Sabtu, 16 Disember 2017

SIMPTOM YANG IBU HAMIL ALAMI DI TRIMESTER PERTAMA KEHAMILAN.

Bagi setiap wanita yang baru pertama kali bakal menimang cahaya mata pastinya tidak mengetahui apakah simptom yang bakal anda alami.
Setiap wanita hamil akan mempunyai simptom - simptom ini di peringkat awal kehamilan.
Setiap trimester anda akan mengalami simptom yang berbeza. Hari ini saya ceritakan 3 simptom yang bakal anda alami di trimester pertama kehamilan.

Semoga anda dapat mempelajari dan mengamalkan penyelesaian untuk setiap simptom yang bakal anda alami.

Simptom 1.
- Kelesuan.
Pada awal - awal kehamilan pastinya badan anda akan merasa letih 2x ganda daripada biasa dan ianya adalah simptom paling utama yang akan anda alami.
Ini disebabkan tubuh anda sedang menyesuaikam diri dengan janin yang ada di dal rahim anda kerana ia sedang membesar.
Bagi Ovari anda pula, ia sedang menghasilkan hormon progesteron yang mana ia memberikan kesan sedatif pada tubuh.
Malah isipadu darah anda pula semakin meningkat kepada 50% untuk membekalkan darah kepada fetus.
Jalan penyelesaian bagi simptom kelesuan yang anda sedang alami ialah anda perlu mengamalkan Zat Besi untuk membantu membina sel darah bayi.
Ini kerana salah satu punca kelesuan ini terjadi pada anda adalah kerana Anemia.
Apabila zat besi pada tubuh anda tidak mencukupi, bayi akan menyedut zat besi dari tubuh anda.
Jadi proses ini akan menyebabkan tubuh anda mengalami penyusutan zat besi.
Jadi jika anda berjumpa dengan doktor dan bertanyakan tentang simptom ini, doktor akan menyarankan anda mengambil suppliment untuk zat besi seperti Vitalea Iron Formula Shaklee dan B. Complex Shaklee.

Simptom 2.
- Masalah jerawat.
Kalau kuliy anda sememangnya mempunyai masalah jerawat, tidak mustahil jerawat anda akan keluar dengan lebih banyak pada ketika anda hamil.
Ini kerana hormon tambahan akann merembeskan minyak, sekaligus menyebabkan jerawat semakin banyak timbul di wajah atau di badan anda.
Jalan penyelesaian bagi masalah jerawat ini, anda boleh meneruskan rutin pembersihan wajah dengan menggunakan pencuci muka bebas paraben atau pun anda boleh menggunakan Sustain Released Vitamin C Shaklee sebagai masker supaya kulit anda tidak kering.
Malahan Sustain Released Vitamin C Shaklee ini juga selamat digunakan oleh semua golongan termasuklah ibu hamil.

Simptom 3.
- Angin dalam badan.
Pada ketika anda hamil, anda boleh merasa kembung perut, merasa angin banyak dalam perut, merasa senak pada perut.
Sebenarnya ia berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang boleh menyebabkan masalah sembelit.

Ketika anda hamil, sistem penghadaman akan menjadi perlahan.
Ini akan mengakibatkan nutrien yang masuk ke dalam badan memerlukan lebih masa untuk menyerap makanan ke dalam aliran darah anda dan seterusnya menyalurkan kepada janin anda.
Jalan penyelesaian bagi simptom ini ialah anda perlu mengambil banyak serat di dalam diet anda.

Minumlah air putih lebih banyak serta melakukan senaman ringan.
Malah di ketika inilah anda memerlukan kalsium serta magnesium yang lebih untuk mengelakkan masalah ini terjadi.
Sebagai penyelesaianya anda boleh mengambil Ostematrix yang kaya dengan kalsium dan megnasium.

Inilah antara simptom yang bakal anda alami di trimester pertama dan jangan lupa ikuti sambungannya di perkongsian blog saya seterusnya.
Ibu hamil trimester 2
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Jumaat, 15 Disember 2017

8 JENIS VITAMIN WAJIB DI AMBIL OLEH IBU MENGANDUNG.

Berbunga - bunga hati seorang perempuan yang mengetahui dirinya berbadan dua iaitu sedang hamil.
Alhamdulillah dan tahniah buat anda dan pasangan.
Yelah, impian untuk memiliki zuriat sendiri telah tercapai.
Kini hanya giliran anda pula untuk menjaga kesihatan dan membekalkan yang terbaik buat diri sendiri dan anak dalam kandungan anda juga.
Setiap ibu hamil yang baru pertama kali akan menjalani perjalanan tempoh kehamilan, biasanya masih tidak tahu tentang vitamin apa yang perlu dan wajib di amalkan setiap hari.
Bayangkan jika anda tidak mengamalkan vitamin wajib untuk memenuhi keperluan tubuh, risiko kepada masalah kesihatan diri dan bayi dalam kandungan adalah lebih tinggi.
Sebenarnya banyak risiko kesihatan kepada bayi pada masa akan datang selepas di lahirkan seperti masalah kuning, kecacatan tiub neural, tumbesaran yang terbantut dan banyak lagi jika anda tidak mengamalkan vitamin keperlua  tubuh sepanjang kehamilan.
Namun begitu, jika anda ingin meneruskan pengambilan vitamin ini selepas melahirkan juga adalah amat digalakkan.
Vitamin yang perlu diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :-
1. Asid Folik.
- Ibu hamil di sarankan untuk mengambil 400mcg asid folik setiap hari bagi mengelakan kecacatan tiub neural dan membantu pembentukan saraf serta sel sel lain. Ini adalah vitamin terpenting untuk diamalkan bagi ibu hamil.
2. Kalsium.
- Tahukah anda ibu hamil yang tidak mengambil kalsium yang secukupnya berisiko tinggi kepada pre-eklampsia.
Pengambilan kalsium bagi ibu hamil juga adalah berdos yang lebih tinggi.
Kalsium adalah penting untuk pertumbuhan gigi, tulang serta memastikan fungsi - fungsi otot yang sempurna.
3. Vitamin C.
- Vitamin C adalah amat penting oleh tubuh ibu hamil bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat untuk melawan serangan penyakit supaya tidak mudah demam, selesema, batuk dan sebagainya.
Vitamin C juga memainkan peranan bagi melindungi bayi daripada jangkitan.
4. Minyak Ikan.
-Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 dapat membantu ibu mengurangkan kadar kolestrol LDL dan kenaikan berat badan yang berlebihan.
Selain itu minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 dapat membina tubuh, mata yang sihat dan otak yang bijak untuk bayi anda.
5. Zat Besi.
- Ramai wanita yang mudah mengalami masalah pitam ketika hamil.
Ibu hamil sebenarnya memerlukan lebih kadar zat besi daripada kebiasaannya.
Selain itu, pengambilan zat besi yang mencukupi oleh ibu hamil dapat mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang.
Zat besi adalah penting bagi ibu hamil untuk pembentukan sel sel darah merah yang sihat antara ibu dan bayi serta membawa oksigen ke seluruh badan.
6. Probiotik.
- Pengambilan probiotik bagi ibu hamil dapat mengurangkan risiko penyakit seperti ekzema kepada bayi.
7. Selenium.
- Pengambilan selenium oleh ibu hamil dapat mengelakan keguguran pada peringkat awal kehamilan.
Selain itu, pengambilan selenium oleh ibu hamil juga dapat mengurangkan risiko komplikasi kelahiran seperti pre-eklampsia.
8. Protein.
- Ibu hamil perlu menambah 60gm pengambilan protein dalam diet harian mereka.
Pengambilan protein semasa hamil ini dapat membantu tumbesaran bayi dengan lebih baik, baik untul payudara anda, menggalakan pengeluran susu, baik untuk uterus dan plasenta.
Protein juga dapat meningkatkan isipadu darah merah kepada ibu hamil.
Inilah 8 jenis Vitamin yang wajib di amalkan oleh setiap ibu hamil.
Tak kira anda hamil anak pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.
Setiap kali anda hamil, keperluan nutrisi oleh tubuh adalah 2 kali ganda lebih lagi kerana dalam tempoh kehamilan tubuh anda sedang bekerja lebih keras lagi.
Ingatlah, pengambilan Vitamin adalah untuk kesihatan anda dan juga bayi dalam kandungan anda.
Semestinya anda ingin melahirkan zuriat yang sihat.
Anda boleh mengambil vitamin B. Complex, Ostematrix, Sustain released Vitamin C, Omega Guard, Vitalea Iron Formula dan Esp soy protein sebagai Vitamin tambahan untuk anda amalkan sepanjang tempoh kehamilan.
Anda boleh menghubungi sid bertauliah dan beretika untuk panduan cara pengambilan vitamin ini.
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Khamis, 14 Disember 2017

5 Tips Menangani Mabuk Kehamilan Atau Morning Sickness.

ibu hamilibu hamil
Perkara biasa bagi setiap ibu hamil akan mengharungi fasa mabuk kehamilan atau morning sickness. Sememangnya setiap ibu hamil akan merasai keseronokan sepanjang tempoh kehamilan, memang seronok kerana merasai nadi degupan jantung zuriat sendiri.
Jadi bagaimanakah anda menangani kemabukan atau morning sickness?
Walaupun ianya lebih di kenali sebagai morning sickness, namun tak semua ibu mengalaminya pada waktu pagi. Menurut pakar, gejala morning sickness ini boleh terjadi pada waktu tengahari, petang dan juga malam.
Dan pastinya ramai antara ibu hamil yang mengalami gejala morning sickness ini pada waktu malam akan mempunyai masalah kurang tidur.
Gejala Morning sickness ini boleh terjadi di awal usia kehamilan iaitu 6 minggu pertama berterusan kepada 12 minggu hingga 14 minggu kehamilan. Tapi ada juga sesetengah ibu hamil mengalaminya sepanjang tempoh kehamilan.
5 Tips Bantu Mengawal Mabuk Hamil Atau Morning Sickness.
1. Berehat.
Untuk di awal usia kehamilan, badan ibu akan bekerja keras untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan anda. Oleh itu anda akan merasa penat dengan lebih cepat dan gejala morning sickness menambah lagi kepenatan anda.
Bagi ibu hamil yang bekerjaya di sarankan agar mengambil cuti rehat, manakala ibu hamil suri rumah sepenuh masa di sarankan agar anda kerapkan berehat seketika selepas membuat sesuatu kerja sebelum memulakan kerja yang lain.
Sesungguhnya tubuh anda amat berhak mendapat rehat yang cukup ketika ini.
2. Haruman segar dan menyamankan.
Bau yang wangi mahupun bau yang kurang menyenangkan boleh menjadi suatu perkara yang terganggu buat ibu yang mengalami masalah morning sickness.
Sebagai contoh, ada ibu hamil yang kalah dengan bau suami, bau badan sendiri atau bau wangian sendiri. Ada juga ibu hamil yang kalah dengan bauan pencuci pakaian atau pencuci pinggan yang biasa di gunakan di rumah.
Jadi anda boleh menghidu bau lemon untuk menenangkan diri dan mengelakan morning sickness anda menjadi lebih teruk lagi.
Menurut pakar, ibu hamil yang lebih sensitif adalah di sebabkan hormon estrogen pada tubuh ibu hamil adalah tinggi. Hormon inilah yang menyebabkan deria bau ibu hamil meningkat dan sesetengah bau membuatkan ibu hamil mudah merasa loya dan muntah.
3. Cari Punca.
Simptom morning sickness ini tidak akan kekal selamanya, ianya akan datang dan pergi.
Simptom morning sickness ini adakalanya pada waktu pagi anda tidak boleh mencium bau minyak wangi suami, di sebelah petang pula mungkin anda tidak boleh menghidu bau masakan jiran sebelah rumah anda. Jadi bila anda telah kenali punca punca kepada morning sickness, anda akan dapat mengambil langkah untuk mengatasinya.
4. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi secara kerap.
Kebiasaannya ibu hamil terus tidak mengambil makanan apabila mengalami simptom morning sickness ini. Tahukah anda bahawa perut yang kosong dan tekak yang loya di sebabkan asid yang tinggi di dalam perut.
Sebab itulah ibu hamil seharusnya makan makanan sedikit tetapi secara kerap.
Boleh sediakan hidangan snek, biskut atau kekacang yang boleh mengelakkan perut anda kosong.
Jadi lepas ni kalau ibu hamil mengalami simptom morning sickness, janganlah terus tidak mengambil makanan.
5. Kekal hidrat.
Ibu hamil sememangnya perlukan bekalan air putih secukupnya supaya diri terhindar dari dehidrasi. Menurut kajian, ibu hamil yang mengalami dehidrasi yang cepat akan mudah merasa loya dan mual. Ini akan mendorong ke arah morning sickness yang lebih tinggi.
Ibu hamil sebaiknya mengambil air putih 8 gelas sehari setiap hari atau 2 liter air putih setiap hari supaya tubuh kekal hidrat. Sekaligus dapat mengelakan ibu hamil mengalami masalah sembelit.
Semoga tips mengelakan simptom morning sickness atau kemabukan ini dapat membantu para ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan.
Tahniah kepada para ibu baru yang bakal melahirkan zuriat pertama dan semoga berjaya mengharungi tempoh kehamilan 9 bulan lebih dengan kesihatan yang baik dan bahagia.
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Rabu, 13 Disember 2017

6 Simptom Yang Akan Di Alami Oleh Ibu Mengandung.

ibu hamil
Alhamdulillah dan tahniah kepada anda serta pasangan kerana bakal menjadi ibu dan bapa.
Tiada harta di dunia ini yang boleh di tukar gantikan dengan zuriat yang bakal lahir dan tiada berita yang lebih gembira daripada ini bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.
Sebagai seorang wanita yang sedang mengandung, anda perlu tahu dan ambil tahu tentang simptom yang akan anda alami sepanjang tempoh kehamilan, Biasanga orang kita cakap mabuk (morning sickness).
Memang akan anda alami simptom ini dan perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental.
6 Simptom yang akan dialami oleh setiap ibu hamil ialah :-
1. Mabuk hamil.
Ini biasa sangat berlaku pada sesetengah bakal ibu, permulaan akan ada mabuk, mual-mual, pening kepala dan juga muntah-muntah.
Tapi tak semua ibu akan mengalaminya pada awal kehamilan ye.
2. Payudara membesar.
Untuk bakal ibu baru, jangan terperanjat pula jika payudara anda mula membesar.
Ye betul. Selain perut anda akan membesar, payudara juga akan turut membesar.
Sebaiknya anda bersedia membeli coli materniti yang bersesuaian.
3. Ketidakselesaan.
Anda akan menghadapi 40 minggu tempoh kehamilan. Sangat panjang bagi anda?
Bersedialah dengan segala keperluan dan kelengkapan diri kerana di hari yang mendatang, anda tidak lagi selesa memakai pakaian yang biasa anda pakai setiap hari. Ini disebabkan perubahan bentuk badan dan kenaikan berat badan bakal anda alami.
Anda akan lebih selesa jika memakai seluar dalam materniti.
4. Kesan regangan kulit.
Untuk kesan regangan kulit ini tidak kesemua ibu hamil akan mengalaminya secara kronik. Dalam erti kata lain regangan ini adalah selulit yang boleh membuatkan kulit anda kelihatan buruk.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan regangan kulit yang anda alami seperti memakai losyen atau lebih baik anda mengamalkan makanan tambahan yang bersesuaian untuk mengatasi masalah regangan kulit dan mengurangkan masalah regangan kulit.
5. Sukar tidur.
Masalah sukar tidur biasa di alami oleh semua ibu hamil, terutama ketika perut anda semakin membesar.
Malah anda juga boleh mengamalkan pengambilan kalsium dan magnesium supaya anda lebih mudah tidur, mendapatkan tidur yang berkualiti dan badan yang segar apabila bangun di pagi hari.
6. Sukar membuang air besar.
Ramai ibu hamil akan mengalami masalah sukar membuang air besar atau sembelit. Ini adalah disebabkan perubahan hormon ketika kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman.
Antara faktor yang menyebabkan ibu hamil mengalami masalah sembelit ialah kurang pengambilan makanan berserat, stress, kurang pergerakan fizikal, dehidrasi, rahim yang mengembang menghalang pergerakan najis ke usus dan hormon progesteron berlebihan yang menjadikan pemprosesan makanan lebih perlahan.
Anda boleh mengurangkan masalah sembelit ketika hamil dengan memperbanyakan minum air putih, melakukan senaman ringan, mengamalkan makanan kaya serat dan suppliment yang membantu melembutkan najis.
Inilah antara simptom yang bakal anda alami dalam tempoh kehamilan. Jika anda sedang hamil anak pertama, pastikan anda tahu perkara ini dan bersedialah untuk menghadapinya.
Sokongan dari pasangan anda juga amat penting dalam anda menghadapi simptom simptom mabuk ini.
Bersama sama cetuskan situasi yang boleh membahagiakan anda dan pasangan supaya zuriat yang bakal di lahirkan sihat dan cergas.
Semoga anda yang sedang hamil berada di dalam keadaan yang sihat, kandungan yang sihat dan sentiasa bahagia.
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Selasa, 12 Disember 2017

Cara Cara Meningkatkan Potensi Kehamilan Bagi Lelaki Dan Wanita.

Hujung tahun 2017 ni ramai betul yang mendirikan rumah tangga. Ada juga sepupu dan sedara saya yang mendirikan rumah tangga di bulan Desember 2017 ni.
Biasalah bila dah masuk alam perkahwinan, sememangnya pasangan menginginkan cahaya mata dengan cepat. Cuma segelintir daripada mereka sahaja yang membuat perancangan untuk memiliki cahaya mata lewat.
Peningkatan untuk meningkatkan potensi bagi kesuburan wanita ada 2 cara paling utama.
1. KAWAL BERAT BADAN.
Kebiasaannya kalau wanita yang berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan kesuburan, Doktor akan bertanyakan berapakah berat badan anda.
Bagi wanita yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau kurang berat badan berisiko melambatkan proses kehamilan.
Sebab itulah wanita harus peka dengan BMI dan memastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian dan ideal supaya dapat mendorong ke arah kehamilan.
2. JAGA MINUMAN.
Tahukah anda wanita yang merancang untuk hamil seharusnya mengelakkan diri dari pengambilan kopi atau alkohol.
Tahukah anda 5 cawan kopi sehari bersamaan 500mg kafein.
Menurut pakar, seseorang yang mengamalkan kopi atau kafein lebih daripada 5 cawan sehari dapat menurunkan tahap kesuburan. Dan pakar ada mengatakan bahawa pengambilan 1 cawan kopi adalah tidak mengapa, seeloknya jangan mengambil kopi atau kafein lebih dari 200 - 250mg sehari.
Malah ada kajian menunjukan bahawa wanita yang mengambil 2 minuman alkohol dalam sehari dapat menurunkan kadar kesuburan sehingga 60%. Dan perlu ingat bahawa pengambilan Alkohol bagi umat islam adalah HARAM.
Dah bercerita tentang kesuburan wanita, namun kesuburan lelaki juga adalah penting. Ada 1 cara utama bagi memastikan potensi kesuburan lelaki dengan lebih baik.
1. PELIHARA SPERMA ANDA.
Lelaki tidak di galakan memakai seluar dalam yang ketat kerana ia boleh mengurangkan tahap kesuburan.
Selain itu lelaki tidak boleh terdedah kepada suhu panas yang berlanjutan atau berendam di dalam air panas terlalu lama kerana ia boleh memberi kesan kepada sperma.
Seterusnya cara meningkatkan potensi kesuburan bagi lelaki dan wanita.
1. BERHENTI DARI MEROKOK.
Ini kerana merokok boleh merosakan kadar kesuburan suami isteri.
WANITA - merokok boleh menjejaskan telur anda.
LELAKI - merokok boleh mengurangkan pengeluaran sperma dan merosakkan DNA anda.
Adalah lebih baik jika anda yang merokok berhenti merokok sebelum hamil atau dalam proses merancang kehamilan, malahan bagi wanita merokok boleh meningkatkan risiko keguguran.
2. FERTILE WINDOW ( jendela kesuburan ).
Adakah anda tahu jendela kesuburan adalah pada enam hari akhir semasa tempoh ovulasi. Kebiasaannya kehamilan boleh terjadi apabila melakukan hubungan intim dalam tempoh 3 hari sebelum Ovulasi.
3. KERAPKAN SEKS.
Menurut Presiden America Society for Reproductive Medicine, Dale McClure jika seks tidak di lakukan selama seminggu, bilangan sperma memang akan meningkat tapi kadar peesenyawaan akan berkurangan. Malah dalam kajian, melakukan seks selang sehari dapat meningkatkan kadar kehamilan.
4. PEMILIHAN PELINCIR.
Setiap pasangan haruslah berhati hati dalam memilih pelincir untuk digunakan ketika melakukan hubungan intim. Ini kerana ada sesetengah pelincir boleh mengurangkan kesuburan.
Pelincir yang berasaskan air boleh merencatkan pergerakan sperma di antara 60% - 100%.
5. JANGAN TERLALU TERDEDAH KEPADA RACUN PEROSAK.
Bagi lelaki dan wanita yang terdedah kepada racun perosak atau bahan kimia terutamanya racun untuk pertanian dapat mengurangkan kesuburan.
Selain dari tu, pendedahan kepada pelarut dan toksin seperti yang di gunakan dalam percetakan perniagaan serta cucian kering boleh menjejaskan kesuburan wanita.
Inilah antara cara cara yang boleh anda praktikkan untuk mendapatkan tahap kesuburan optimum dan memelihara kesuburan suami isteri. Bukan hanya wanita sahaja boleh mengalami masalah kesuburan, namun kaum lelaki juga boleh mengalami masalah kesuburan ini.
Ini kerana pemakanan dan gaya hidup zaman ini amat berbeza dengan zaman dahulu.
Anda boleh dapatkan suppliment untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan suami dan isteri daripada Pengedar Sah Shaklee yang beretika.
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Isnin, 11 Disember 2017

Cara Cara Menjaga Jantung Supaya Jantung Sihat Dan Miliki Degupan Yang Normal.

Tahukah anda Jantung yang sihat mampu mengepam darah sebanyak 10 000 liter sehari  dan Jantung mampu berdenyut 100 000 kali dalam seharu iaitu 60 - 80 kali dalam masa seminit.
Allahhu.. Sungguh hebat dan kuat Jantung kita.

Kita wajib menjaga kesihatan Jantung supaya saluran darah Jantung tidak sempit kerana di selaputi oleh lemak dan kolestrol.
Banyangkan jika jantung kita terhenti, maka tiada lagi kita di dunia ini.
Marilah kita menjaga Jantung supaya sihat sentiasa.

Cara Cara Menjaga Jantung ialah :-

- Tentu sekali kita mestilah mengamalkan cara hidup yang sihat.

- Keduanya pastikan mengamalkan makanan yang sihat, seimbang dan kawal pemakanan.

- Kurangkanlah makanan yang berkolestrol tinggi.

- Elakkan makanan yang berlemak dan berminyak terutama sekali.

- Kurangkan pengambilan makanan yang manis dan masin.

- Memperbanyakan pengambilan serat, sayuran segar, buahan dan kekacang.

- Kawal berat badan yang ideal dan tidak obesiti.

- Pupuk amalan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

- Memastikan berat badan sentiasa unggul dan ideal.

- Berhenti merokok.

- Kurangkan pengambilan makanan yang pedas.

- Kerap bersenam sekurang kurangnya 3 kali seminggu.

Sebenarnya bersenam adalah sangat berfaedah untuk menyihatkan Jantung kerana ia membantu mengurangkan risiko penyakit Jantung dengan meningkatkan peraliran darah ke seluruh badan.

Bersenam juga dapat mengawal berat badan yang ideal. Memperbaiki tahap kolestrol darah, mencegah dan mengurus tekanan darah tinggi.

Amalan bersen juga dapat meningkatkan tenaga, membantu mengurangkan tekanan, stress, mengurangkan regangan, meredakan kebimbangan dan kemurungan serta memupuk amalan yang menyihatkan Jantung.

Ada satu lagi cara untuk memastikan kesihatan Jantung yang tip top adalah dengan mengamalkan makanan tambahan yang kaya dengan Antioksidan, Resveratrol dan Polyphenol yang mampu mengelakkan terjadinya plug di dalam saluran darah akibat kolestrol yang tinggi.
Vivix Shaklee adalah makanan tambahan terbaik untuk membantu meningkatkan kesihatan Jantung.

Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146

Ahad, 10 Disember 2017

Jangka Hayat Sesuatu Makanan Yang Boleh Di Simpan Di Dalam Peti Sejuk Beku Anda.

Sememangnya ramai di kalangan kita yang akan menyimpan makanan yangbtidak habis di makan di dalam peti sejuk, Betul tak?
Yela, tak nak membazir dan makanan pun masih elok dan masih boleh di makan jika di simpan.

Tetapi sebenarnya setiap makanan yang kita simpan dalam peti sejuk beku akan berkurangan kualitinya. Bila kualiti berkurangan bermaksud zat zat yang ada dalam makanan juga turut terjejas.
Sebab itulah adakalanya kita rasa dah ambil makanan segar dan sihat tapi kenapa masih mendapat penyakit.

Cara penyimpanan juga memainkan peranan terhadap zat zat dan kualiti sesuatu makanan.

Berapa Lama Makaan Boleh Di Simpan Di Dalam Peti Sejuk Beku Anda supaya kualitinya masih baik?

Saya berikan Contoh makanan dan jangka masa yang sesuai untuk anda simpan di dalam peti sejuk beku anda.

- Sosej dan Burger di antara 3 hingga 4 bulan.
- Bakon selama 1 bulan sahaja.
- Daging Ayam dan daging ayam belanda adalah selama 1 tahun sahaja.
- Sup ataupun stew adalah selama 2 - 3 bulan sahaja.
- Lebihan makanan yang mempunyai daging adalah antara 2-3 bulan sahaja.
- Nuget Ayam atau Patu burger adalah antara 1 - 3 bulan sahaja.
- Pizza adalah selama 1 - 2 bulan sahaja.

Ini jika makanan di simpan di peti sejuk beku.

Kalau anda ada menyimpan makanan yang telah di masak di dalam peti sejuk dan terdapat kulat atau fungus pada makanan tersebut segeralah buang dan jangan pula di makan.
Makanan boleh rosak walaupun berada dalam peti sejuk dan bertutup.

Sedangkan manusia ada jangka hayat, inikan pula makanan yang kita simpan.
Ada kalanya bahan pengawet juga tidak boleh membantu makanan itu tahan lama dan kualiti yang baik setelah di simpan terlalu lama.

Makanan yang di panaskan ( makanan lebihan semalam ) juga salah satu punca kepada kanser perut. Ia boleh terjadi jika bahan makanan itu terdapat pencemaran.
Jadi sentiasalah menjaga pemakanan dan makanlah makanan yang segar dan kualiti yang baik supaya tubuh dapat menyerab zat zat yang ada di dalam makanan tersebut.

Pengedar Sah Shaklee
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146