Jumaat, 8 Disember 2017

6 Golongan Yang Berisiko Tinggi Memiliki Masalah Hipotiroidisme.

Kehidupan yang selesa dapat menjamin kebahagiaan dan dalam keinginan untuk memiliki kehidupan yang sihat perlulah memastikan anda tidak tergolong dalam golongan orang yang mudah mendapat sesuatu penyakit.

Kebanyakan orang memandang remeh hal hal kecil yang berlaku kepada diri mereka kerana berfikir ianya hanya perkara biasa. Ada pula yang berfikir bahawa penyakit itu sekadar datang sementara sahaja tidak akan berlarutan untuk jangka masa panjang.

Jika anda ada berfikiran begini, seeloknya ubah segera dan tujulah ke arah kehidupan ynag lebih sihat.

Pastikan anda tidak tergolong di dalam golongan orang yang berisiko tinggi memiliki masalah Thyroid.

Di Antara Golongan Yang Berisiko Tinggi Mendapat Masalah Thyroid ialah :-

- Golongan Wanita.
Hipotiroidisme biasanya berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Tetapi lelaki juga berisiko memiliki masalah Hipotiroidisme juga ye.

- Berusia 50 tahun Ke Atas.
Apabila usia meningkat, kemampuan tubuh untuk menghasilkan hormon tiroid bagi sesetengah individu boleh terjejas. Ini termasuklah golongan lelaki dan wanita.

- Pengidap Diabetes Type 1 ataupun pengidap penyakit Autoimun.
Ini kerana penyakit penyakit ini mampu membuatkan sistem imun menyerang kelenjar tiroid.

- Faktor keturunan.
Jika di dalam ahli keluarga anda memiliki masalah tiroid, anda juga mempunyai gen yang sama. Bermakna anda juga berisiko tinggi untuk mendapat masalah tiroid ini.

- Wanita yang sukar hamil.
Bagi wanita yang sukar hamil, anda berisiko tinggi mendapat hipotiriodisme ketika usia semakin meningkat.

- Wanita hamil.
Jika anda sedang hamil dan mempunyai masalah tiroid, malah anda tidak mengambil langkah pencegahan dan rawatan. Maka ia boleh membawa kepada masalah intelektual yang serius dan masalah tiroid itu akan kekal kepada bayi anda.

Kini anda telah tahu anda berada di golongan yang mana dan sentiasa tiada istilah terlambat untuk mencegah mahupun merawat.
Sentiasalah ingat setiap penyakit ada penawarnya dan hanya mati sahaja yang tiada ubatnya.

Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Tiada ulasan:

Catat Ulasan