Isnin, 18 Disember 2017

3 Simptom yang bakal terjadi kepada ibu hamil di trimester ke 3.

Selamat petang semua. Hari ni saya nak share entry terakhir berkaitan simptom yang bakal di alami oleh ibu hamil di trimester ke 3. Dalam anda menjalani kehidupan seterusnya sebagai ibu hamil, di trimester 3 ini anda akan merasa keterujaan yang lebih membuak-buak kerana semakin dekat untuk sampai kepada proses melahirkan. Tak kurang juga, di masa ini pasti anda akan mengalami pelbagai rasa takut, seram dan kerap berfikir apa yang bakal terjadi di trimester ke 3 ini. Jadi hari ini saya nak kongsikan simptom yang bakal anda alami di trimester ke 3 ini. Antaranya ialah :-


Selulit atau stretch marks.

- Tahukah anda 90% ibu hamil akan mengalami masalah regangan kulit atau stretch marks. Ia disebabkan oleh lapisan kedua kulit iaitu lapisan dermis meregang di antara serat kolegen di bawah kulit badan sehingga menyebabkan kelemahan tisu-tisu kulit sehingga menyebabkan regangan kepada kulit lapisan paling atas.
Selulit ini bewarna merah jambu dan akan muncul di beberapa bahagian tubuh ibu hamil. Paling ramai ibu hamil menghadapi regangan kulit ini di kawasan perut. Ini adalah disebabkan bayi semakin membesar dalam rahim selama 40 minggu.

Janganlah pula ibu risau dan terus merasa kurang keyakinan apabila berlakunya regangan atau stretch marks di bahagian tertentu tubuh.
Ada penyelesaianya ye. Sememangnya tiada jaminan yang dapat mengelakan berlakunya regangan kepada kulit ibu hamil. Akan tetapi ibu hamil sebaiknya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, meminum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Selain itu ibu boleh membelai kulit dengan menyapu losyen pada kulit supaya kulit lembab. Contoh losyen yang selamat di gunakan ialah Herba Blend Shaklee. Malahan ibu hamil boleh mengamalkan Esp Soy Protein Shaklee untuk membantu mengekalkan sel sel kulit sihat dan menghindari regangan kulit atau stretch marks.


Kerap ke tandas untuk membuang air kencing.

- Teringat lagi dulu ketika saya sedang hamil di trimester ke 3, memang saya kerap kencing. Masa tu orang cakap rambut anak lebat sebab tu kerap terkencing. Tetapi ketika anak saya lahir, rambut anak saya tidak pula lebat. Ada sebab lain yang berkaitan yang menyebabkan anda kerap terkencing. Sebagai contoh anda terkencing apabila bersin, ketawa ataupun terbatuk. Ini terjadi kerana bayi anda yang semakin membesar dengan sihat itu menolak pundi kencing anda sehingga menyebabkan anda mudah terkencing dan kerap merasa hendak terkencing.

Ada penyelesaian untuk masalah anda kerap terkencing ini.
Pastikan anda minum air masak dengan kuantiti yang cukup.
Mula merajinkan diri untuk ke tandas membuang air kecil kerana tidak elok jika anda menahan kencing. Selain itu, bawalah seluar dalam tambahan untuk memudahkan anda menukar seluar dalam. Sekaligus dapat menjaga kebersihan vagina anda. Malah anda boleh membuat senaman agar dapat membantu anda menguatkan otot.


Merasa sakit dibahagian payudara.

- Biasalahlah di trimester ke 3 inilah yang anda akan merasa perubahan ketara di bahagian payudara anda. Ia semakin membesar dan juga menjadikan anda mudah merasa sengal serta ketidakselesaan ketika memakai coli yang biasa anda pakai. Terutamanya coli yang mempunyai besi. Ketika ini payudara anda akan membesar dan mula mengeluarkan kolostrum sebagai tanda-tanda ia bersedia menerima kehadiran bayi dan mula menghasilkan pengeluaran susu.

Sebagai penyelesaian yang paling mudah adalah anda boleh menukar kepada coli materniti. Ianya sesuai dengan perubahan bentuk payudara anda ketika ini dan anda akan merasa lebih selesa. Habis sudah perkongsian saya mengenai simptom-simptom yang bakal anda rasai dan alami sepanjang kehamilan. 


Jemput ke entry saya yang sebelumnya untuk ketahui simptom di setiap trimester ketika anda hamil. Semoga perkongsian saya ini memberikan manfaat untuk anda semua dan membuatkan anda lebih bersedia menghadapinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan