Isnin, 9 Januari 2017

CERITA YANG MENJADI TELADAN BUAT SAYA

Ha... siapa yang suka tengok filem P. Ramlee kita geng. Saya memang suka bebeno tengok filem P. Ramlee, tak kisah cerita apa pun asalkan P. Ramlee pastinya saya tengok.

Kalau cerita P. Ramlee tu ditayangkan kat Tv pasti tonton walaupun dah pernah tengok. Berulang kali la memang tak jemu.. kikiki, sampai lagu dan dialog pun saya hafal.

Tapi cerita yang memberikan saya pengajaran dari filem P. Ramlee memang banyak sangat, cuma filem Ahmad Albab ni memang banyak saya belajar perkara positif darinya. Antaranya ialah :-

- Kaya tak semestinya kita bahagia.
- Kaya tapi hati tak pernah puas dengan harta dunia.
- Miskin tapi hatinya mulia dan kaya dengan keikhlasn.
- Miskin hidup tapi tak pernah putus asa dan sentiasa berusaha demi sesuap nasi.
- Kesetiaan seorang isteri walaubagaimana pun keadaan suaminya ketika miskin dan kaya.
- Bersedekah, memberi dan sentiasa membantu ketika telah kaya.
- Bersyukur dan terima seadanya rezeki dari Allah S.W.T.

Cerita P. Ramlee sememangnya banyak pengajaran dan membuatkan saya juga berusaha untuk berjaya dan tidak putus asa dalam menghadapi ujian. In Shaa Allah.. Jom kawan kawan kita pun cekalkan hati dan berusaha ye. Pasti berjaya.

In Shaa Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan