Khamis, 8 Disember 2016

Kepentingan Berniaga Online Masa Kini

Assalamualaikum semua, salam penghulu segala hari.. Semoga anda semua kaya dan berjaya.
Perlunya kita berniaga Online di masa kini.
Kenapa ye saya cakap perlu? Sesetengah orang akan cakap ala jual Online je pun bukan untung banyak pun..
Allahhu... Istigfar bebanyak .. Berniaga kan salah satu sunnah nabi kita Muhammad S.A.W..
Jadi kenapa kena mula berniaga Online ye zaman sekarang ni?
- Modal kecil.
Berniaga Online ni hanya mengeluarkan modal yang kecil je macam berniaga Shaklee yang saya buat sekarang ni. Alhamdulillah dengan Izinnya, pulangan lebih besar dari modal dan untung bersama pelanggan juga. Sebab dapat bantu pelanggan sihat dan sendiri dapat kawan ramai.
- Kegawatan ekonomi.
Saya tak nafikan suri rumah atau wanita bekerjaya tanpa bisness online boleh hidup selesa. Yelah mungkin yang suri rumah ditanggung penuh oleh suami, manakala wanita bekerjaya pula mempunyai gaji. Tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang ni boleh ke suami tampung segalanya? Wanita bergaji pula cukupkah melayan kehendak yang kian meningkat? Sebab itu perlunya bisness online. Lebih mudah maju jika ramai kawan.
- Keperluan dan kehendak.
Sekarang semua barang naik harga. Semakin jatuh duit, semakin tinggi harga barangan naik. Pendapatan sedia ada cukup ke untuk tampung kehidupan akan datang.. Dapat ke menyimpan? Kalau ada buat bisness online sekurang kurangnya ada back up ye tak..
- Mudah dan memudahkan.
Mejoriti sekarang ni ramai pengguna beli secara online. Yelah mudah sangat boleh melalui pos ataupun hantar depan pintu rumah pelanggan. Wahhh mudah betul kan.. Kawan dapat, rezeki dapat, pelanggan pun senang. Mudahkan urusan orang lain, Allah S.W.T mudahkan urusan kita juga.
- Keuntungan.
Saya tak lah kata berniaga online ni untung berjuta sekelip mata, setiap perniagaan melalui proses sukar dan senang. Tapi jika berniaga secara jujur, In Shaa Allah... akan merasa nikmat keuntungan dengan berkat malah lebih lagi.
Apa yang penting saya amalkan ialah Akad jual dan beli. Berniaga online juga perlu akad tau. Supaya berkat. In Shaa Allah.. Jom mula berniaga online. Cari saya jika rasa nak mula berniaga online.
PENGEDAR SHAKLEE
Ayu
0127043146

Tiada ulasan:

Catat Ulasan