Jumaat, 23 September 2016

PUNCA PUNCA GASTRIK

Hai semua, awal bangun pagi ini, Alhamdulillah masih sihat. Hari ni saya nak share pula dengan anda semua punca- punca Gastrik menyerang. Biasa tak di serang Gastrik? Kalau anda memang kerap di serang Gastrik anda perlu ketahui apa puncanya.

DI ANTARA PUNCA GASTRIK

1. TABIAT MENGAMBIL MAKANAN TIDAK MENGIKUT WAKTU.

Ini biasanya akan berlaku pada individu yang terlalu sibuk melakukan aktiviti harian, bekerja atau leka ketika waktu makan telah sampai. Sebagai contoh lewat dalam mengambil makan pada waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Anda perlu tahu, jika perut kosong anda akan merasa lapar dan perut meminta makanan. Jika ketika lapar itu anda tidak mengambil makanan maka asid akan menghakis dinding perut anda dan berlakunya serangan Gastrik. Oleh itu, anda perlulah makan mengikut waktu bagi mengelakkan Gastrik menyerang.

2. MAKAN MAKANAN PEDAS

Makanan yang pedas biasanya lambat dan sukar untuk dicernakan, oleh itu perut akan merangsang lebih banyak rembesan asid Gastrik untuk mencernakan makanan tersebut. Disebabkan itu jangan ambil makanan yang terlalu pedas.

3. MAKANAN MASAM

Makanan masam akan meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut.

4. MAKANAN BERMINYAK ATAU BERLEMAK

Makanan jenis ini adalah sukar dihadam dan akan merangsang lebih banyak asid dalam perut untuk mencernakannya.

5. MEROKOK

Tabiat merokok ini memang sukar dihentikan bagi kalangan orang yang merokok. Tapi anda perlu tahu mengapa anda perlu berhenti demi kesihatan anda sendiri. Ini kerana merokok akan mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincter yang berfungsi sebagai pintu yang membenarkan makanan masuk dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila asid masuk ke ruang Esofagus ini, ia akan menyakitkan dan memeritkan perut anda.

5. MINUMAN BERKAFEIN DAN BERKARBONAT

Ini kerana minuman ini mampu merangsang rembesan asid dalam perut lebih banyak. Sebab itu individu yang mempunyai gastrik tidak di galakkan mengambil minuman ini terlalu kerap.

6. MAKANAN BERANGIN

Ini kerana makanan jenis berangin ini akan membuatkan perut anda merasa penuh ( kembung).

7. PENGGUNAAN NSAIDS ( non steroidal anti inflammatory drugs ) yang terlalu kerap akan menyebabkan perut merembeskan asid lebih banyak.

8. JANGKITAN BAKTERIA H.PYLORI

Bakteria ini mampu membuatkan dinding anda menjadi luka.

9. KURANG / TIDAK BERSENAM

Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Bagaimana anda boleh menjadi pengidap Gastrik?
Bermulanya anda tidak menjaga masa makan anda, membiarkan perut kosong terlalu lama dan asid terus menghakis dinding perut anda. Jika tabiat ini berterusan dalam tempoh yang lama, berkemungkinan besar anda akan menghidapi penyakit Gastrik ini. Dan jika anda telah pun menghidap Gastrik dan masih meneruskan tabiat leka waktu makan, berkemungkinan besar anda akan mendapat sakit yang lebih teruk lagi iaitu PEPTIC ULCER (ulser perut).

Jangan risau, anda boleh amalkan suppliment bagi mengelakkan anda terkena sakit Gastrik ini. Malah jika anda memang dah menghidapi Gastrik anda lebih disarankan mengambil suppliment untuk merawat dan mencegahya daripada terus berlaku.

Hubungi nombor tertera untuk suppliment yang sesuai untuk Gastrik anda. Serta dapatkan Set suppliment dan khidmat nasihat secara percuma..

PENGEDAR SHAKLEE AYU
Ws : 0127043146 (Ayu)
Fb : shafeeza masayu
Blog : shafeezamasayu.blogspot.com

#GMFblogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan