Selasa, 12 Disember 2017

Cara Cara Meningkatkan Potensi Kehamilan Bagi Lelaki Dan Wanita.

Hujung tahun 2017 ni ramai betul yang mendirikan rumah tangga. Ada juga sepupu dan sedara saya yang mendirikan rumah tangga di bulan Desember 2017 ni.
Biasalah bila dah masuk alam perkahwinan, sememangnya pasangan menginginkan cahaya mata dengan cepat. Cuma segelintir daripada mereka sahaja yang membuat perancangan untuk memiliki cahaya mata lewat.
Peningkatan untuk meningkatkan potensi bagi kesuburan wanita ada 2 cara paling utama.
1. KAWAL BERAT BADAN.
Kebiasaannya kalau wanita yang berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan kesuburan, Doktor akan bertanyakan berapakah berat badan anda.
Bagi wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau kurang berat badan berisiko melambatkan proses kehamilan.
Sebab itulah wanita harus peka dengan BMI dan memastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian dan ideal supaya dapat mendorong ke arah kehamilan.
2. JAGA MINUMAN.
Tahukah anda wanita yang merancang untuk hamil seharusnya mengelakkan diri dari pengambilan kopi atau alkohol.
Tahukah anda 5 cawan kopi sehari bersamaan 500mg kafein.
Menurut pakar, seseorang yang mengamalkan kopi atau kafein lebih daripada 5 cawan sehari dapat menurunkan tahap kesuburan. Dan pakar ada mengatakan bahawa pengambilan 1 cawan kopi adalah tidak mengapa, seeloknya jangan mengambil kopi atau kafein lebih dari 200 - 250mg sehari.
Malah ada kajian menunjukan bahawa wanita yang mengambil 2 minuman alkohol dalam sehari dapat menurunkan kadar kesuburan sehingga 60%. Dan perlu ingat bahawa pengambilan Alkohol bagi umat islam adalah HARAM.
Dah bercerita tentang kesuburan wanita, namun kesuburan lelaki juga adalah penting. Ada 1 cara utama bagi memastikan potensi kesuburan lelaki dengan lebih baik.
1. PELIHARA SPERMA ANDA.
Lelaki tidak di galakan memakai seluar dalam yang ketat kerana ia boleh mengurangkan tahap kesuburan.
Selain itu lelaki tidak boleh terdedah kepada suhu panas yang berlanjutan atau berendam di dalam air panas terlalu lama kerana ia boleh memberi kesan kepada sperma.
Seterusnya cara meningkatkan potensi kesuburan bagi lelaki dan wanita.
1. BERHENTI DARI MEROKOK.
Ini kerana merokok boleh merosakan kadar kesuburan suami isteri.
WANITA - merokok boleh menjejaskan telur anda.
LELAKI - merokok boleh mengurangkan pengeluaran sperma dan merosakkan DNA anda.
Adalah lebih baik jika anda yang merokok berhenti merokok sebelum hamil atau dalam proses merancang kehamilan, malahan bagi wanita merokok boleh meningkatkan risiko keguguran.
2. FERTILE WINDOW ( jendela kesuburan ).
Adakah anda tahu jendela kesuburan adalah pada enam hari akhir semasa tempoh ovulasi. Kebiasaannya kehamilan boleh terjadi apabila melakukan hubungan intim dalam tempoh 3 hari sebelum Ovulasi.
3. KERAPKAN SEKS.
Menurut Presiden America Society for Reproductive Medicine, Dale McClure jika seks tidak di lakukan selama seminggu, bilangan sperma memang akan meningkat tapi kadar peesenyawaan akan berkurangan. Malah dalam kajian, melakukan seks selang sehari dapat meningkatkan kadar kehamilan.
4. PEMILIHAN PELINCIR.
Setiap pasangan haruslah berhati hati dalam memilih pelincir untuk digunakan ketika melakukan hubungan intim. Ini kerana ada sesetengah pelincir boleh mengurangkan kesuburan.
Pelincir yang berasaskan air boleh merencatkan pergerakan sperma di antara 60% - 100%.
5. JANGAN TERLALU TERDEDAH KEPADA RACUN PEROSAK.
Bagi lelaki dan wanita yang terdedah kepada racun perosak atau bahan kimia terutamanya racun untuk pertanian dapat mengurangkan kesuburan.
Selain dari tu, pendedahan kepada pelarut dan toksin seperti yang di gunakan dalam percetakan perniagaan serta cucian kering boleh menjejaskan kesuburan wanita.
Inilah antara cara cara yang boleh anda praktikkan untuk mendapatkan tahap kesuburan optimum dan memelihara kesuburan suami isteri. Bukan hanya wanita sahaja boleh mengalami masalah kesuburan, namun kaum lelaki juga boleh mengalami masalah kesuburan ini.
Ini kerana pemakanan dan gaya hidup zaman ini amat berbeza dengan zaman dahulu.
Anda boleh dapatkan suppliment untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan suami dan isteri daripada Pengedar Sah Shaklee yang beretika.
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Tiada ulasan:

Catat Ulasan