Ahad, 17 Disember 2017

3 SIMPTOM YANG BAKAL BERLAKU KEPADA IBU HAMIL DI TRIMESTER 2.

Selamat berhujung minggu kepada semua ibu - ibu yang jelita.
Semoga anda dan bayi berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Kepada ibu hamil yang belum lagi menjalani rutin pemeriksaan kandungan, boleh semak bilakah tarikh pemeriksaan seterusnya di buku merah jambu anda itu ye.

Semalam saya dah kongsikan simptom - simptom yang bakal berlaku kepada ibu hamil di Trimester 1.
Jadi hari ini saya akan kongsikan simptom - simptom yang bakal berlaku kepada ibu hamil di Trimester 2.
Semoga ianya memberi manfaat dan satu penyelesaian bagi anda menangani sipmtom tersebut.

Simptom - simptom yang bakal berlaku kepada Ibu Hamil Trimester 2 ialah :-

BERDENGKUR KETIKA TIDUR.
- Di masa ini keselesaan anda tidur di waktu malam tidak lagi sama seperti hari - hari sebelumnya.
Ini kerana anda akan mula berdengkur ketika tidur.
Tahukah anda punca perkara ini terjadi kerana apa?
Tidur berdengkur oleh ibu hamil terjadi kerana pembengkakan membran mukus.
Hidung anda tersumbat dan sekaligus memaksa anda untuk bernafas melalui mulut dan menyebabkan anda berdengkur.

Saya faham kejadian ini sedikit sebanyak mengganggu kualiti tidur anda.
Anda boleh mencuba jalan penyelesaian ini, tidur mengiring menggunakan bantal materniti sememangnya dapat mengurangkan masalah dengkuran anda.
Selain itu anda juga boleh mengamalkan vitamin yang membantu mengurangkan dengkuran ketika tidur iaitu minyak ikan Omega Guard Shaklee.

KETIDAKSELESAAN.
- Di Trimester 2 ini, akan ada lendiran berupa seperti putih telur atau seperti jeli.
Lendir ini bersifat licin dan anjal keluar melalui vagina anda.
Jangan panik, bertenanglah kerana perkara ini terjadi di sebabkan perubahan peningkatan hormon dan kitaran darah pada vagina anda.
Tetapi jika lendir anda ini berbau, vagina terasa gatal dan ia bertukar kepada warna kekuning kuningan sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor.
Ini terjadi mungkin di sebabkan ada jangkitan pada vagina anda.

Saranan bagi penyelesaian kepada masalah ini, anda boleh memakai pantie liner di seluar dalam anda.
Ia boleh mengelakan seluar dalam anda menjadi basah dan berbau kempam yang menjadikan anda lebih tidak selesa.
Selain itu anda boleh mengamalkan Garlic Complex Shaklee sebagai antibiotik semulajadi yang boleh menyerang bakteria yang telah menjangkiti Vagina anda.

GARISAN HITAM PADA MUKA ATAU TIADA KESERIAN WAJAH .
- Selalu kita dengar orang tua - tua mengatakan keserian ibu ketika hamil.
Namun pada Trimester 2 ini, keserian pada wajah, bintik hitam, garisan hitam pada perut dan garisan hitam pada tengkuk, leher, bawah lengan, muka serta payudara.
Ia juga di katakan sebagai pembawaan budak.
Tetapi kejadian ini di sebabkan badan anda sedang menghasilkan lebihan melanin yang boleh menyebabkan bintik  hitam dan garisan hitam.
Selain itu, ia boleh juga terjadi jika anda kekurangan protein untuk di bekalkan kepada tubuh dan juga bayi dalam kandungan anda.

Kebiasaanya langkah penyelesaian yang paling mudah, anda boleh menggunakan pelindung matahari ketika ingin keluar dari rumah.
Anda juga boleh mengelakan tubuh terdedah kepada cahaya matahari secara terus.
Selain itu anda boleh mengamalkan Sustained Released Vitamin C Shaklee dan juga Esp Soy Protein Shaklee sebagai makanan tambahan untuk perlindungan dan kesihatan kulit.

Ini antara 3 simptom yang boleh berlaku kepada ibu hamil Trimester 2 dan cara penyelesaian yang mudah untuk anda amalkan.

Anda boleh menghubungi saya Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia sebagai khidmat nasihat untuk makanan tambahan untuk kesihatan ibu hamil juga mendapatkan stok Vitamin ibu hamil dari saya.

Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Tiada ulasan:

Catat Ulasan