Khamis, 28 Disember 2017

Ciri ciri yang perlu diutamakan dalam membeli katil untuk bayi anda.

Salah satu barangan utama dan diantara yang termahal untuk keperluan bayi anda adalah katil bayi. Ramai ibu bapa yang tersilap membeli katil bayi kerana terlalu leka dengan kecantikkan reka bentuk katil bayi di masa kini. Walhal ada ciri ciri yang perlu lebih diutamakan.


Jika ibu bapa pergi ke sesebuah shopping complex, terlihat pula akan katil bayi yang cantik, menarik daboom. Pastinya ibu bapa membuat keputusan untuk membelinya. Harga pula menjadi masalah kedua manakala ciri ciri keutamaan menjadi yang terakhir untuk difikirkan. Ingat ye, tak setiap masa anda akan berada bersama atau berdekatan dengan bayi anda. Diantara ciri ciri yang perlu ibu bapa utamakan sebelum membeli katil bayi ialah :


1. Selamat dan terjamin.

Bagi bayi, mereka akan tidur dengan lebih lama daripada celik mata. Masa mereka masih bayi, tidur mereka amat penting untuk tumbesaran yang baik. Anda juga akan beredar dari katil membuat kerja lain apabila bayi telah tidur, jadi pastikan anda memilih katil yang selesa untuk bayi dan fikirkan tempat yang selamat mengikut keluasan dan kesesuaian bilik anda atau bilik bayi anda.


2. Keluasan dan lebar katil.

Pemilihan 100% terletak pada tangan anda dan pasangan. Sama ada ingin bentuk, warna ataupun lebar katil. Namun pastikan ukuran katil bersesuaian dengan bayi anda yang bakal membesar dan ketinggian pagar katil yang sesuai untuk anak anda berdiri apabila tiba masa mereka belajar memapah kelak. Banyak dah sekarang ni katil yang pasang siap, ini lebih mudah untuk ibu bapa memasang sendiri dan mengubah suai kedudukan katil untuk keselamatan bayi anda.


3. Pintu mudah buka.

Paling baik jika anda memilih pintu yang berkunci dan bukan jenis mudah ditarik atau ditolak untuk dibuka. Ini kerana anak anda akan mencapai tahap pandai menolak dan menarik barang apabila dia membesar. Jika anda memilih yang terbaik, pastikan bayi anda tidak mudah jatuh dari katil ketika anda tiada bersama mereka. Anda juga akan merasa selamat apabila anda meninggalkan anak sekejap di katilnya untuk anda membuat kerja lain.


Anda adalah ibu bapa yang bijak memilih. Pastikan juga anda kalah dalam membeli tapi menang dalam memakai. Utamakan keselamatan anak dahulu sebelum apa apa terjadi kepada mereka yang boleh mendatangkan sesalan kepada anda. Sekian perkongsian saya hari ini, semoga kita berjumpa lagi di entry saya seterusnya. In Shaa Allah.

Rabu, 27 Disember 2017

4 panduan membeli baju bayi bagi bakal ibu bapa.

Keterujaan ibu bapa sama saje bila saya lihat mereka menempuh ke arah penghujung kehamilan. Terutamanya bagi ibu, ada diantara mereka telah membeli baju untuk bayi yang bakal lahir di awal kehamilan. Yelah, setiap ibu bapa ingin memberikan yang terbaik dan tidak ingin ada yang kurang satu pun untuk kelengkapan anak yang bakal lahir melihat dunia.


Namun, ibu bapa harus menitik beratkan beberapa perkara sebelum membeli pakaian dan kelengkapan bayi anda. Kepada pemilihan warna dan jenis pakaian boleh sahaja mengikut kesukaan ibu bapa. Apa yang penting adalah keselesaan, keselamatan dan memudahkan bagi bayi anda. Beberapa panduan pemilihan pakaian yang perlu ibu bapa ikuti ialah :-


1. Saiz baju mengikut usia.

Bayi anda tidak selamanya bertubuh kecil. Bayi lebih cepat membesar daripada apa yang anda fikir. Sebagai contoh, pemilihan saiz pakaian bayi, anda boleh membeli saiz bayi hanya dua helai kerana anda lebih baik membeli saiz baju 3-6 bulan untuk kegunaan dan keselesaan bayi anda.


2. Pemilihan jenis fabrik.

Kulit bayi tidak sama seperti kulit kita irang dewasa, kulit bayi lebih sensitif dan lembut. Tidak semua jenis kain boleh digunakan oleh bayi, jika jenis kain kasar dan kesan, kemungkinan boleh menjadi luka pada kulit bayi. Ibu bapa sebaiknya membeli kain jenis lembut dan tidak panas bagi mengelakkan ruam apabila bayi berpeluh.


3. Ciri ciri keselamatan.

Sebaiknya ibu bapa membeli baju yang mudah dipakai oleh bayi. Belilah baju yang tidak ketat dan bayi tidak merasa sakit atau terkehel apabila fipakaikan baju. Ibu bapa juga boleh membeli baju yang mempunyai butang yang sedang, pastikan ia tidak bertali untuk mengelakkan tali terbelit dileher atau kaki bayi.


4. Memudahkan.

Jangan terlalu terpedaya dengan fesyen dan kecantikkan baju baju bayi yang ada di pasaran sehinggakan menyukarkan untuk anak anda membesar. Setiap hari bayi anda akan membesar dan badan yang mengembang dan kaki yang memanjang. Jafi tahan sedikit nafsu anda, tunggulah sehingga besar sedikit baru belikan pakaian yang sesuai dengan mereka.


Ada sesetengah ibu bapa yang sanggup berbelanja besar untuk kegunaan anak yang bakal lahir, akan tetapi dipenghujungnya banyak berlaku pembaziran kerana fesyen baju bayi akan berubah ubah. Jafi hadkan pembelian anda dan sentiasa buat pilihan bijak di masa yang sesuai. Semoga kita bertemu lagi di entry saya seterusnya. Wassalam.

Selasa, 26 Disember 2017

6 cara bantu ibu menyusu meningkatkan pengeluaran susu badan dengan berkesan.

Ramai diantara ibu ibu baru sering mengalami masalah susu sedikit, susu tak nak keluar dan sebagainya. Perkara ini mengakibat ada dikalangan ibu yang berputus asa untuk menyusukan anak secara berterusan. Sebenarnya perkara ini biasa berlaku kepada ibu baru di awal awal tempoh berpantang. Hari ini saya kongsikan 6 tips dahulu bagaimana ibu boleh memperbanyakkan susu badan bagi mendapatkan penyusuan eksklusif.


1. Penyusuan secara berterusan.

Pengalaman saya dulu, selepas melahirkan anak dan di masukkan ke wad bersalin. Nurse disana menyerankan saya terus menyusukan anak kerana katanya susu yang kekuningan dan pertama itu banyak khasiat untuk anak. Nurse telah memicit dengan kuat di payudara saya sehinggalah keluar sedikit susu dan terus saya masukkan payudara saya ke mulut anak. Sebenarnya, penyusuan secara terus dari badan dan berterusan dapat merangsang pengeluaran susu dengan lebih banyak.


2. Berikan sedikit masa.

Kebiasaanya, di awal awal tempoh selepas melahirkan. Susu memang keluar dalam kuantiti yang sedikit kerana kolostrum belum lagi keluar dari susu. Apabila penyusuan diberikan dengan lebih kerap dan dalam tempoh masa 30minit setiap kali penyusuan, susu akan lebih banyak keluar malah lebih lancar.


3. Elakkan stress dan banyakkan berehat.

Bagi mendapatkan pengeluaran susu yang banyak dan berkualiti, ibu tidak seharusnya tertekan dan berada dalam keadaan stress. Ini akan mengganggu kerangsangan pengeluaran susu. Ibu disarankan supaya cukupkan rehat, cukupkan tidur dan jauhi diri dari stress, barulah susu akan keluar dengan lancar.


4. Minum air putih secukupnya.

Mengikut pengalaman saya sendiri, saya mengambil air putih sebanyak 2 liter sehari bagi menggalakkan pengeluaran susu serta memastikan badan kekal dihidrat.


5. Amalkan pemakanan sihat.

Setiap ibu yang ingin mengusukan anak sehingga tempoh sempurna iaitu selama 2 tahun 6 bulan, sebaiknya mengamalkan makanan sihat setiap hari. Pemakanan sihat dapat membantu merangsang pengeluaran susu yang berkualiti dan berkhasiat untuk anak anda.


6. Ibu adalah pembekal nutrisi kepada anak yang menyusu.

cara banyakkan susu badan
Ramai di kalangan ibu yang tahu dan sedar bahawa apa yang ibu makan akan dapat kepada anak juga. Begitu jugalah nutrisi yang ada dalam badan ibu akan disedut oleh anak melalui penyusuan. Sebab itulah ibu disarankan mengambil suppliment yang membantu menambah nutrisi seperti Esp soy protein shaklee, Omega Guard Shaklee, Vitalea multivitamin shaklee, B. Complex Shaklee dan Ostematrix shaklee.







5 cara bantu ibu menyusu perbanyakkan susu badan dengan berkesan.

Cabaran bagi ibu baru yang mempunyai perasaan membuak buak untuk menyusukan anak. Ini perasaan yang biasanya terjadi bagi ibu baru kerana teruja setelah menerima cahaya mata. Apa pun, ibu baru sebaiknya belajar cara cara memperbanyakkan susu badan supaya anak mendapat penyusuan yang baik dan penyusuan secara eksklusif.


Seperti yang ibu sedia maklum, penyusuan secara berterusan akan membantu meningkatkan pengeluaran susu secara semulajadi. Akan tetapi, ibu seharusnya mempelajari teknik memperbanyakkan susu dengan lebih lagi. Disini saya kongsikan 5 cara bagaimana meningkatkan pengeluaran susu dengan berkesan.


1. Sokongan padu.

Kebiasaannya ibu baru terpimga pinga dengan situasi susu kering atau sudu yang tidak keluar dengan lancar. Jangan mudah panik dan ibu boleh mendapatkan sokongan daripada pasangan terutamanya, ibu, mertua serta adik beradik yang mempunyai pengalaman. Ibu juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor tentang penyusuan.


2. Mengurut payudara anda.

Bagi ibu baru, ada diantaranya yang mempunyai masalah pengeluaran susu. Ini boleh mengakibatkan payudara ibu membengkak dan badan menjadi lemah. Sebaiknya ibu mencari tukang urut yang berpengalaman atau ibu boleh mengurut secara lembut di bahagian payudara hingga ke puting. Urut di kedua dua belah payudara ibu.


3. Pam susu.

Sekerap mana ibu berikan penyusuan secara terus kepada bayi? Bagi merangsang susu keluar dengan lebih banyak dan lancar, ibu seeloknya mengepam susu selang 3 jam sekali. Bagi ibu bekerjaya ini juga dapat membantu ibu menyediakan stok susu untuk anal agar tidak keputusan susu.


4. Makanan tambahan yang menggalakkan pengeluaran susu.

Setiap apa yang ibu makan, pastinya akan disalurkan kepada anak juga. Bagi menggalakkan pengeluaran susu, ibu boleh mengamalkan set penyusuan shaklee sebagai ikhtiar. Antaranya ialah Esp soy protein, Alfalfa Complex, B. Complex, Omega Guard, Sustain released vitamin C, Ostematrix dan Lecithin.


5. Susukan anak dengan kedua dua belah payudara.

Ibu perlu biasakan anak menyusu payudara kiri dan kanan. Ini bagi mengelakkan payudara membengkak sebelah kerana tidak dihisap oleh anak dan juga mengelakkan anak terbiasa dengan hanya menghisap sebelah payudara sahaja.


Sekian sahaja tips dari saya hari ini tentang perbayakkan susu badan. Semoga ia dapat membantu ibu ibu semua. Jangan lupa klik link untuk tips penyusuan yang lain. Wassalam.Cara banyakkan susu badan

Ahad, 24 Disember 2017

7 simptom yang dialami oleh ibu selepas bersalin.

Kebanyakan ibu baru masih belum tahu bahawa mereka akan mengalami beberapa simptom selepas bersalin. Yelah, masih belum berpengalaman lagi. Antara persoalan yanv paling popular akan ditujukan oleh ibu kepada doktor ialah mengapa kerap merasa sakit belakang? Normalkah pendarahan keluar dari kemaluan? dan mengapa sering rasa pening dan hendak pitam?


Ada di antara simptom simptom yang di alami oleh ibu adalah normal dan ada di antaranya merbahaya dan boleh membawa kepada keburukkan. Jika simptom simptom yang dialami oleh ibu berlaku secara berterusan, sebaiknya ibu berjumpa doktor dan mengambil langkah mengatasinya dari awal. Berikut adalah antara simptom simptom yang mungkin berlaku kepada ibu selepas melahirkan.


Pendarahan.

Kebiasaannya ibu akan mengalami pendarahan pada faraj semasa dua hingga enam minggu selepas bersalin. Walau bagaimana simptom ini boleh berkurangan dan terhenti jika ibu menyusukan bayi secara berterusan. Ibu juga akan mengalami pendarahan yang banyak di minggu awal bersalin dan darah itu akan mula berkurangan selepas beberapa hari. Namun jika ibu mengalami tanda tanda tumpah darah seperti keluar banyak darah, degupan jantung kencang, pening kepala, berpeluh dan pitam segeralah berjumpa dengan doktor.


Sakit di payudara.

Ibu yang menyusu atau mempunyai susu yang banyak akan merasa sakit pada payudara. Ini disebabkan ibu tidak kerap menyusukan bayi ataupun ibu tidak mengepam susu dan menyebabkan payudara dipenuhi susu. Jika dibiarkan berterusan, payudara akan menjadi bengkak dan ibu akan merasa sakit ketika menyusukan bayi. Untuk mengelakkan kebengkakkan ini berlaku di payudara ibu, kerapkan menyusu bayi secara terus (direct-feeding) atau mengepam susu badan jika bayi kurang menyusu. Jika susu ibu keluar dengan banyak, gunakanlah pelapik payudara bagi mengelakkan baju ibu basah dan boleh menuam payudara dengan tuala yang direndan dengan air sejuk ataupun air suam bagi mengurangkan kebengkakkan itu.


Baby blues.

Masalah baby blues ini biasa dialami oleh ibu selepas melahirkan kerana ketidakseimbangan dan ketidakselesaan tubuh yang dialami. Kebiasaannya ia di tahap ringan dan sokongan dari suami dan keluarga amat penting untuk memulihkan kembali emosi ibu.


Masalah sembelit.

Masalah sembelit biasanya di alami bagi ibu yang tidak minum air putih secukupnya kerana bimbang perut akan membuncit dan sebagainya kerana terlalu mendengar kepada cerita cerita dari orang lain. Sebenarnya, ibu perlu mengambil air secukupnya setiap hari walaupun sedang berpantang. Ibu perlu lebihkan pengambilan makanan berserat tinggi dan sayur sayuran dan buah buahan serta minum air yang mencukupi iaitu lapan gelas sehari. Elakkan pengambilan jamu yang panas kerana ia bersifat panas dan boleh memudaratkan ibu.


Sukar membuang air kecil / kencing.

Bagi ibu baru, kemungkinan akan mengalami masalah sukar kencing kerana mengalami masalah air kencing bertakung. Simptom ini boleh dikenalpasti dalam masa enam jam pertama selepas ibu melahirkan bayi. Ibu boleh cuba berjalan untuk melancarkan dan menggalakkan pengeluaran air kencing atau ibu boleh berendam.


Ketidakselesaan di faraj.

Bagi ibu yang melalui proses kelahiran secara normal, ibu akan mengalami ketidakselesaan pada faraj disebabkan oleh luka episiotomi semasa bersalin. Jadi ibu perlu memastikan kebersihan alat sulit terjaga bagi mengelakkan jangkitan kuman pada alat sulit anda. Jangan takut untuk membersihkan faraj kerana khuatir akan merasa pedih, ini akan menyebabkan jangkitan kuman boleh berlaku jika ibu tidak menjaga alat sulit dengan baik. Amalkanlah makanan tambahan dan nutrisi yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka.


Mudah terkencing.

Kebiasaannya simptom ini berlarutan selama 3 bulan. Namun ibu seharusnya membuat senaman kegel bagi mengelakkan perkara ini berlarutan. Biasanya simptom mudah terkencing ini berlaku ketika ibu batuk, ketawa dan bersin. Ini berlaku kerana saraf di bahagian vagina di pundi kencing rosak sehingga menyebabkan kawalan kencing terganggu.


ibu hamil, ibu berpantang
Bagi ibu baru yang mengalami simptom simptom ini secara berterusan, sebaiknya ibu mendapatkan nasihat doktor dan mencari langkah mengatasi masalah tersebut. Ibu juga sebaiknya memilih makanan tambahan yang sesuai dan semulajadi untuk di amalkan sepanjag kehamilan seperti set berpantang lengkap shaklee. Sekian sahaja perkongsian saya hari ini, semoga ia dapat membantu ibu mengatasi simptom ini sepanjag tempoh berpantang. Wassalam.





Sabtu, 23 Disember 2017

Senarai keperluan barangan ibu dan bayi sebelum dan selepas bersalin untuk dibawa ke hospital.

Mesti ramai ibu ibu yang terpengaruh dengan drama di televisyen yang kebanyakkannya tergesa gesa ke hospital apabila diri merasa kesakitan untuk bersalin. Okay, ibu jangan cepat sangat panik dan pastikan diri bersedia serta keperluan untuk ibu dan bayi juga disiapkan sebelum minggu terakhir untuk ibu melalui hari bersalin.

Persediaan barang keperluan ibu dan bayi boleh disediakan lebih awal dan jangan bawa barang yang tidak penting. Sediakan senarai barang keperluan dan buat semakan sebelum hari untuk ibu menuju ke hospital. Ibu mungkin perlukan dua beg kecil sebelum ke hospital. Satu beg untuk keperluan sebelum bersalin dan satu beg lagi keperluan selepas bersalin.


Senarai keperluan barangan ibu.

1. Kad pengenalan dan kad rawatan semasa ibu sedang hamil. Dua kad ini adalah penting untuk ibu bawa ketika pendaftaran ibu sebelum masuk ke wad.

2. Kad insurans atau GL. Kad ini ibu boleh bawa jika ada dan jika diperlukan oleh pihak hospital.

3. Kaca mata. Ibu yang rabun atau mempunyai masalah mata boleh membawanya ke wad.

4. Beberapa helai baju tidur atau kemeja-T. Baju ini ibu akan gunakan sebelum dan selepas bersalin.

5. Selipar. Ibu disarankan untuk memakai selipar yang tidak licin dan sesuai untuk digunakan ketika di hospital serta selesa.

6. Tuala. Ini untuk kegunaan peribadi ibu.

7. Novel, MP3, gambar atau muzik yang boleh menenangkan diri ibu. Sebelum tiba masa induksi, ibu boleh merehatkan diri dengan membaca atau mendengar muzik untuk menenangkan diri.

8. Baju sejuk. Penting bagi ibu selepas bersalin memakai baju sejuk supaya tubuh kekal panas dan tidak merasa sejuk kerana cuaca sejuk tidak sesuai untuk tubuh ibu selepas bersalin.

9. Tuala wanita. Wajib dibawa oleh ibu untuk digunakan selepas bersalin kerana darah nifas akan keluar sama ada ibu bersalin secara normal ataupun pembedahan.

10. Stoking. Selepas bersalin kebiasaamnya kaki ibu akan merasa kebas dan sejuk. Jadi ibu haruslah memakai stoking selepas bersalin.

11. Peralatan mandi. Barangan asas untuk membersihkan diri ibu, seperti sabun mandi, ubat gigi dan berus gigi.

12. Sedikiy duit. Boleh membawa sedikit duit untuk ibu beli makanan sebelum bersalin. 

13. Coli penyusuan. Dihospital, ibu akan disuruh menyusukan anak sendiri iaitu menyusu badan. Jadi sediakan beberapa helai coli penyusuan yang sesuai dan selesa untuk ibu gunakan semasa berada di hospital.

14. Pelapik payudara. Selepas bersalin kemungkinan susu ibu akan keluar dengan banyak, jadi pelapik payudara boleh digunakan jika susu mengalir banyak.

15. Kain batik. Ibu boleh bawa kain batik dua atau tiga helai untuk persiapan persalinan.

16. Telefon bimbit dan pengecas. Berkemungkinan ibu akan lama berada dihospital mengikut keadaan ibu dan juga bayi. Jadi telefon bimbit dan pengecas amat diperlukan apabila ada hal kecemasan untuk menghubungi suami atau saudara mara.

17. Seluar dalam. Ibu mesti membawa seluar dalam yang lebih untuk persediaan.


Senarai keperluan barangan bayi.

1. Kain bedung dan selimut. Selepas melahirkan, pihak hospital akan membersihkan bayi anda dan memakaikanya bedung bayi hospital. Tetapi ibu boleh menggunakan bedung dan selimut sendiri semasa hendak membawa bayi pulang ke rumah.

2. Lampin. Sediakan lampin pakai buang untuk bayi anda dan pastikan anda beli saiz untuk new born.

3. Stoking bayi. Tidak elok jika biarkan bayi anda kesejukan, jadi ibu boleh pakaikan bayi stoking.

4. Topi bayi. Topi bayi ini, boleh ibu gunakan semasa hendak membawa bayi pulang ke rumah.

5. Barut bayi. Barut bayi adalah penting kerana ia digunakan untuk mengelakkan bayi mengalami kembung perut.

6. Kerusi kereta bayi. Jika rumah anda dan perjalanan anda jauh dari hospital, boleh gunakan kerusi kereta bayi untuk langkah keselamatan.

7. Pakaian bayi. Bawa juga pakaian bayi untuk digunakan semasa pulang ke rumah.


Senarai barangan yang tidak perlu dibawa oleh ibu.

1. Barangan kemas atau perhiasan diri.

2. Wang tunai yang banyak atau barang berharga.

3. Ubat ubatan.

4. Pam susu. 

Inilah senarai barangan yang peelu ibu sediakan sebelum tarikh kelahiran semakin dekat. Boleh juga sediakan lebih awal untuk mengelakan kecuaian. Bagi ibu bekerjaya, sebaiknya menyediakan barang keperluan ini lebih awal. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu bersedia lebih awal. Semoga berjumpa lagi di entry saya seterusnya. In Shaa Allah. ibu hamilWassalam.

Jumaat, 22 Disember 2017

Langkah-langkah yang boleh dipraktikan untuk ibu hamil bersalin secara normal.

Rata-rata ibu hamil mendambarkan untuk melahirkan anak mereka secara normal terutamanya bagi ibu baru. Sebenarnya tak semua ibu dapat melalui pengalaman melahirkan secara normal disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti mengalami komplikasi dan ada juga yang mempunyai perasaan takut yang tinggi. Setiap ibu baru boleh mula pelajari langkah-langkah untuk bersalin secara normal :-


Hadiri kelas prenatal.


Ibu hamil anak pertama haruslah mempunyai ilmu tentang alam kehamilan, kelahiran dan penjagaan bayi. Jadi jika ibu yang ingin melahirkan secara normal mestilah menghadiri kelas prenatal yang dapat membantu ibu membuat pelbagai persediaan sebelum melahirkan bayi. Sebagai tips, ibu boleh mengikuti kelas bersama pakar dan bertauliah bagi berkongsi pengalaman mereka dengan ibu. Ini akan membantu ibu lebih tenang malah lebih bersedia dalam menjalani proses melahirkan secara normal.


Pemilihan hospital yang menyarankan kelahiran secara normal.


Pemilihan pakar yang menyarankan ibu menghadapi kelahiran secara normal dapat membantu ibu lebih yakin. Ini dapat membantu ibu mengelakkan diri dari injuksi dan ubat kesakitan.


Belajar pelbagai teknik bersalin normal.

Pastinya ibu perlu menyiapkan diri dan pelajari ilmu pengetahuan untuk kelahiran secara normal. Antaranya ibu boleh mempelajari teknik-teknik tertentu yang dapat menggalakkan ibu bersalin secara normal dan teknik untuk memudahkan proses kelahiran bayi. Aktiviti mudah yang boleh ibu lakukan ialah naik turun tangga lebih kerap apabila semakin dekat dengan tarikh melahirkan. Namun ibu perlu lebih berhati-hati semasa melakukan aktiviti ini untuk mengelakan kemalangannyangbtidak diingini dan pastikan suami tercinta ataupun ada peneman yang menemani ibu ketika melakukan aktiviti ini.


Memastikan tubuh lebih bertenaga untuk proses kelahiran.

Persediaan diri sebelum sampai tempoh kelahiran amat penting bagibtubuh ibu. Di minggu-minggu terakhir, ibu perlulah mendapatkan tidur yang cukup, rehat yang cukup, memastikan kesihatan terpelihara dan mengambil makanan yang sihat. Pada minghu-minggu terakhir ini juga ibu perlu belajar teknik pernafasan yang betul ketika proses kelahiran.


Makan sebelum masuk ke bilik bersalin.

Ibu perlu makan dan tidak boleh membiarkan diri merasa lapar sebelum ke bilik bersalin. Ini kerana tubuh ibu memerlukan lebih tenaga untuk meneran semasa proses kelahiran nanti. Makanlah telur separuh masak dan air milo sebagai pembekal tenaga kerana ia berprotein tinggi.


Memastikan berat badan yang sesuai.

Tahukah para ibu, jika ibu mempunyai berat yang sesuai dengan tubuh ketika hamil dan tidak terlalu berat boleh menjadikan proses kelahiran lebih mudah. Ini kerana ibu yang mempunyai berat yang seimbang semasa hamil mengalami kurang komplikasi ketika proses kelahiran dan kurang kemasukan ubat-ubatan. Dalam tempoh kehamilan berat anda boleh meningkat sehingga 12kg-15kg. Jadi ketika ibu berada di trimester 3, kawalan berat badan amat penting untuk memudahkan ibu bersalin secara normal.

Jauhi golongan yang negatif.

Motivasi diri amat perlu bagi ibu dan pastikan minda dan fizikal ibu sentiasa bersedia. Elakan mendengar pengalaman-pengalaman yang mengerikan dan membuatkan ibu merasa takut untuk melalui proses kelahiran secara normal. Ibu boleh tanamkan dalam minda bahawa tak semua orang sama dan setiap orang pasti melalui pengalaman yang berbeza.

Jangan kelam kabut ke hospital.

Pada masa kini, kelahiran mestilah dilakukam di hospital kerana di hospital mempunyai peralatan dan kelengkapan bersalin secara normal mahupun secara pembedahan. Ini dapat membantu ibu lebih bersedia jika mengalami komplikasi. Namun ibu jangan tergesa-gesa atau kelam kabut untuk ke hospital apabila waktu bersalin tiba. Bertenang dan panggillah orang terdekat untuk membantu ibu.

Semoga ibu selamat melahirkan anak yang sihat dan dapat bersalin secara normal seperti yang ibu inginkan. Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu mempelajadi dan mempraktikan kaedah bersalin normal. Semoga berjumpa lagi di entry saya akan datang. Wassalam.
ibu hamil