Bercerita tentang rezeki ini sangatlah banyak. Rezeki yang Allah berikan bukan sekadar dari segi wang dan kemewahan semata mata.
Saya ingin berkongsi satu cerita tentang rezeki. Saya seorang yang berbisness, orang yang berbisness ni perlu sentiasa dekat dengan Allah S.W.T dan perlu sentiasa percaya dengan rezeki Allah S.W.T.
Kadang kala Allah S.W.T tidak memberi pada kita hari ini tapi memberi pada kita di hari yang me datang. Saya percaya ungkapan itu dan sentiasa berusaha serta bertawakal Padanya. Kena ingat juga tanpa usaha, ianya tak akan tergapai dan tanpa doa ianya sia sia.
Dalam bisness saya ada target, teringat kisah bulan lepas. Alhamdulillah.. dengan Izinnya saya capai lebih dari yang saya target tetapi disertakan dengan usaha keras dan doa yang tidak putus meminta kepadanya. Dan bulan lepas juga kerap Fb saya di blok untuk melakukan iklan ke group sekitar. Tetapi tetap dapat sales dan capai lebih dari target.. Allahhu.. Allah maha besar, dia lebih mengetahui. Alhamdulillah..
Jadi amatlah penting menjaga hubungan dengan Allah S.W.T, kerana rezeki yang diberkati atas usaha dan tawakal hanya datang darinya.. In Shaa Allah..
Mungkin sahabat juga ada kisah sendiri, jom share..
shafeezamasayu.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan