Khamis, 28 Disember 2017

Kepentingan suppliment untuk anak dan panduan memilih suppliment yang terbaik untuk anak amalkan.

Pengalaman mengajar kita dan boleh menjadi teladan kepada kita. Kita boleh saje turunkan ajaran yang baik kepada anak kita sebagai sikap yang boleh mereka contohi apabila mereka dewasa kelak. Aka tetapi dalam bab mengamalkan makanan sihat dan seimbang setiap hari, adakah mudah mereka mencontohi kita?


Kesukaran mengajak anak mengamalkan makanan sihat seperti sayur, buah buahan dan makanan bijirin dan sebagainya memang mencabar kesabaran kita sebagai ibu bapa. Tetapi mereka tetap perlu makan makanan itu semua, walaupun mereka telah makan makanan yang anda sediakan setiap hari. Namun tidak semua nutrisi keperluan tubuh mereka dapat dibekalkan. Oleh kerana itulah, anak anda juga seharusnya diberikan suppliment sebagai pelengkap kelompong nutrisi dala tubuh mereka.


Kaji terlebih dahulu bahan yang terkandung.

Jika anda ingin memberikan anak anda suppliment untuk diamalkan setiap hari, pastikan anda memilih suppliment yang berasaskan 100% bahan semulajadi dan bebas dari segala bahan kimia terlarang kerana ia boleh menjamin kesihatan anak anda dimasa kini dan akan datang serta selamat diamalkan untuk jangka masa yang panjang.


Pemilihan suppliment yang sesuai.

Ada sesetengah kanak kanak yang hanya memakan makanan dari sumber sayuran sahaja. Oleh demikian, anda perlu berikan anak anda makanan tambahan bersumberkan Vitamin B12, Vitamin D dan juga Kalsium serta Riboflabin. Ini kerana dalam pengambilan diet mereka, sumber vitamin ini berkemungkinan kurang dari yang sepatutnya.


Suppliment yang kaya zat besi.

Sebelum memilih suppliment untuk anak anda. Pastikan masalah kesihatan anak dan bekalkan nutrisi yang sesuai mengikut masalah kesihatan anak anda. Sebagai contoh, jika anak anda mengalami masalah Anemia, bekalkan anak anda nutrisi dan zat besi mengikut keperluan tubuh mereka. Anda boleh memberikan mereka mealshakes shaklee dan omega guard shaklee.



Nutrisi Vitamin D secukupnya.

Menurut nasihat pakar, anak memerlukan sumber Vitamin D sebanyak 400iu setiap hari kerana dikhuatiri anak tidak mendapat sumber vitamin ini secukupnya daripada makanan dan juga dari sumber matahari.


Ibu bapa jangan pula menyalah anggap, walaupun anak telah mengambil suppliment sebagai makanan tambahan. Anak anda tetap perlu dibekalkan makanan sihat setiap hari bagi mengekalkan tubuh yang kuat dan sihat. Kita semestinya ingin melihat anak membesar dengan baik serta sihat di depan mata. Semoga kita bertemu lagi di entry yang akan datang. Wassalam.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan