Jumaat, 25 November 2016

Tips Pengurusan Masa Suri Rumah Berkerjaya

Tip Pengurusan Masa
Masa tidak pernah cukup dan tidak pernah ada masa? Macam mana nak komen ye kalau ada yang mengalami masalah macam ni. Tips saya mudah je, biasakan TDL ( to do list ). Walaupun korang berkerja tetap dapat menguruskan masa dengan betul. Berlainan seperti saya yang berkerja online dan dimana sahaja tetap boleh buat 2 kerja dalam 1 masa.
Biasanya saya akan bangun subuh awal pukul 5am dah bangun bersiap nak solat, selepas itu saya akan terus buat kerja-kerja rumah mana yang berat dulu. Pukul 8am pula Sofea dah bangun memang agak pack masa sebab dia akan minta saya bermain dengannya, jadi sambil teman sofea sambil itu saya buat iklan dan kerja rumah seperti lap  habuk, basuh kipas bagai.
Jejak je pukul 12pm saya akan mula masuk dapur masak tapi sambil tu buat iklan sekali. Pendek kata setiap kali ada masa saya beriklan dan sambil buat kerja rumah dan jaga anak.  Masa saya akan menyalin nota apabila sofea tidur ataupun waktu tengah malam selepas sepertiga malam..
Masa dengan suami pula adalah masa suami ada dirumah dan suami akan banyak bantu kerja-kerja rumah. Lebih mudah saya beriklan.. hihihi. Dan kalau suami ada kat rumah senang la saya nak buat entry blog saya.. Seronoknya.. hihihi..
Setiap jam pastinya saya bahagikan masa untuk kerja rumah, suami, anak dan kerjaya. Dalam sejam memang singkat tapi In Shaa Allah mencukupi jika tiada halangan lain.. Mungkin korang ada tips yang lebih bagus boleh share dengan saya..
#tsunamishaklee
#amazing10
#LiveAmazing
#shakleeeffect
tips urus masadarah tinggi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan