Isnin, 1 Januari 2018

Akibat jika membiarkan anak anda mengalami masalah selesema berpanjangan.

Ada dikalangan ibu bapa yang masih baru dalam menerokai alam menimang cahaya mata, masih belum mengetahui akibat jika anak mengalami selesema berpanjangan. Ibu bapa seharusnya mengambil langkah pencegahan dengan cepat jika anak mengalami masalah selesema dan berhingus. Ada lemungkinan anak anda akan mengalami masalah selesema ini sementara atau pun dalam jangka masa yang agak lama.


Tahukah anda, selesema adalah disebabkan jangkitan virus influenza yang boleh menyebabkan kesihatan dan tumbesaran anak terganggu. Oleh itu, ibu bapa sebaiknya mengambil langkah penyelesaian dan langkah pencegahan awal supaya anak kekal sihat. Ada beberapa akibat yang akan terjadi pada anak anda jika masalah selesama ini dibiarkan.

Akibat membiarkan masalah selesema anak berterusan ialah :

1. Nafsu makan menurun.
2. Penyusuan terganggu.
3. Anak kerap merengek.
4. Anak kuat meragam.
5. Saluran pernafasan yang tersumbat dan terganggu.
6. Anak kerap letih.
7. Anak mudah merasa lesu.
8. Boleh mengalami demam jika ia dibiarkan berterusan.


Akibat yang paling teruk jika anda membiarkan masalah selesema anak ini berterusan ialah anak anda berisiko tinggi mendapat asma. Sebab itulah anda perlu mengambil langkah pencegahan awal.atau pun jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah selesema anak.


Mungkin anda merasakan masalah selesema anak ini adalah perkara biasa terjadi bagi kanak kanak bawah usia 2 tahun. Namun ianya akan membawa padah kepada kesihata  dan proses tumbesaran mereka kelak. Jadi sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab ke atas kesihatan anak anda. Semoga peekongsian saya kali ini memberikan manfaat kepada anda semua. Semoga bertemu lagi di entry saya seterusnya. Wassalam.

anak selesema




Tiada ulasan:

Catat Komen