Khamis, 1 Mac 2018

8 tanda tanda penuaan kulit

Untuk pastikan keberkesanan Youth, shaklee dan pakar dermatologis bangunkan Skin Age Index dan hanya shaklee sahaja yang boleh gunakan Skin Age Index ni. Tapi macam mana mereka buat?

Macam ni..

Team Shaklee dan pakar dermatologis telah menjalankan ujian kepada 100 wanita, 50 daripadanya ialah berkulit putih dan 50 lagi wanita asia.

Lingkungan umur 100 wanita ini adalah dari usia 20an, 30an, 40an, 50an dan 60an. Bermakna setiap lingkungan usia tadi adalah 20 orang.

Jadi wanita wanita pilihan ini aka dimasukkan dalam makmal dan di ukur parameter kulit, di uji dan keputusannya di catatkan untuk mendapatkan hasil tanda tanda penuaan.

Dengan hasil kajian kulit yang dijalankan kepada mereka, 1 orang itu mereka dapat menganalisa 8 tanda penuaan kulit seperti :


1. Kedutan
- dahi
- leher
- keseluruhan muka

2. Saiz pori

3. Tona kulit

4. Keanjalan kulit

5. Struktur atau tekstur kulit

6. Hyper pigmentasi

7. Seri kulit

8. Kekenduran

Setelah para saintis shaklee dan pakar dermatologis dapat keputusan Skin Age Index mereka, barulah mereka memilih wanita lain untuk menggunakan Youth pula seramai 60 orang.

Penghasilan Youth selama 8 tahun, sebab itulah shaklee mahukan hasil hanya yang terbaik untuk disajikan kepada semua orang yang ingin menggunakan Youth.

Youth penjagaan kulit semulajadi

Pengedar Sah Shaklee
Masayu
0127043146

Rabu, 28 Februari 2018

Penghasilan Youth Selama 8 Tahun, Kini Berada Di Pasaran Malaysia.

Hasil selepas 8 tahun penantian.

Bukan sebarangan produk tau Youth ni. Maklum jela awak semua belum kenal Youth ni lagi kan, hari ni sila lah berkenalan dengan Youth ni.



Sejarahnya Youth, dikaji dan penghasilanya mengambil masa selama 8 tahun dan baru kini ada di pasaran.



Satu satunya produk penjagaan kulit 100% semulajadi dari shaklee dan hanya shaklee yang mampu menghasilkannya. Shaklee mengambil keputusan untuk menghasilkan hanya satu produk kecantikan dan penjagaan kulit dari luar yang sesuai untuk semua jenis kulit bagi setiap individu yang ada dalam dunia ni.



Semestinyalah tak lari dari slogan shaklee yang mengekalkan semulajadi, berkesan dan selamat di gunakan oleh penggunanya dalam jangka masa panjang. Produk Youth Shaklee sesuai digunakan oleh lelaki dan juga wanita di seluruh dunia.



Youth Shaklee ini dibuktikan secara klinikal dan di uji di dalam makmal. Youth dihasilkan oleh ramai pakar pakar saintis shaklee dan juga pakar saintis lain juga bergabung dan bertapak di Texas US. Mereka bekerjasama selama 8 tahun untuk menghasilkan youth Shaklee malah bekerjasana dengan Pakar dermatologis yang pakar dalam semua jenis masalah kulit.



Oleh sebab itu, kita lelaki dan wanita di asia yang mempunyai masalah kulit wajib menggunakan produk Youth Shaklee ini. Bukan itu sahaja, pelancaran pemasaran di malaysia kini berlangsung mulai 1 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bagi yang ingin memiliki set Youth shaklee yang eksklusif ini boleh dapatkan dari saya pengedar sah shaklee.

youth set penjagaan kulit terbaik
youth set penjagaan kulit terbaik

Isnin, 1 Januari 2018

Akibat jika membiarkan anak anda mengalami masalah selesema berpanjangan.

Ada dikalangan ibu bapa yang masih baru dalam menerokai alam menimang cahaya mata, masih belum mengetahui akibat jika anak mengalami selesema berpanjangan. Ibu bapa seharusnya mengambil langkah pencegahan dengan cepat jika anak mengalami masalah selesema dan berhingus. Ada lemungkinan anak anda akan mengalami masalah selesema ini sementara atau pun dalam jangka masa yang agak lama.


Tahukah anda, selesema adalah disebabkan jangkitan virus influenza yang boleh menyebabkan kesihatan dan tumbesaran anak terganggu. Oleh itu, ibu bapa sebaiknya mengambil langkah penyelesaian dan langkah pencegahan awal supaya anak kekal sihat. Ada beberapa akibat yang akan terjadi pada anak anda jika masalah selesama ini dibiarkan.

Akibat membiarkan masalah selesema anak berterusan ialah :

1. Nafsu makan menurun.
2. Penyusuan terganggu.
3. Anak kerap merengek.
4. Anak kuat meragam.
5. Saluran pernafasan yang tersumbat dan terganggu.
6. Anak kerap letih.
7. Anak mudah merasa lesu.
8. Boleh mengalami demam jika ia dibiarkan berterusan.


Akibat yang paling teruk jika anda membiarkan masalah selesema anak ini berterusan ialah anak anda berisiko tinggi mendapat asma. Sebab itulah anda perlu mengambil langkah pencegahan awal.atau pun jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah selesema anak.


Mungkin anda merasakan masalah selesema anak ini adalah perkara biasa terjadi bagi kanak kanak bawah usia 2 tahun. Namun ianya akan membawa padah kepada kesihata  dan proses tumbesaran mereka kelak. Jadi sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab ke atas kesihatan anak anda. Semoga peekongsian saya kali ini memberikan manfaat kepada anda semua. Semoga bertemu lagi di entry saya seterusnya. Wassalam.

anak selesema




Ahad, 31 Disember 2017

Ketahui punca punca yang menyebabkan anak anda mengalami masalah sembelit.

Kebanyakkan ibu bapa kini lebih tertumpu pada apa yang ingin diberikan kepada anak sehingga tidak menyedari ada sesetengah makanan tidak sesuai dengan usia mereka. Ini kerana ada sesetengah makanan sukar dicernakan oleh bayi dan kanak kanak.


Pemilihan makanan yang baik dan bersesuaian dengan usia anak amat penting. Ajaran untuk anak kerap ke tandas juga perlu untuk membantu mereka agar tidak menahan najis dari keluar. Ada beberapa punca yang menyebabkan anak anda mengalami masalah sembelit. Antaranya ialah :


Pemakanan.

Kanak kanak yang baru mula memakan makanam pejal mestilah mengambil lebih serat, sayuran dan buah buahan. Jenis jenis makanam ini dapat membantu mengelakkan masalah sembelit kerap berlaku kepada anak.


Tabiat anak.

Sesetengah kanak kanak akan merasa takut dan tidak mahu ke tandas untuk membuang air besar. Ini kerana mereka takut dengan suasana dalam tandas atau pun takut bersendirian. Ada juga di antara mereka yang takut untuk meneran najis keluar.


Tidak aktif dan kurang melakukan aktiviti riadah.

Sebaiknya anda mengajak anak anda melakukan aktiviti riadah sekurang kurangnya 30 minit atau sejam setiap hari. Dengan melakukan banyak aktiviti fizikal, pergerakkan usus akan menjadi lebih lancar.


Mengambil makanan segera, junk food dan makanan manis.

Masalah yang ibu bapa sering hadapi adalah kekurangan masa. Sudahnya ibu bapa mengambil langkah mudah dengan membekalkan anak dengan makanan kurang sihat seperti fast food, makanan manis dan kurang kandungan makanan berserat. Ini juga adalah punca anak anda mengalami sembelit.


Kurang pengambilan serat, sayur sayuran dan buah buahan.

Ramai di kalangan kanak kanak yang susah nak makan sayur dan buah buahan. Ini kerana rasanya dan struktur makanan tersebut. Namun ibu bapa boleh kreatifkan diri dengan mempelbagaikan warna dan membentuk makanan yang menarik minat anak untuk makan makanan tersebut.


Perhatian dan masa untuk meneman anak ke tandas adalah sangat penting. Ini akan membantu anak anda mudah ke tandas dengan sendirinya apabila dia merasa ingin membuang air besar. Masalah sembelit juga boleh di kurangkan dengan membekalkan anak anda makanan tambahan seperti Mealshakes Shaklee dan Omega guard Shaklee.


Jika ibu bapa ingin berikan anak makanan tambahan terbaik, saya sarankan pilihlah yang berasaskan bahan semulajadi dan organik. Semoga perkongsian saya hari ini dapat memberikan idea kepada ibu bapa dalam mengatasi masalah sembelit anak. Wassalam.

Sabtu, 30 Disember 2017

Kenali simptom simptom sembelit bagi bayi dan kanak kanak.

Anak semakin membesar dan mula pandai makan makanan pejal. Namun sebagai ibu bapa harus mengambil tahu tahap kepejalan makanan yang sesuai boleh diberikan kepada anak mengikut peringkat umur. Kerana pada setiap usia anak, mereka perlu makan makanan pejal yang sesuai dengan sistem pencernaan mereka.


Masalah sembelit adalah masalah biasa yang akan terjadi kepada anak anda setelah mula makan makanan pejal. Masalah sembelit yang dialami oleh anak anda juga berkemungkinan disebabkan anak menahan diri untuk pergi membuang air besar kerana merasa takut dan masih tidak pandai.


Kebiasaannya kanak kanak akan membuang air besar sebanyak sekali dalam masa sehari, dua kali dalam sehari, sekali dalam masa dua hari kerana tidak semua kanak kanak sama. Namun jika anak anda membuang air besar tiga kali sahaja dalam seminggu, berkemungkinan najis anak anda keras, najis besar dan sukar untuk dikeluarkan dengan cara meneran.


Simptom simptom yang boleh anda kenalpasti sama ada anak mengalami sembelit.

-  Merasa Sakit perut
-  Mengalami Kembung perut
-  Tekak mereka loya
-  Mereka menolak makanan
-  Tidak duduk diam, meragam dan merengek
-  Mereka menangis ketika membuang air besar
-  Mereka meneran dengan kuat dan memaksa najis keluar
-  Tidak mahu ke tandas
-  Najis keluar darah


Ini adalah antara simptom yang boleh anda kenali bahawa anak anda mengalami masalah sembelit. Sebaiknya anda mengambil langkah pencegahan supaya anak anda tidak mengalami masalah buasir pula. Anda boleh berikan mereka Mealshakes Shaklee yang dirimus khas untuk kanak kanak yang mengalami masalah sembelit dan juga Omega Guard Shaklee yang membantu melembutkan najis.


Semoga kita berjumpa lagi di entry saya seterusnya. Semoga perkongsian ini membasa manfaat kepada anda. Wassalam.


kanak kanak sembelit


Khamis, 28 Disember 2017

Kepentingan suppliment untuk anak dan panduan memilih suppliment yang terbaik untuk anak amalkan.

Pengalaman mengajar kita dan boleh menjadi teladan kepada kita. Kita boleh saje turunkan ajaran yang baik kepada anak kita sebagai sikap yang boleh mereka contohi apabila mereka dewasa kelak. Aka tetapi dalam bab mengamalkan makanan sihat dan seimbang setiap hari, adakah mudah mereka mencontohi kita?


Kesukaran mengajak anak mengamalkan makanan sihat seperti sayur, buah buahan dan makanan bijirin dan sebagainya memang mencabar kesabaran kita sebagai ibu bapa. Tetapi mereka tetap perlu makan makanan itu semua, walaupun mereka telah makan makanan yang anda sediakan setiap hari. Namun tidak semua nutrisi keperluan tubuh mereka dapat dibekalkan. Oleh kerana itulah, anak anda juga seharusnya diberikan suppliment sebagai pelengkap kelompong nutrisi dala tubuh mereka.


Kaji terlebih dahulu bahan yang terkandung.

Jika anda ingin memberikan anak anda suppliment untuk diamalkan setiap hari, pastikan anda memilih suppliment yang berasaskan 100% bahan semulajadi dan bebas dari segala bahan kimia terlarang kerana ia boleh menjamin kesihatan anak anda dimasa kini dan akan datang serta selamat diamalkan untuk jangka masa yang panjang.


Pemilihan suppliment yang sesuai.

Ada sesetengah kanak kanak yang hanya memakan makanan dari sumber sayuran sahaja. Oleh demikian, anda perlu berikan anak anda makanan tambahan bersumberkan Vitamin B12, Vitamin D dan juga Kalsium serta Riboflabin. Ini kerana dalam pengambilan diet mereka, sumber vitamin ini berkemungkinan kurang dari yang sepatutnya.


Suppliment yang kaya zat besi.

Sebelum memilih suppliment untuk anak anda. Pastikan masalah kesihatan anak dan bekalkan nutrisi yang sesuai mengikut masalah kesihatan anak anda. Sebagai contoh, jika anak anda mengalami masalah Anemia, bekalkan anak anda nutrisi dan zat besi mengikut keperluan tubuh mereka. Anda boleh memberikan mereka mealshakes shaklee dan omega guard shaklee.



Nutrisi Vitamin D secukupnya.

Menurut nasihat pakar, anak memerlukan sumber Vitamin D sebanyak 400iu setiap hari kerana dikhuatiri anak tidak mendapat sumber vitamin ini secukupnya daripada makanan dan juga dari sumber matahari.


Ibu bapa jangan pula menyalah anggap, walaupun anak telah mengambil suppliment sebagai makanan tambahan. Anak anda tetap perlu dibekalkan makanan sihat setiap hari bagi mengekalkan tubuh yang kuat dan sihat. Kita semestinya ingin melihat anak membesar dengan baik serta sihat di depan mata. Semoga kita bertemu lagi di entry yang akan datang. Wassalam.