Isnin, 2 Januari 2017

ATASI KOS SARA HIDUP DENGAN BIJAK

RUNGUTAN KOS SARA HIDUP MENINGKAT, ATASINYA DENGAN BIJAK.

Kalau semua perasan, setiap tahun kos sara hidup rakyat di Malaysia ni semakin meningkat. Barang  keperluan dan perbelanjaan isi rumah juga semakin bertambah tapi hidup tetap perlu diteruskan.

Bagaimana kita ingin mengatasi masalah seperti ini ialah dengan beberapa cara seperti :-
Membuat 2 kerja dalam sehari dengan menjadi peniaga online.

Senaraikan perbelanjaan yang penting dan hutang yang perlu dibayar terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu kehendak hati.

Mulakan berjimat cermat dari segi percutian setiap minggu kepada percutian setiap bulan atau apabila bercuti panjang sahaja.

Menabung dengan lebih konsisten dan target berapa untuk disimpan setiap bulan. Lebih bagus buat penyimpanan di ASB dan sebagainya kerana ia lebih menguntungkan.

Mula menitik beratkan dalam penjagaan makanan dan kesihatan supaya tidak mudah jatuh sakit sekaligus dapat menjimatkan kos perubatan. Oleh itu amalkan suppliment tertentu bagi membantu menyokong kesihatan keluarga kerana ianya pelaburan yang menguntungkan dan memudahkan di kala kecemasan.

Ha.. mungkin anda mempunyai tips yang bermanfaat, jom kongsikan bersama dan bertukar pendapat. Semoga kita saling membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan