Ramai di kalangan wanita yang tidak mengambil berat dengan cara manakah untuk melahirkan anak samaada melalui pembedahan ataupun melahirkan secara normal.
Risiko Organ melekat ini peratusnya tinggi boleh terjadi kepada Ibu yang melahirkan bayi melalui pembedahan Caesarean.
Ada di kalangan para ibu yang sudah pun melahirkan bayi melalui proses pembedahan casarean ini lebih daripada 2 kali.
Setakat ini masih lagi belum ada kajian klinikal yang menyatakan berapakah bilangan maksimum pembedahan Caesaran ini boleh dilakukan kepada seseorang Ibu Mengandung.
Akan tetapi para ibu mengandung haruslah mengetahui bahawa lebih banyak pembedahan Caesarean maka lebih tinggilah risiko komplikasi boleh berlaku.
Malahan ada kajian menunjukkan bahawa risiko komplikasi tersebut akan meningkat dua kali ganda selepas tiga kali pembedahan caesarean.
Di antara risiko komplikasi adalah seperti
- Pendarahan yang perlu melalui proses pemindahan darah.
- Risiko kecederaan organ dalaman seperti usus, pundi kencing, uri melekat yang boleh mengakibatkan pembuangan rahim dan risiko rahim pecah.
Walaupun begitu, tidak semua ibu yang melahirkan melalui pembedahan Caesarean akan mengalami masalah lekatan ini.
Peratusan daripadanya adalah sebanyak 55% dan boleh meningkat kepada 83% selepas tiga kali pembedahan.
Komplikasi lekatan ini berkemungkinan boleh mengalami kesakitan secara berterusan, ini mengakibatkan kesukaran melakukan aktiviti harian, masalah sembelit, usus tersumbat, kesakitan ketika melakukan hubungan seks dan mengurangkan kesuburan.
Satu situasi yang para ibu harus faham adalah lekatan organ yang di maksudkan adalah seperti pundi kencing, usus atau rahim yang melekat antara satu sama lain, melekat pada lemak ataupun kulit badan.
Ini berlaku apabila ada kecederaan pada organ tersebut ketika pembedahan.
Perlu para ibu ketahui komplikasi lekatan ini berlaku bergantung kepada tahap lekatan, dalam erti kata lain setiap kali pembedahan risiko lekatan semakin meningkat.
Boleh terjadi suatu peringkat lekatan akan menebal dan menyukarkan proses pembedahan.
Akan tetapi bahan pencegah lekatan akan di letakkan di bahagian organ semasa pembedahan.
Selain bahan ini para ibu di galakkan mengambil sayur sayuran dan buah buahan yang kaya dengan Antioksidan, Vitamin C dan Multivitamin yang membantu penyembuhan luka.
Senaman juga diperlukan selepas 6 hingga 8 minggu selepas pembedahan. Aktiviti senaman ini membantu menambah kadar pengaliran darah hingga ke bahagian abdomen. Secara tak langsung dapat mengawal berat badan dan diet ini kerana kajian menunjukkan kegemukkan dapat melambatkan proses penyembuhan luka dan menambah risiko lekatan organ.
Jadi amalkanlah makanan tambahan yang kaya dengan Antioksidan dan membantu penyembuhan dari dalam secara berterusan bagi ibu yang melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean. Seperti Vivix yang kaya Antioksidan, Esp Soy Protein yang membantu pemulihan tisu sel yang rosak, Vitalea Multivitamin pelengkap keperluan nutrisi tubuh setiap hari dan Vitamin C yang membantu penyerapan Vitamin dengan baik dan penguat sistem imunisasi tubuh.
Boleh dapatkan Vitamin anda dari sid bertauliah.
Pengedar Sah Shaklee
Masayu
ID : 1218885
NO TEL : 0127043146
Tiada ulasan:
Catat Ulasan