (suppliment) sahaja kepada pesakit. Tapi sayangnya selepas 5 tahun pusar rawatannya terbakar dan semua rekod turut terbakar. Bagaikan jatuh di timpa tangga. Hanya ada satu buku sahaja yang berjaya diselamatkan. Dengan adanya buku itu, beliau menjadikannya sebagai satu inspirasi untuk beliau memulakan semula kajiannya.
Pada April 1955 di usianya 62 tahun dia berjaya tubuhkan Shaklee Corporation. Dr. Shaklee tidak mahu meletakkan produknya di mana-mana kedai dan dia mengajar anaknya untuk mengajar beberapa orang dan beberapa orang itu mengajat beberapa orang lagi dan seterusnya. Maka dengan itu tertubuhlak MLM, jadi Dr. Shaklee adalah orang pertama di dunia yang mencipta perniagaan MLM ini dimana Dr. Shaklee memulakan dengan cara pergi rumah ke rumah dengan membawa Suppliment ciptaannya yang semulajadi itu.

Dengan mengamalkan Suppliment Shaklee yang di ciptanya dengan kaedah dan bahan semulajadi sahaja Dr. Shaklee hidup sehingga usianya 92 tahun. Jadi kepada pengidap kanser janganlah berputus asa dalam hidup dan amalkanlah Suppliment Shaklee yang semulajadi ini.
Kemudian Shaklee di tubuhkan di Malaysia pada tahun 1988, iaitu dua tahun selepas Dr. Shaklee meninggal dunia. Beliau meninggalkan dua orang anak lelaki yang menyambung legasinya itu.
Jadi semua orang disarankan agar bertukar kepada suppliment shaklee yang 100% semulajadi ini. Nak oder wassup saya ye.

PENGEDAR SHAKLEE
Ayu
0127043146
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#LiveAmazing
#amazing10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan