Adakah anda semua tahu bahawa kafein adalah salah satu punca anda mendapat penyakit Gastrik.
Apabila kerosakan pelindung pada dinding perut terjadi, ini mengakibatkan cairan perut yang berasid bersentuhan terus dengan dinding perut sehingga menimbulkan keradangan iaitu inflamasi.
Ini bermaksud gerakan perut yang berkaitan dengan sistem saraf dalam perut ataupun kejadian bersifat psikologi.
Ini bermaksud berlakunya luka, penghakisan atau tumor.
Kebiasaanya gastrik berlaku akibat jadual makan anda yang tidak teratur dan membiarkan perut kosong apabila merasa lapar. Apabila perkara ini berlaku berterusan, lebihan asid akan mengganggu dinding mukosa perut dan mula menghakis dinding perut.
Kedua dua jenis minuman ini boleh mengganggu dan menghakis mukosa pada dinding perut dan membuatkan dinding perut lebih sensitif terhadap asid perut walaupun dalam keadaan yang normal.
Orang yang mempunyai masalah gastrik tidak boleh terlalu stress kerana ia akan lebih memburukkan keadaan. Ini kerana sistem saraf otak berkait rapat dengan perut.
Stress yang kuat akan menyebabkan perubahan hormon dan perubahan itu akan merangsang sel sel dalam perut untuk mengeluarkan asid secara berlebihan. Akhirnya asid yang berlebihan tadi akan menimbulkan luka pada dinding perut.
Seperti mana yang kita semua tahu bahawa merokok adalah membahayakan kesihatan. Kajian juga menunjukkan merokok akan mengakibatkan kesan negatif terhadap kesihatan tubuh.
Para perokok yang mengidap gastrik akan mengalami kesukaran dalam penyembuhan luka selepas pembedahan dan berisiko tinggi mengalami komplikasi yang mengakibatkan luka lebih lambat sembuh.
Perokok akan mengalami kekurangan antibodi yang terdapat di dalam air liur, walhal antibodi ini amat berguna untuk meneutralkan bakteria dalam rongga mulut dan mencegah gangguan fungsi fungsi sel pertahanan tubuh.
Ini kerana di dalam rokok terdapat zat kimia seperti nikotin, timah hitam dan tar yang boleh mengganggu kesihatan dan merosakkan organ manusia.
Kebiasaannya ubat tahan sakit seperti Anti radang, Nonsteroid, Aspirin, Ibuprofen dan Naproxen boleh menyebabkan keradangan pada perut.
Ini di sebabkan ubat ubatan ini mengurangkan prostagladin yang bertindak melindungi dinding perut.
Sebagai contoh stress fizikal adalah menjalani pembedahan besar, luka, trauma atau jangkitan yang boleh menyebabkan gastrik, bernanah dan pendarahan dalam perut.
Jangkitan ini adalah penting untuk anda ketahui kerana ianya boleh berjangkit kepada orang di sekeliling anda dan Bacteria ini boleh hidup di dalam Asid yang tinggi.
Pada tahun 1982, Dr. Barry Marshall seorang Gastroenterolog dari Perth Australia telah menemui Bacteria Helicobacter Pylori ini pada pesakit radang perut, ulser perut, gangguan perut atau penyakit gastrik.
Bacteria Helicobacter Pylori ini adalah berasal dari air yang kurang bersih yang di gunakan ketika membasuh sayur sayuran, buah buahan atau perkakas untuk meletak makanan.
Bacteria ini boleh merebak dari orang ke orang melalui air liur, pinggan yang di gunakan bersama atau makanan yang di makan kurang bersih.
Oleh kerana Bacteria ini boleh hidup di dalam asid yang tinggi, ia akan menyerang bahagian dalam lapisan mukosa yang melapisi dinding perut.
Masayu
Id : 1218885
Hp : 0127043146