Selasa, 20 September 2016

APAKAH ITU GOUT?

Biasakan kita dengar tentang penyakit gout ini? Kadang-kadang tu ramai yang tak dapat nak bekerja bila diserang sakit gout ini. Kebiasaannya kaum lelaki yang paling kerap diserang penyakit gout ini. Bagi mereka yang diserang penyakit ini, jom selami dan fahami bagaimana gout ini menyerang anda.


Gout adalah sejenis penyakit sendi atau arthritis yang mana adanya pembengkakkan pada ibu jari kaki di bahagian sendi akibat daripada kadar asam urat yang berlebihan dalam tubuh atau yang lebih mudah orang zaman sekarang fahi adalah lebihan asid urik dalam tubuh.

Tapi tahukah anda apakah itu asid urik? Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang di panggil purin. Dimana badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun bagi pengidap penyakit gout, asid urik yang berlebihan dalam tubuh tidak di buang melalui air kencing ( urin ) dan ianya terkumpul dalam sendi.

Kaum lelaki yang berusia 30 tahun dan keatas sehingga usia 60 tahun peelulah sentiasa berjaga-jaga kerana anda berisiko tinggi mengidap penyakit gout ini atau sejarah keturunan yang mengidap gout. Bagi kaum wanita pula, penyakit ini jarang menyerang anda sebelum anda putus haid ( menopause ).

Gejala gout ini kebiasaannya kita akan bermula dengan pembengkakkan pada sendi atau ibu jari kaki yang mengakibatkan rasa sakit yang teramat sangat malah gout ini menyerang selama beberapa hari atau berlarutan sehingga berminggu bergantung kepada individu itu sendiri dalam mengambil langkah merawat dan mencegah penyakit ini menyerangnya.



Penyakit gout ini juga boleh menyerang individu yang berlebihan berat badan dan pemakanan yang tidak dikawal. Jika dalam keturunan anda memang ada masalah gout ini, cepat-cepat lah amalkan suppliment yang membantu merawat dan mencegah penyakit ini hinggap pada diri anda.

Jangan ambil mudah ya dengan penyakit gout ini, kerana gout boleh membawa kemudaratan dan kecacatan. Oleh yang demikian, pengidap penyakit gout ini haruslah mengamalkan suppliment yang sesuai untuk penyakit gout ini.




Ada beberapa suppliment yang sesuai dengan penyakit gout ini seperti Alfalfa, Omega Guard dan Vivix. Boleh hubungi nombor tertera untuk maklat lebih lanjut dan info tentang suppliment gout.

Pengedar Shaklee Ayu
Ws : 0127043146
Fb : shafeeza masayu
Blog : shafeezamasayu.blogspot.comshafeezamasayu.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan