Sabtu, 8 April 2017

Cara Cara Mengatasi Masalah Tekanan Darah.

Assalamualaikum semua, semoga semua pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati.

Hari ni saya bercerita mengenai penyakit yang popular di negara kita iaitu Penyakit Tekanan Darah Tinggi ( Hipertensi ).
Penyakit tekanan darah tinggi ini selalunya kita dengar warga tua yang sering menghidapinya, tetapi kini anak muda remaja juga sudah memiliki penyakit tekanan darah tinggi ini.

Apa yang perlu kita ketahui adalah penyakit tekanan darah tinggi ini boleh mengakibatkan organ-organ s
dalam tubuh seperti Jantung dan Otak terbeban.
Mereka yang mempunyai penyakit Tekanan Darah Tinggi ini perlulah pandai mengawal emosi dan mengawal diri daripada terus menghidapi masalah tekanan darah setiap hari.

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi Penyakit Tekanan Darah Tinggi ini. Antaranya yang boleh anda amalkan setiap hari adalah :-

- Biasakan diri mengawal tekanan emosi, tekanan perasaan dan juga stress. Boleh juga mencari bagaimana cara yang lebih mudah untuk anda menenangkan diri akibat tragedi yang berlaku disekeliling anda.
- Kawalan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal adalah sangat membantu anda mengatasi masalah tekanan darah.
- Kerapkan melakukan senaman dan beriadah 3 kali dalam seminggu untuk membantu mengurangkan stress anda.
- Jika anda merokok, adalah amat baik untuk anda berhenti merokok.
- Buatlah pemeriksaan tekanan darah supaya anda lebih berwaspada dengan masalah tekanan darah yang anda hidapi.
- Paling utama bagi anda yang mempunyai masalah tekanan darah adalah dengan mengawal pemakanan dan amalkan makanan yang sihat.
- Pastikan anda mengurangkan pengambilan garam berlebihan dalam makanan dan elakkan makan makanan yang masin.
- Amalkanlah diet yang seimbang dan baik tidak menjadikan diri anda obesiti.

Sebenarnya cara paling mudah untuk anda atasi penyakit tekanan darah supaya anda tidak mendapat penyakit yang lebih bahaya seperti stroke dan serangan jantung adalah dengan mengamalkan makanan yang tinggi Antioksidan dan Resveratrol dimana ia mampu mengawal tekanan darah anda dan juga menyokong kesihatan secara menyeluruh.
Oleh itu amalkanlah makanan tambahan iaitu Vivix Shaklee yang membantu sehingga ke sel sel DNA anda.
Lihatlah testimoni yang berjaya mengawal penyakit tekanan darah tinggi mereka setelah mengamalkan Vivix secara konsisten.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian masalah tekanan darah tinggi anda dan membuat tempahan Vivix Shaklee, anda boleh menghubungi saya di nombor tertera.

Pengedar Sah Shaklee
Ayu
0127043146

Khamis, 6 April 2017

Langkah Langkah Menjaga Kesihatan Jantung

Assalamualaikum semua.
Di mulai dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Seperti yang kita semua tahu, Organ terpenting dalam tubuh manusia ialah Jantung.
Tahukah anda bahawa Jantung adalah Organ yang sangat kuat, mempunyai 4 bahagian dan Jantung kita boleh mengembang serta mengecut.
Jantung berfungsi untuk mengepam darah daripada Jantung ke seluruh badan. Tugas Jantung mengepam darah supaya dapat membekalkan Oksigen dan Zat makanan ke seluruh anggota badan melalui sistem peredaran darah.

Tahukah anda bahawa Jantung yang sihat mampu mengepam 10 000 liter darah dalam sehari dan berdenyut sehingga 100 000 kali sehari bersamaan 60-80 kali dalam seminit.
Hebatkan Jantung Kita yang perlu kita jaga dan hargai.

Sekarang kita ambil tahu bagaimana cara hendak menjaga Jantung supaya sihat.

- Mengamalkan Cara hidup yang sihat.
- Mengawal Pemakanan.
- Mengurangkan makanan yang berkolestrol tinggi, berlemak, berminyak, manis serta masin.
- Memperbanyakkan pengambilan serat seperti sayuran, buahan dan kekacang.
- Mengawal berat badan.
- Mengamalkan masa makan yang konsisten dan makanlah sebelum lapar serta berhenti sebelum kenyang.
- Memastikan berat badan yang ideal.
- Mengurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak dan gorengan.
- Berhenti merokok.
- Mengurangkan pengambilan makanan pedas.
- Bersenam 3 kali dalam seminggu, setiap kali senaman selama 20-30 minit.
Sebenarnya senaman adalah amat penting dan diperlukan oleh tubuh untuk menyokong kesihatan yang optimum.
Akan tetapi senaman sering di abaikan di anggap perkara remeh.
Senaman yang baik dapat memberikan impak yang sangat baik kepada Jantung kerana dapat :-
- Meningkatkan peraliran darah ke seluruh badan.
- Mengawal berat badan.
- Memperbaiki tahap kolestrol dalam darah.
- Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi.
- Mengurangkan regangan.
- Melegakan kebimbangan dan kemurungan.
- Memupuk amalan yang menyihatkan jantung.

Bagi setiap penyakit pastinya ada penawar. Saya terangkan bagaimana Vivix membantu penyakit Jantung yang anda alami.

Suppliment yang paling terbaik membantu masalah penyakit Jantung adalah Vivix Shaklee.
Dalam Sebotol Vivix mengandungi 4 bahan utama iaitu :-

1. Elderberry Eropah
2. Polygonum Caspidatum
3. Purple Carrot
4. Muscadine Grape

1. Elderberry Eropah.
Mengandungi Antioksidan yang sangat tinggi dimana ia mampu mengatasi simptom floot.
Elderberry Eropah ini juga mengandungi Flabonoid yang mempunyai siri Antioksidan yang sangat kuat yang mampu mengukuhkan sistem imun.
Ia juga kaya dengan sebatian Antisenin yang memberi kesan Anti Radang. Jadi bila Jantung dalam keadaan keradangan, Vivix bantu mengurangkan keradangan itu.
Elderberry Eropah ini sangat kaya dengan Vitamin A, B dan C. Ia juga menguatkan sistem imun dan merendahkan tahap kolestrol yang menghalang Oksidasi iaitu Kolestrol LDL.
Memberikan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular, Jantung, Stroke dan Serangan Jantung.

2. Polygonum Caspidatum.
Mampu melambatkan proses penuaan, Merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah dan sangat membantu mengurangkan berat badan.

3. Purple Carrot.
Tinggi dengan Antioksidan, Anti Radang, Anti Mikrob dan Anti Kalsinogen yang memberi kesan kepada salur darah, platlet dan Lipoprotein koroneri Jantung.

4. Muscadine Grape.
Sangat kaya dengan Polyphenol, Resveratrol dan Antioksidan yang memberikan kesan Anti Penuaan tahap sel dan menjadikan Jantung muda dan sihat.

Jantung kita amat penting untuk tubuh kita, tiada Jantung maka tiadalah kita. Jom amalkan Vivix sebagai suppliment harian untuk kesihatan optimum. Jangan lupa untuk lihat testimoni yang saya sertakan juga.

Boleh dapatkan stok Vivix anda dari saya dan hubungi saya dengan cara mudah di nombor tertera.
Pengedar Sah Shaklee
Ayu
0127043146

Selasa, 4 April 2017

Kenali Punca Punca Anemia Dan Cara Mengatasinya

Punca Punca Anemia Dan Cara Mengatasi Anemia

Assalamualaikum semua. Selamat Malam dan Selamat Beristirehat.

Apakah itu Anemia? 

Kebiasaannya masalah Anemia ini mudah di hadapi oleh golongan Wanita dan juga merbahaya bagi Ibu Mengandung.

Anemia ialah kesan daripada kekurangan Sel Darah Merah. Kalau anda semua nak tahu, Sel Darah Merah berfungsi mengangkut Oksigen yang di dalamnya mengandungi Hemoglobin. Hemoglobin ini terdapat di dalam sel darah merah di mana Hemoglobin inilah yang akan membawa oksigen ke paru-paru.

Berapakah Bacaa HB Normal Bagi ibu yang sedang hamil?
Bacaan HB yang normal bagi ibu hamil ialah lebih dari 11, 12, 13, 14.
Bagi yang mempunyai Anemia ringan HB di antara 10-10.9. Bagi Anemia sederhana pula HB antara 7 - 9.9.
Manakala Anemia yang teruk pula HB adalah kurang daripada 7.

Punca Utama Anemia adalah :-

1. Kehilangan Darah.
Ini disebabkan kekurangan Zat Besi dalam badan akibat daripada faktor pemakanan.
Jika perkara ini dibiarkan berlarutan darah akan berkurangan dalam jangka masa yang pendek.
Selain itu kehilangan darah dari proses haid yang banyak atau melalui pendarahan pembedahan / kanser.

2. Kekurangan Pengeluaran Darah Merah.
Kebiasaannya dimiliki dari ibu bapa dari sejak lahir. Mempunyai masalah hormon dan lahir dengan penyakit kronik. 

Selain itu ibu mengandung juga berisiko kehilangan sel darah merah kerana kekurangan nutrisi Asid Folic, Vitamin B12. Apabila Vitamin ini kurang dalam badan, badan akan menjadi lemah untuk menghasilkan sel darah merah yang cukup.
Sebenarnya, Badan memerlukan Vitamin C dan Riboflabin untuk menghasilkan sel darah merah. Apabila badan tidak mendapat Vitamin c dan Riboflabin yang cukup dari pemakanan ini akan mengakibatkan kekurangan darah merah.

Antara Punca Lain yang menyebabkan Anemia ialah :-

- Mereka yang sedang dirawat yang di sebabkan oleh penyakit kronik seperti pesakit buah pinggang dan kanser. Pesakit ini sukar untuk menghasilkan sel darah merah yang cukup.
Ada juga sesetengah rawatan kanser yang boleh merosakkan sum sum tulang atau merosakkan kemampuan sel darah merah untuk membawa oksigen.
Jika sum sum tulang rosak maka badan tidak dapat menghasilkan sel sel darah merah dengan cepat untuk menggantikan sel sel yang telah mati dan di musnahkan.
- Pesakit HIV dan AIDS menghadapi kehilangan darah merah di mana mereka terkena jangkitan kuman dan ubat ubatan menyebabkan sel darah merah berkurang.
- Ibu mengandung mempunyai tahap Zat Besi yang rendah dan Asid Folic berkurang Dalam tempoh 6 bulan pertama kehamilan. Ini kerana dalam tempoh ini Plasma meningkat lebih cepat daripada sel darah merah dan boleh membawa kepada masalah Anemia kerana darah cair.
- Ada sesetengaj bayi yang dilahirkan tanpa keupayaan membuat sel darah merah yang mencukupi dan ini di kenali sebagai Anemia Plastik.
Bayi ini akan kerap memerlukan pemindahan darah untuk meningkatkan sel darah merah dalam darah.
Antara faktor yang mengakibatkan Anemia Plastik adalah ubat ubatan, toksin dan penyakit berjangkit.

3. Kemusnahan Darah Merah Yang Cepat.
Pembesaran Limpa atau penyakit organ yang menghilangkan sel darah merah daripada badan. Sekiranya Limpa membesar atau berpenyakit, sel darah merah akan dikeluarkan lebih cepat daripada biasa dan ini akan menyebabkan Anemia.
Apabila Sel Darah Merah rendah dan tidak pula dirawat akan mengakibatkan Anemia menjadi lebih teruk. 

Contohnya Anemia membawa kepada degupan jantung yang tidak teratur, kesannya boleh merosakkan otot jantung dan akhirnya membawa kerosakkan organ lain dan lebih teruk lagi boleh membawa maut.

Disini saya sertakan suppliment terbaik yang sangat membantu masalah Anemia ialah Vivix Shaklee.
Anemia juga boleh disebabkan oleh Kanser, Thalasemia dan SLE.

Fungsi Vivix Shaklee kepada Masalah Anemia ini ialah Vivix bertindak melalui 4 mekanisma penuaan tahap sel.
1. Melindungi dan memperbaiki sel DNA.
2. Mengawal Genetik.
3. Mengelakkan kerosakkan sel tahap Cellular kerana mempunyai 10x ganda Resveratrol.
4. Pengeluaran tenaga oleh metakondrea untuk meningkatkan tenaga sel.
Vivix Shaklee ini kaya dengan Antioksida yang tinggi dimana ia sangat membantu menghentikan proses kimia yang menyebabkan Kanser, Anti Virus dan melindungi sel daripada rosak. Bila sel darah terpelihara sekaligus dapat mengurangkan kesan Anemia.
Gabungan Polyphenol dan Resveratrol melindungi dan mengukuhkan sistem imum melawan jangkitan Virus atau Bakteria membuatkan sel lebih kuat, lebih banyak sel darah merah yang sihat terhasil.
Jangan lupa lihat testimoni Vivix membantu  Masalah Platlet, SLE dan Thalasemia.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan boleh terus hubungi saya di nombor tertera.
Pengedar Sah Shaklee
Ayu
0127043146

Isnin, 3 April 2017

Cara Terbaik Atasi Masalah Gula Dalam Darah

Resveratrol Atasi Masalah Gula Dalam Darah

Assalamualaikum semua.

Ramai di antara kita yang mengalami masalah gula dalam darah atau paling sinonim adalah Sakit Diabetes. Mengikut kajian 1:5 orang dari rakyat Malaysia mempunyai penyakit gula dalam darah ini.
Permulaan kita perlu tahu apa itu Penyakit Gula Dalam Darah ( Diabetes ).

Masalah Gula Dalam Darah kini semakin meningkat di kalangan kita rakyat Malaysia, di mana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin dengan kadar yang mencukupi seperti mana yang tubuh kehendaki.
Hormon insulin tidak dilepaskan dengan baik dan tubuh tidak sensitif dengan kehadiran gula dan ini mengakibatkan pengumpulan gula dalam darah.

Terdapat 3 jenis masalah gula dalam darah iaitu :-
1. Masalah gula dalam darah, dimana tubuh tidak lagi mampu menghasilkan insulin dan terpaksa menerima insulin daripada luar berbentuk suntikan. Golongan yang biasa mengalami masalah gula dalam darah begini adalah kanak-kanak, remaja dan golongan muda, faktor keturunan.
2. Masalah gula dalam darah jenis kedua adalah dimana insulin boleh dihasilkan oleh tubuh sayangnya kadar insulin yang terhasil itu tidak mencukupi dan berlakunya rintangan insulin. Kebiasaannya masalah gula dalam darah jenis kedua ini di alami oleh golongan dewasa, berusia 40 tahun ke atas dan warga tua.
3.  Masalah gula dalam darah jenis ketiga ini biasanya di alami oleh ibu ibu ketika hamil.

Jadi anda mempunyai masalah gula dalam darah jenis ke berapa?

Sementara anda mengamalkan ubat ubat untuk masalah gula dalam darah anda, adakah anda sedari bahawa anda masih tidak pulih sepenuhnya atau masalah gula dalam darah anda tidak pernah menurun bacaannya walaupun mengambil ubat seperti yang telah di jadualkan. Tahukah anda masalah gula dalam darah anda boleh di atasi secara semulajadi dengan mengamalkan makanan tambahan yang kaya dengan Resveratrol dan Antioksidan yang tinggi.

Apakah makanan tambahan yang paling sesuai untuk mengatasi masalah gula dalam darah yang anda alami?
Jawapan yang mudah ialah ViVix Shaklee.

Bagaimana Vivix Shaklee bantu atasi masalah gula dalam darah anda?

Dalam Sebotol Vivix Shaklee mengandungi 4 bahan utama yang anda perlu tahu di mana gabungan ini menjadikan Vivix kaya dengan Resveratrol, Polyphenol dan Antioksidan.
- Muscadine Grape
- Polygonum Caspidatum
- Purple Carrot
- Elderberry Eropah
Tetapi sekarang kita fokuskan bagaimana Vivix Shaklee mengatasi masalah gula dalam darah.

LOBAK UNGU / PURPLE CARROT
Mengandungi kandungan serat terlalu tinggi yang membantu pencernaan serta membantu tubuh menyerap nutrien dengan lebih cepat dan lebih cekap.
Setiap hidangan lobak ungu mentah membekalkan 8gm serat dan sangat mudah larut air dalam saluran pencernaan dan kandungan ini dapat membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
Ianya tinggi kandungan Resveratrol yang mampu mencegah rintangan insulin kerana tubuh mereka yang mengidap penyakit gula dalam darah ini tidak sensitif dengan hormon insulin serta insulin tidak di sebarkan dengan baik ke dalam tubuh. Bila ada Resveratrol tadi dapat membantu mencegah rintangan insulin dan menjadikan sel lebih sensitif terhadap hormon insulin.

Antioksidan yang terkandung dalam Vivix Shaklee pula bahan makanan yang ketara mampu mengurangkan kesan buruk Spesis reaktif seperti oksigen nitrogen keatas fungsi fisiologi yang normal pada tubuh manusia.

Spesis reaktif adalah serpihan molekul yang sangat reaktif menyebabkan kerosakkan sel. Dan Apabila DNA rosak, hanya Antioksidan tadi sahaja yang mampu menghentikan tindak balas ini dan memusnahkan semua radikal bebas. Jadi apabila sel sel DNA kita sihat maka organ dalaman kita turut sihat.

Bersama ini saya sertakan dengan testimoni mereka yang mempunyai masalah gula dalam darah berjaya mengawal masalah mereka dan penyembuhan luka yang lambat sembuh juga turut dapat di atasi.
Bagi mendapatkan khidmat nasihat dan juga tempahan Vivix Shaklee ini anda boleh menghubungi saya di nombor tertera.

Pengedar Sah Shaklee
Ayu
0127043146





Selasa, 14 Mac 2017

Lawan Radikal Bebas Dengan Antioksidan

Radikal Bebas Vs Antioksidan

Nak selamatkan diri dari radikal bebas? Macam mana tu?

Mula mula sekali kita kena tahu apa itu radikal bebas. Bagus ke radikal bebas ni? Pastinya radikal bebas ni tak bagus dan membawa padah jika ianya banyak dalam tubuh kita.

Orang dulu dulu yela dapat sakit masa umur lebih 40 tahun keatas, contoh penyakit popular ialah jantung, tekanan darah, stroke, kanser, kegagalan buah pinggang, gula dalam darah.. Ha semua ni penyakit popular kalangan warga tua kan.. Tapi dulu la.. Sekarang ni dah banyak dah kita jumpa kanak kanak lagi dah ada penyakit gula dalam darah, remaja lagi dah ada kanser dan tumor, belum kahwin pun dah ada cyst dan fibroid semua la kan..

Puncanya dari kerosakkan sel sel dalam tubuh tula. Kerja radikal bebas semua tu, jahatkan radikal bebas ni? Radikal bebas ni seperti molekul molekul yang reaktif dalam tubuh dan merosakkan sel sel hingga ke sel DNA kita. Contohnya macam kek, kek kalau kita tak simpan tak jaga bebetul cepat je ada kulat dan kulat tu pula merebak ke seluruh kek dan kek pun rosak awal dari sepatutnya. Macam tu la serangan radikal bebas ni tau buat sel kita rosak dan berpenyakit lagi.. huhuhu..

Okay paham kan paham..

Tahu tak serangan radikal bebas tu macam mana? Antaranya ialah :-
- Pemakanan, Fast food, junk food
- Asap rokok
- Stress
- Senaman berlebihan
- Bahan kimia
- Ubat ubatan
- Pencemaran

Jadi untuk melawan serangan radikal bebas ni kita kena jaga sistem imun tubuh. Sebab bila sistem imun tubuh kita kuat dia mampu nak lawan serangan radikal bebas ni, sebab tu saya selalu pesan jaga dan kuatkan sistem imun kerana ianya perisai kepada sel sel kita dari rosak dan mendapat penyakit.

Cara kita nak tingkatkan sistem imun dan menentang radikal bebas ialah dengan mengamalkan makanan yang kaya dengan Antioksidan seperti buah buahan dan sayur sayuran. Selain itu elakkan diri dari pencaran dan kawal berat badan.

Paling kuat melawan radikal bebas adalah Vivix kerana ia bertindak sehingga ke sel DNA tubuh kita. Vivix kaya dengan Antioksidan, Resveratrol dan Polyphenol yang mampu memperbaiki sel sel yang telah rosak dan menentang sekeras kerasnya serangan radikal bebas.

Dan antara yang lain yang kaya dengan Antioksidan dan penguat sistem imun adalah Vitamin E, Vitamin C, Nutriferon dan Carotomax. Inilah antara yang perlu kita amalkan setiap hari walaupun kita sihat tau. Kalau kita memang dah berpenyakit lagi lah banyak kita perlukan Antioksidan ni kan..
Dapatkan Antioksidan anda sekarang.

Pengedar Sah Shaklee
Ayu
0127043146

Isnin, 6 Mac 2017

Arginine, Insulin, Essential Asid Amino Dan Esp Soya Protein Shaklee

Kenapa Pesakit Gula Dalam Darah Perlukan Esp Soya Setiap Hari?

Sebenarnya kita semua perlukan Esp Soya ni setiap hari cuma kali ni Ayu ceritakan kenapa pesakit gula dalam darah amat memerlukan Esp soya sebagai makanan tambahan.

Kebiasaannya mereka yang mempunyai masalah gula dalam darah mengalami sensitiviti yang kurang terhadap hormon insulin. Insulin tidak dapat dirembeskan oleh pankreas dengan baik kerana kekurangan sensitiviti. Jadi penyerapan gula tidak dapat dikawal oleh tubuh mereka. Sedangkan tubuh memerlukan gula sebagai sumber tenaga.

Okay macam mana nak dapatkan sensitiviti tersebut?

Tubuh kita boleh menghasilkan Arginine sendiri dan dapat menghasilkan sensitiviti terhadap insulin, malangnya ianya ialah Non Essential Asid Amino sahaja sedangkan badan memerlukan lebih dari itu, iaitu Essential Asid amino perlu supaya Arginine dapat berfungsi dengan lebih baik dan meningkatkan sensitiviti terhadap penyerapan insulin.

Bagaimana nak dapatkan Essential Asid amino perlu ni? Ada 9 Asid Amino perlu yang terkandung dalam Esp Soya Protein dimana ia sangat membantu pesakit gula dalam darah. Membuatkan Arginine berfungsi dengan baik kerana lengkap kesemua Essential Asid Amino.

Jadi mereka yang mempunyai masalah gula dalam darah amat memerlukan Esp soya Protein ini dan mereka yang mengalami masalah gula dalam darah ketika hamil juga amat memerlukan Esp Soya Protein sebagai makanan tambahan untuk mengatasi masalah mereka.

Jadi pentingnya Essential Asid Amino perlu ini untuk tubuh dan supaya ianya saling melengkapi Non Essential Asid Amino yang di hasilkan oleh tubuh kita sendiri.

Amalkanlah Esp Soya Protein dari hari ini untuk mengatasi masalah gula dalam darah anda dan menyokong kesihatan tubuh anda agar lebih bertenaga.

Pengedar Sah Shaklee
Ayu
0127043146

Ahad, 5 Mac 2017

Kenali Bagaimana Sel Sel Manusia Boleh Mati Secara Necrosis Atau Apoptosis

Necrosis Dan Apoptosis

Marilah kita memahami bagaimana sel sel dalam tubuh kita mati dan bagaimana untuk mengekalkan sel sel yang sihat.
Apakah Ia? dan kenapa ianya penting untuk kita semua ketahui?

Sel kita mati dalam 2 cara iaitu
-Apoptosis ( sel mati sebab sel dah tua )
- Necrosis ( sel mati sebab kecederaan sel )

Antara dua proses sel mati ni yang mana berbahaya buat tubuh kita?

Sel Mati secara normal dan matang adalah secara Apoptosis, sel kita mati sebab sel tu dah tua memang patut d
sel tu mati.

Sel yang rosak dan membawa padah penyakit pada kita adalah sel yang mati secara pra matang iaitu Necrosis. Sel ini tak mati dan mengalami kerosakkan akibat kecederaan, radiasi, radikal bebas, bahan kimia dan trauma.

Apa yang kita nak elakkan ialah sel mati secara pra matang (Necrosis) sel yang boleh mengakibatkan kita mengidap penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit kronik yang lain. Dah la sel ni tak mati, lepastu dia tiru pula sel yang baru terhasil maka sel baru terhasil tu pun turut mengalami kerosakkan. Sebab itu mereka yang mempunyai kanser dan telah menjalani pembedahan masih berisiko mengalami kanser semula kerana sel sel baru tadi dah tiru sel sel lama yang berpenyakit tu...Alahaii... makin la tambah sakitnya ye tak.

Contoh paling mudah kita nak lihat sel rosak secara pra matang ialah kesan pada kulit pesakit gula dalam darah. Kalau kita perasan kulit kesan luka mereka ni hitam betul tak? itulah kulit atau sel yang mati secara (Necrosis) mati secara tak normal dan ini yang kita nak elakkan supaya sel sel itu tidak merosakkan sel sel yang baru pula.

Jadi apakah produk yang diperlukan oleh mereka yang mengalami masalah sel mati secara tak normal (Necrosis) ni?
Jawapan paling mudah saya berikan, hanya Vivix sahaja yang dapat membantu mereka. Kenapa Vivix?

Vivix ni bukan sebarangan produk dan bukan calang calang produk yang kita boleh banding bandingkan dengan produk yang lain tau. Vivix sangat istimewa dan mempunyai 4 mekanisma yang mampu merawat sel sel hingga ke sel DNA tubuh manusia.

4 mekanisma utama dalam Vivix ialah
- Pembiakkan sel
- Perlindungan sel
- Tenaga Sel
- Prestasi sel
4 mekanisma ini tubuh manusia perlukan untuk pastikan sel sel kita hidup dan boleh menjadikan kesemua organ dalaman tubuh kita berfungsi dengan baik dan bukan berpenyakit.

Sel yang hidup dengan sihat mesti mempunyai oksigen dan tenaga, bila sel tak mempunyai oksigen dan tiada tenaga sel sel akan mati. Sebagai contoh kalau jantung kita kurang oksigen, kita akan semput. Begitulah juga sel, bila sel kurang oksigen sel itu akan berasid dan enzim tertentu akan dilepaskan dan akhirnya DNA pula akan rosak dan bertambah rosak dan rosak dan kronik dan.....

Sel sel kita seharusnya mampu untuk perbaiki kerosakkan DNA agar sel yang rosak tadi boleh mati bukan tiru sel baru dan menjadi sel rosak yang lain. Sebab kita bukan lagi hidup di zaman dahulu kala atau 200 tahun yang dulu yang mana tubuh masih mampu mengatasinya. Sekarang kita hidup di zaman seba maju di mana lebih terdedah dengan radikal bebas, kimia, toksik dan sebagainya yang membuatkan sel sel kita menjadi pra matang dan berpenyakit.

Sebab itu kita semua sebenarnya memerlukan Vivix untuk memperbaiki sel sel yang rosak dan berpenyakit itu supaya sel sel baru tidak meniru sel sel rosak dan berpenyakit tadi.

Pentingnya Vivix untuk tubuh kita dan lebih penting dan diperlukan oleh mereka yang mempunyai penyakit kronik dan juga kanser. Sedarlah segera tentang perkara ini dan amalkanlah Vivix setiap hari. Nak oder Vivix? jom Ayu ada jual tau.

Pengedar Sah Shaklee
Ayu
0127043146